Friday, December 30, 2011

Asfa dan kehidupan yang baru


Sedar atau tak masa berjalan begitu pantas. Usia perkahwinan kami sudah mencecah hampir memasuki tahun ke 9 dimana umur asfa juga akan memasuki 7 tahun. 7 tahun memberi warna baru dalam kehidupan dia sebagai pelajar darjah 1. Disiplin yang perlu dipatuhi sebagai pelajar diharap dapat membentuk dia menjadi insan sempurna. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang tak ternilai yang telah dikurniakan kepada kami. Sebagai manusia ujian kehidupan pasti dtg dan pergi dan apa yg penting cara ianya diharungi. Tahun depan 2012 juga mendidik kami juga sebagai ibu bapa supaya lebih berdisiplin dalam pelbagai hal. Perkara utama yang perlu didisiplinkan ialah waktu berjalan-jalan makan angin yg merupakan aktiviti utama keluarga dan yg sangat disukai oleh kami seisi keluarga. Menjelang sabtu ahad...sudah pasti jarang berada dirumah....percutian tidak mengira waktu cuti. Ini semua kerana sebelum ini asfa hanya bersekolah diperingkat tadika.....dan kehadiran ketadika tidak dititik beratkan sgt oleh guru. Namun tahun 2012 mengubah segalanya. Percutian yang mengambil masa lebih dr 2 hari terpaksa dirancang diwaktu cuti sekolah sahaja....dan aktiviti sabtu ahad terpaksa dikurangkan dengan kekangan masa dan tanggungjawab lain dirumah. Mungkin ini adalah pengalaman baru kepada kami anak beranak...untuk merasai apa yg sudah org lain rasai. Destinasi percutian 2012 sudah ada (Hong Kong, Thailand, Pulau Kapas, Cruise package ) namun segalanya belum diuruskan..tiket belum dibeli..hotel belum ditempah dan sebagainya dan yg penting kami masih tercari2 tarikh yg sesuai untuk meneruskan perancangan itu. Taqwim sekolah asfa perlu diteliti utk merancang yang seterusnya......Semoga pembaharuan ini akan lebih indah untuk ditempuhi dalam sisa-sisa kehidupan yang tinggal.