Friday, November 14, 2008

Terluka

Hari ni hari yg tak memberangsangkan.....dari dulu mmg sukar utk diriku bersifat kepura-puraan. Setiap benda yg ada dlm hati sukar disembunyikan...dan mungkin itu salah satu kelemahan yg ada. Kalau ada masalah tidak suka bertangguh utk diselesaikan..dan bila wujudkan keresahan hati, kerja yg tak berkualiti selalu terhasil. Dulu, sekarang dan selamanya...benda yg selalu dipohon pada Allah ialah kurniakan kesihatan yg baik pada anak, suami dan emak...sebab itu adalah punca utama hati dan fikiran akan jd tidak menentu. Hari ni terasa hati ni sakit sgt...sangat yg tak mampu ditahan hingga tak mampu utk bercakap dgn org yg meyakiti hati. Itu maknanya marah sgt sampai max la tu...(selagi blh berckp marah tu blum tepu..tapi bila diam..maknanya marah yg sgt melampau) tp dlm keadaan itu masih tercari-cari penawar supaya lebih cool..dan tenyata hingga disaat ini masih tiada penawarnya kerana satu kerja yg berkualiti blum dilakukan utk hari ni. Sakit sgt hati ni kerana terasa diri dan keluarga tertipu...diperbodohkan dan dipermainkan oleh org yg tak sepatutnya. Dlm kes ini perlu ada teman utk berbicara dan berbual supaya ianya terurai...dan kesakitan yg ditanggung dapat diubati...mungkin perlu kuar dr rumah sekejap utk menenangkan diri........kkdg kita ikhlas menolong org, membuat yg terbaik kepada org lain.....tp dalam keadaan sedar atau tidak kita diperbodohkan. Mmg mudah utk berkata..tak pelah..nanti dia akan dapat balasan yg sewajarnya, tp kita sukar utk menempuh seperti apa yg dibicara. Sebagai manusia normal yg serba kekurangan..bukan mudah utk kita menerima semuanya dengan bulat apa yg berlaku sbb kita sendiri ada hati, perasaan dan emosi. Sakitnya hati hari ni..harap2 ia akan berakhir secepat mungkin...

Thursday, November 13, 2008

Penantian..

Penantian itu satu penyeksaan..itulah istilah yg selalu digunakan utk benda2 yg sering kita tunggu. Hari ni dah msk 2nd week of Nov..hari-hari lebih drp 4 kali sign in yahoo mail utk check feedback expert dan juga menanti keluarnya memo utk presentation defence proposal...lagi lama menunggu, terasa diri makin tertekan...bila agaknya masa itu akan tiba. Every day hubby akan tanya bila present...dan hari2 juga menjawab jawapan yg sama tak tahu lah...penatnya tunggu. Tunggu bukan bererti preperation dah cukup hebat..tp penantian itu sepatutnya berakhir dgn jawapan supaya hati tenang. Segala perancangan tergendala dgn tiadanya tarikh yg ditetapkan....namun begitu hari ini jawapan lain yg diperolehi. Salah satu drpnya jawapan dr expert yg ditunggu dan jawapan lain ialah berakhirnya tanda tanya bila pembantu rumah akan pergi dari sini...END DEC dia akan pergi kerumah saudaranya di PJ atas masalah kesihatan. Selama 3 bulan berada disini, bermcm ikhtiar telah dilakukan utk membantu, kerja rumah hanya 50% yg dilakukan atas masalah kesihatan...namun kami masih menerima dia atas dasar prihatin dan sifat kemanusiaan. Tak tergamak hati utk menyuruh dia pergi...wlpun dlm hati khuatir penyakitnya akan terkena asfa..dan kkdg2 berharap supaya dia sedar dan minta utk pergi. Hari ini persoalan itu terjawab dan akhirnya dia akan pergi end dec. Maka dengan izin Allah bermulalah kehidupan dan pengaturcaraan baru buat kami sekeluarga tampa pembantu. Namun demikian hati tidak pernah gusar kerana yakin sume itu mampu diuruskan dengan cemerlang seperti sebelum ini....berkat ketangkasan yg Allah kurniakan dan rezeki mendapat suami yg rajin dengan pengurusan kerja rumah memudahkan segala urusan. Alhamdulillah...
Lagipun tahun depan adalah tahun bermulanya kehidupan Asfa Farhana sebagai seorang murid tadika....dan dalam hal ini hanya mama yg dpt membantu menguruskan dia. Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya dan hanya Allah yg tahu apa yg telah dirancangkan utk kita..namun kita masih mempunyai senjata yg kuat utk megubah segalanya dengan berkat DOA yang dipohon..

