6hb Disember adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 5..sedar atau tak dah 5 tahun kawin dan melalui mcm2 dugaan yg perlu ditempuh. Alhamdulillah sampai ke hari ni...sgt bahagia bersama org2 tersayang. Semoga kekal hingga akhir hayat dan semoga tiada ujian getir yg melanda. 5 tahun dulu 6 hb Disember adalah hari nikah kami..imam kg yg nikahkan kami sudah tua..tp majlis berjalan dgn lancar, uniknya pernikahan itu, imamnya berbahasa arab setiap apa yg diucapkan..khutbah dlm bahasa arab..everything in arabic. Dia tinggal lama di mesir...so terbawa2 budaya dan bahasa itu kesini. 7 hb kenduri sebelah perempuan dan 14 hb kenduri sebelah lelaki. 5 tahun usia perkahwinan terlalu muda utk menceritakan segalanya...mungkin lg 5 tahun jika dipanjangkan umur barulah boleh menyalurkan petua yg berguna utk dikongsi...kebahgiaan yg hakiki adalah datang dr rahmat Allah. Oleh itu hanya doa yg mampu dipohon utk kekalkan kebahgiaan ini..... [gambar: dapat gelang tangan utk hadiah kawin, hubby dpt cincin....purple adalah warna pilihan baju nikah, utk nampak lain dr org lain...]
Friday, December 12, 2008
Wednesday, December 10, 2008
Qurban
Selamat menyambut hari raya Aidil Adha..satu pengorbanan yg perlu dicontohi. Tapi sejauh manakah kita mengaplikasikan kisah pengorbanan itu..hanya kita yg tahu. Seronoknya balik kg jumpa mak dan adik beradik...dah lama tak balik so seronok sgt. Tp dalam keseronokkan itu masih perlu difikirkan soal tanggungjawab sbg student. Seminar akan berlangsung 26.12...abstract kena hantar bfr 15 dan full paper sebelum 22. Wlpun begitu disebabkan keseronokkan itulah telah menyuntik semangat utk terus berjuang dalam perjalanan harungi dugaan ini. Semoga semangat ini berterusan selamanya...Ramai juga rupanya anak dan cucu Hj Nayan dan Hjh Sofiah. Hari raya mlm buat bbq dan mkn beramai2 rasa mcm buat kenduri pulak...anak 5 org, menantu 5 org, cucu 3+3+3+3+1=13 jadi sume sekali 24 org termasuk emak...hari raya kedua emak buat qurban. Ini adalah raya korban pertama sejak bergelar pelajar..hari raya Aidil fitri yg lepas juga merupakan raya puasa pertama...jika panjang umur ada lagi 2 kali raya puasa dan 2 kali raya haji utk ditempuh sebelum dianugerahkan kedoktoran...semoga impian menjadi kenyataan..dan berdoa dgn harapan raya tahun 2011 merupakan raya yg sgt menggembirakan...
Friday, December 5, 2008
Tension
Hari ni adalah antara hari2 yg yg membosankan dan tension...kenapa 1st sekali tension dan letih pikir feedback expert..rasa mcm dah fed up, give up, marah, dan mcm2 perasaan yg seumpanya..tensionnya...susahnya nak dpt komitmen dr diaorg ni..Aduh, kenapalah dorang tak memahami apa yg kita rasa...sibuk mcm mana pun kalau nak seribu daya. Follow up dah jenuh...coming..coming..coming..tp tak sampai2 feedbacknya. Tensionnya..dah buntu..dah tak tahu mcm mana nak buat lg...nak menangis pun ada...dah la dah dua hari sakit perut, rasanya kena food poisoning..bdn dah lemah2 dah..minum 100plus smlm dah kurang skit tp tetap tak baik lg. Ya Allah..penatnya. Yg lebih menyakitkan hati feedback dr expert yg dtg dr academician yg paling sukar nak dpt jawapan..padahal sepatutnya mereka yg bergelar Prof dr lebih memahami situasi pelajar phd...tp malangnya tidak..kesusahan yg mereka lalui utk mendapatkan phd tidak dijadikan pengajaran dan landasan kebaikan kepada org lain. Tidak semua begitu...tp kebanyakkannya begitu...academician ni kkdg2 ada ego yg tersendiri..bkn mengutuk profesion sendiri tp itulah hakikat...berapa ramai pendidik dimasa kini yg ikhlas mendidik dan membantu...tidak ramai yg ikhlas dlm memberi sbb itu masyarakat kucar kacir...pendidikan tinggi tp moralnya hancur...ini sume hasil pendidik yg tidak berkualiti. Ntahlah mcm mana lg usaha yg diperlukan..mungkin effort tak cukup tinggi utk dapatkan segalanya..
Ya Allah bantulah hambamu ini...permudahkan segalanya....berikan kesihatan yg baik, tenangkan hati dan kuatkan semangatku utk terus berjuang...amin
Wednesday, December 3, 2008
Bulan tersenyum

Fenomena bulan tersenyum ini berlaku jarang2...ada maklumat yg menyatakan ianya berlaku 5 tahun sekali. Namun kami sekeluarga bertuah kerana dapat tgk smiley moon pada hari isnin 1st Dec 2008, mlm dalam pukul 8.30pm..dalam perjalanan pulang kerumah dari kuar mkn Asfa yg ternampak moon...dia ckp moon kecik. So bila kitaorg tgk baby moon tu..ternampak seolah2 ia tersenyum..mula2 senyuman yg agak kecik dan diikuti dua objek sbg mata..mungkin itu adalah bintang. Bila sampai kerumah kami cuba utk ambil gambar tapi tak nampak dengan jelas...dan pada masa tu moon tu senyum sangat cantik..lebar seolah2 sgt happy masa tu...boleh tgk gambar kat sini yg diambil dr Malaysia kini. Itu adalah kebesaran Allah...secara saintifiknya dibuktikan mcm2 kejadian tetapi sebenarnya itu adalah salah satu kuasa yg ditunjukkan kepada kita. Mungkin sebagai satu petanda..siapa yg tahu. Dalam perjalanan tu sempat bergurau dgn hubby sbb dia tgh pening utk membuat satu keputusan.."moon tu senyum sbb dia sokong keputusan yg dibuat "....masa tu tak terfikir pulak smiley moon tu akan masuk berita..ingatkan kitaorg je yg perasan rupa-rupanya sume org perasan dan ianya menjadi satu maklumat kepada semua.