Tuesday, November 11, 2008

Penghargaan

Semalam ketika anak dan suami dibuai mimpi..dengan kesejukkan angin yg kuat dari luar rumah, kerja tetap diteruskan. Runsing memikirkan feedback dari expert yang tidak seberapa..maka sume questionnaire di hantar semula kepada expert yg belum memberi feedback. Alhamdulillah berkat formula Prof Kamil "bercakap dgn Allah, bangun malam minta pertolongan serta amalan sunat dhuha " memberi sedikit kelapangan dan laluan permudah cara. Hari ini 3 expert penting dalam senarai telah membalas email, wlpun masih belum mendapat jawapan yg sewajarnya tp hati tetap berasa gembira dengan balasan email mereka wlpun sekadar mereka menulis " i received your questionnaires, agree to be your expert dan i will answer and give you my feedback soon because i'm little bit busy now. Wish you good luck". Itulah balasan email dari Dato' Wahab Abdullah, CEO MIMOS, Dato' Badlisham Ghazali, CEO MDEC dan juga Dr Zakaria, MAMPU. Wlpun hanya sekadar satu dua ayat yg diterima tp hati cukup teruja. Paling tidak ianya memberi satu harapan yang mereka mahu menjadi expert dalam kajian ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi sedikit kelapangan pada perjalanan harungi dugaan ini...Allah Maha Mendengar dan Maha kaya.

Monday, November 10, 2008

Jengka


Bila kita kehilangan sesuatu kita akan mula merinduinya, tp bila ianya kekal milik kita, kita tidak pernah menghargainya. Itulah fitrah semula jadi kehidupan yg bergelar manusia. KKdg bila sunyi dan serabut dengan kerja yg perlu dibuat, terasa rindu sgt pada zaman persekolahan yg agak banyak duri dan rintangannya. KKdg rindu sangat pada uitm Jengka 1996-1999. Uitm yg banyak meninggalkan kenangan indah dan kebahgiaan hidup dan juga uitm yg banyak mengajar erti cabaran kehidupan. Di uitm jengkalah banyak suka duka kehidupan dilalui, merasai merindui kawan2..mengenal erti persahabatan dan percintaan yg tidak pernah ada dlm diari kehidupan. Di uitm jengkalah terdapat kebahgiaan hakiki seorang pelajar ipt dan di uitm jengkalah pengubat segala rindu dan mendapat segala kebahgiaan. Tiada zaman belajar seindah uitm Jengka. Tiada tempat setenang uitm jengka, berada di uitm shah alam semasa membuat degree dan master tidak mampu memadam kenangan di uitm jengka. Uitm Jengka sentiasa dihati dan tiada tandingan...dan semasa diuitm jengkalah hati ini sgt terluka. Namun begitu kebahgiaan dan keperitan silih berganti dan sekarang ni adalah kebahgiaan yg tiada tandingan....keletah anak pengubat segala duka. Karenahnya pengubat sakit dan tekanan yg dihadapi..Asfa Farhana, semoga menjadi anak yg baik budi pekertinya akhlaknya dan sifatnya. Mohon rahmat Allah utknya selamanya..umi sentiasa doakan Asfa...sbb umi sendiri sentiasa mendapat doa dr Tok Piah..baba dan sume yg menyayangi umi.

Doa

Doa atau istilah lain ialah bercakap dengan Allah. Bila baca buku Prof Kamil..travelog dakwah, apa yg ditekankan ialah bercakap dengan Allah. Dalam meniti hati menjalani kehidupan sebagai student phd ni, ramai yg kata kena banyak berdoa, bercakap dgn Allah dan bangun malam. Itu adalah tips utama untuk permudahkan sebarang urusan. Kadang2 diri terpikir..kenapa sepanjang bulan Ramadhan boleh bangun..dan hbs Ramadan sume sudah dilupakan. Mungkin tidak betul2 istiqamah dalam melaksanakan sesuatu. Kadang badan rasa letih sangat, otak rasa tepu dan malas berfikir...dan kkdg2 rasa hati nak tidur selama mungkin supaya otak berhenti berfikir dan kosong, kerana terasa berat sgt tgjwb yg ada utk dilaksanakan. Penat sangat buat sume keje2 ni..letihnya badan. Ya Allah tolonglah berikan kekuatan untukku. Redakan perasaanku..tenangkan jiwaku. Berikan kekuatan utk ku bangun mlm dan bertemu denganMu. Ya Allah..kuatkan diriku supaya aku dapatkan jalankan sume kerja-kerja ku. Permudahkan urusanku...dan berkati segala usaha ku. Amin..