Tuesday, December 2, 2008
Tahniah
Jutaan tahniah diucapkan kepada saudara Rizdwan..penulis buku Haji muda. Hari ni adalah hari viva utk beliau sbg student phd dan akhirnya dia berjaya dengan minor correction yg dapat disiapkan dalam masa 48 jam. Tahniah.
Walaupun mengenali hanya sekadar nama...dan segala maklumat didapati dlm blog Prof Kamil..dalam hati kecil sgt berbangga dengan kejayaan itu. Bilalah masanya akan tiba utk aku alami seperti apa yg dialaminya...saat itulah yg dinantikan selama ni..saat memperoleh kejayaan dlm phd. Hanya Allah yg tahu betapa gembiranya aku diwaktu itu....tidak dpt digambarkan
Ya Allah...hanya engkau tempat kau memohon pertolongan. Ya Allah permudahkanlah perjalanan ku ini, berikanlah kekuatan utk ku...tabahkan hatiku menempuh segalanya, permudahkan segala urusanku...hanya padamu Ya Allah aku memohon pertolongan, percepatkan kejayaanku seperti org lain....permudahkan segalanya. Amin...
Pilihan
Namun begitu, lumrah sebagai manusia...setiap detik masa berlalu pasti ada sesuatu yg menuntut kita membuat sesuatu keputusan. Semalam, hari ini..adalah hari yg agak memeningkan buat hubby...kenapa? Sebab ada keputusan yg perlu dibuat dlm masa terdekat. Mungkin berkat pemberian yg selalu dihulurkan maka rezeki yg dtg juga seperti yg dihulur..namun begitu kkdg2 itu sume ujian utk menguji kesyukuran. 8 bulan yg lalu hubby mendapat offer dr satu company utk manage project jutaan ......dan dia pergi. Pemergian adalah satu kehilangan kepada mereka namun tetap menanti kepulangannya...dan semalam dia dipanggil semula utk balik kesana utk manage projek 40 juta....satu kepercayaan yg boleh dibanggakan namun amat sukar utk membuat pilihan. Pilihan dan satu harapan yg diletakkan...mohon petunjuk dr Allah, biar Allah yg membuat keputusan..kita ikut saja..itu prinsip dia. Apa pun keputusan yg dibuat sebagai isteri hanya mampu berdoa yg terbaik dan menyokong setiap yg dilakukan. Kkdg bila direnung.....itu sume adalah ujian. Ujian dtg bkn dlm bentuk kesusahan tp juga dlm bentuk kesenangan...sejauh mana kita bersyukur dengan apa yg telah diberi..walau itu sume adalah hasil usaha gigih kita. Tak dpt dinafikan commitment kejenya sgt tinggi...dan dia selalu berkata sgt bersyukur mempunyai isteri yg memahami dan menyokong setiap apa yg dilakukan. Itu sume adalah tanggungjawab sbg isteri...
Ya Allah permudahkan suamiku dlm membuat keputusan...dan bantulah dia utk membuat keputusan yg terbaik dan diredhai...Amin
Monday, December 1, 2008
Penatnya...
Hari ni....penat sgt mengemas satu rumah tampa bantuan sesiapa..(selalunya hubby akan tolong, tp hr ni weekdays)..disebabkan nekad dihati utk membersihkan rumah seperti sedia kala..maka tugas dimulakan sejak pukul 7 pg dan berakhir pukul 2 ptg. Tapi hati sgt puas...puas melihat keadaan seperti yg dikehendaki.
Hari ini juga bermula satu schedule baru dalam perjalanan harungi dugaan...kerana rutin ada sedikit perubahan. Asfa sudah dihantar kerumah mamanya dan ptg terpaksa kuar rumah utk mengambil dia. Seperti sebelum ini, hari terpaksa dimulai seawal yg mungkin dalam 6.00 pg..bgn utk solat subuh dan memohon supaya hari ini diteruskan dengan hari yg penuh berkualiti. Sesudah itu, turun kedapur utk menyediakan mkn dan terus menyediakan keperluan masakan utk hr tersebut. Kerja2 phd akan dimulakan pada pukul 8 pg dan tgh masa diambil dalam sejam utk memasak utk menu hari tersebut. Ptg komputer akan ditutup dalam pukul 4.30 utk kuar amik asfa. Itu adalah rutin normal sebagai student, ibu dan juga isteri. Malam dihabiskan bersama Asfa..melayan karenah dia..dan bila dia tidur kkdg2 masa diambil utk meneruskan kerja yag yg sepatutnya. Mohon kepada yg Maha Esa agar memberi kekuatan, ketabahan dan kecekalan serta dipermudahkan segala urusan pada setiap hari. Mohon supaya setiap hari yg dilalui adalah hari yg berkualiti......
Subscribe to:
Posts (Atom)