Thursday, November 6, 2008

Kesihatan

Purata rakyat Malaysia hanya mengambil kira-kira 400 hingga 500 mg kalsium sehari. Ini bermakna hampir separuh daripada keperluan harian kalsium tidak dipenuhi. Kehadiran kalsium sebanyak satu peratus dalam darah terbabit dalam proses tubuh seperti pengecutan otot, pembebasan neurotransmiter, mengawal atur denyutan jantung dan pengumpalan darah. Antara tanda yang menunjukkan paras kalsium dalam darah tidak mencukupi ialah kejang otot dan kebas. Jika kandungan kalsium dalam darah berkurangan, kalsium dalam tulang akan dibebaskan ke dalam aliran darah di bawah pengaruh hormon paratiroid (PTH). Pembebasan kalsium yang berlebihan ke dalam darah daripada tulang boleh mengurangkan keutuhan tulang. Selain kalsium, tulang memerlukan lima nutrien lain untuk kekal kuat dan sihat iaitu vitamin D dan K, magnesium, zink dan protein. Namun perlu diingat, tanpa vitamin D, badan tidak dapat menyerap kalsium daripada makanan dengan cekap. Untuk mendapatkan vitamin D sangat mudah iaitu daripada sinar matahari. Pendedahan terhadap cahaya matahari pagi selama lebih 15 minit setiap hari boleh membekalkan vitamin D yang cukup. Bagaimanapun, orang tua yang kurang melakukan aktiviti luar, tiada selera makan atau tidak boleh gerak boleh mengambil pil vitamin D. Jarang kita mengambil berat mengenai kesihatan badan selagi tidak sakit, namun kalsium adalah salah satu keperluan badan yang sangat penting. Mengikut hasil bacaan saya dalam portal kesihatan pusat kesihatan Malaysia, kalsium berhenti terbentuk dalam badan apabila usia mencecah 30 tahun. Bermula usia 30 tahun jika kalsium yang kita bekalkan setiap hari tidak mencukupi maka sumber kalsium itu akan diambil dari peti simpanan kalsium dalam badan kita yang kita kumpul selama ini. Bekalan itu akan habis jika setiap hari ia diambil. Dan dgn sbb itulah kebanyakan dari kita akan berasa cepat penat, sakit kaki, tumit , tulang tidak kuat, bangun tidur terasa susah utk bergerak dan sebagainya. Itu sume ada kesan daripada kurangnya kalsium dalam badan kita. Senaman adalah solution yg terbaik dalam kes ini kerana dengan senaman dan gerakan tulang dan sendi, kalsium juga akan dapat dibentuk. Selain dari itu, sudah tentu perlu mengambil makanan yg banyak mengandungi kalsium seperti susu, soya, brokoli dll. Wanita sangat berisiko tinggi dalam kes ini kerana tulang wanita lebih kecil dan nipis berbanding lelaki. Wanita yg berbadan kurus (emm..nak buat mcm mana dah kurus) lebih mudah mengalami masalah ini berbanding wanita gempal…info ini diperolehi adalah untuk diri sendiri sebenarnya, kerana sejak menjadi student ni kurang aktif dgn aktiviti luar dan menyebabkan terasa kekurangan kalsium dlm badan berdasarkan info yg diperolehi. Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk langkah awal perlu di ambil….dgn cara meminum susu 2 kali sehari dan juga berjemur kpd cahaya matahari. Emm alahai…mcm kanak-kanak la pulak, tp apa boleh buat itu yg dinasihatkan…..kenalah ikut untuk kesejahteraan sume. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

Wednesday, November 5, 2008

Expert

Waktu semakin laju bergerak..walaupun persediaan utk perbentangan proposal agak melegakan hati namun tidaklah setenang mana. Questionnaires telah dihantar kepada 20 org expert dalam Malaysia, namun dalam masa seminggu hanya 3 feedback yg diterima. Susahnya untuk dapat apa yg kita nak..kkdg keje kita cepat tapi disebabkan masalah yang melibatkan org lain, ianya akan jd lambat. Tapi tak pelah..usaha tangga kejayaan dan yg penting dalam usaha itu mohon pertolongan dr yg Maha Esa. Dalam kehidupan ni, bukan sume benda kita boleh dapat dengan mudah...mungkin kita rasa keperitan apa yg kita lalui tp ada lg yg lbh perit yg dilalui oleh org lain. Smlm Allah telah bg rezeki kepada org lain tp melalui diriku...ada org yg memerlukan bantuan kewangan, dan dengan persetujuan suami bantuan dihulurkan. Org tgh susah...semoga Allah permudahkan mereka. Ujian yg dilalui itu amat ditakuti oleh semua wanita yg bergelar isteri..ujian utk para isteri apa lagi kalau bukan suami buat hal dan cari org lain. Aduh..mcm2 hal kehidupan ini...Semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan lindungi ku dr segala dugaan yg tak mampu ku tempuh. Amin