Wednesday, January 7, 2009

Bekerja keras

Penat sungguh rasanya hr ni..bermula dr mlm td pukul 2 pg start melakarkan paper yg wajib dihantar sampai ke saat ni masih mengadap komputer. Dah terasa bahu dan jari ni lenguh..tp apa boleh buat inilah peluang yang terbaik Allah dah bg utk 'pulun' habis. Asfa tak de kat rumah mlm ni..tidur umah mamanya..dah lama dia minta hr ni akhirnya dpt juga tunaikan hasrat dia. Dia nak tidur sana 'three' je..bukan lama..tukar2 la,nanti lepas three asfa balik...itulah kata2 nya dlm telefon td. 
Dengan peluang yg singkat inilah terpaksa berhempas pulas utk siapkan segalanya. Berhenti utk solat dan mandi dan mlm td berhenti utk kuar berbuka puasa dgn hubby...Kalau ikut hati..penat sgt, tp inilah pengorbanan yg dituntut. Semoga dapat melakukan yg terbaik.. Amin

Monday, January 5, 2009

Bercuti

Lepas bengkel esoknya terus balik kedah...Bawa Asfa naik bas...excited sungguh dia naik bas [x penah naik bas]. Kat sana mmg rileks hbs2 dan bercuti dr segalanya...dan semalam balik kesini balik juga naik bas. Hubby busy dan tak dpt join balik kg...inilah 1st time balik kg tampa hubby setelah 6 tahun berkahwin....bila balik semula kerumah..sume task telah tersenarai utk dilaksanakan.....dan hanya Allah yg tahu apa yg ada dlm hati, perasaan dan pimikiran. Balik umah mak seronok....jumpa sume adik beradik dan anak2 saudara yg disayangi...All my niece amat close dgn ku dan aku adalah satu2 nya emak saudara yg mereka sume sayang dan rapat..kalau bapa saudara mereka sume lbh close dgn pakngah [abg no 2] dan juga paksu [hubby ku]. Hr khamis doa selamat dibuat dirumah mak..sempena meraikan nurul [anak abg, no 4] dapat 5a UPSR dan juga Ashraf [anak abg, no2] yg berjaya dapat 8A 1b dalam PMR. Bangganya dgn dorang wlpun hanya anak saudara..semoga diaorg berjaya. Kkdg terpikir...hebatnya diaorg berjaya dgn cemerlang wlpun sekolah dikampung..tampa ada tuisyen, intensif kelas dll seperti dibandar. Mungkin berkat guru-guru yg dedikasi disana yg ikhlas mendidik. Semoga Asfa mengikut jejak langkah abg2 dan kakak saudaranya. Mak yg buat kenduri utk cucu-cucunya...ada ayam bbq, ikan keli bakar, nasi, kari ayam, agar timun dan lain2. Seronok..penuh umah mak...dan Chaq terus buat doa selamat sekali...yg tak de hanya hubby....apa blh buat dia ada tgjwb lain. 
Dan hari ni bermulalah kehidupan baru sempena tahun baru...setelah kembali ke shah alam...semoga dgn kehadiran tahun br ni akan lbh memberi kejayaan utk ku sekeluarga.

Bengkel penulisan journal

Lepas seminar 26 hr kat Kajang..mlm patutnya check in kat hotel impiana [sebelah klcc] sbb bengkel penulisan journal akan bermula sampai 29hb. Tp disebabkan tak de aktiviti pd mlm tu..just briefing..minta permission prof Hbz utk check in esoknya..sbb mlm tu nak balik umah jumpa Asfa..takut dia demam teruk. Everything ok..esoknya Asfa dan hubby hantar kat impiana..dan bermulalah bengkel yg memberi menafaat utkku. Dlm bengkel tu dpt kenal sume supervisee prof Hbz..kami makin rapat kerana 3 hr bersama..seronok dapat kenal diaorg sume..dan dalam group tu ada 2 org yg paling muda..yg tgh buat phd...aku dan juga sorang lg yg sama batch dgnku. Yg lain sume dah senior dan banyak pengalaman hidup. Prof Hbz seorang yg tinggi ambitious nya..work hard in life....so sume aspektasinya amat tinggi kpd sume supervisee dia. Dlm bengkel tu dia target sume journal yg kami produce akan msk IEEE...but then kalau tak boleh br cari yg low level dr IEEE. Selama 3 hr kat sana km bekerja keras mencapai stadard IEEE seperti yg dikehendaki....dalam pd itulah terdengar desas desus ketidak puasan hati antara supervisee kpd supervisornya. Ramai yg tak suka dgn cara prof Hbz supervise, dimana dia banyak lepaskan stud dia utk work alone tampa bantuan. Aku hanya mendengar sbb pada ku dialah yg terbaik jika dibandingkan dgn nasib kwn2 yg lain seperti k rahmah dan azhar..syukur ada prof Hbz yg paling tidak dapat memberi penunjuk dan bantuan ketika memerlukan. Apa yg aku lalui sekarang sama perjalanannya dgn apa yg prof Kamil lalui dlm perjalanan dia mendapatkan phd...dan akhirnya dia berjaya dalam masa 34 bulan. Aku juga berharap dan berdoa aku akan berjaya sepertinya kerana apa yg dia lalui yg dibukukan adalah sama dgn apa yg aku lalui.....dan pada diriku yg kerdil ini memegang satu prinsip BAIK BURUK PENYELIA , DIA TETAP PENYELIA DAN GURU PADA KITA. KITA KENA HORMATINYA DAN MENERIMANYA KERANA KEBERKATAN SEORANG GURU ADALAH PENENTU SEGALANYA. Kkdg2 effort yg tinggi tak cukup tampa keberkatan seoarang guru..itu yg ku pegang. Wlpun hati sedih tinggalkan Asfa selama 3 hari tp itulah pengorbanan yg terpaksa dia,hubby dan aku lalui demi mencapai satu kejayaan. Seminar itu berakhir dengan task yg amat berat..kami diminta utk hantar journal kepada dr Azlina yg duenya pada 14 Jan 2009....aduh...hanya Allah yg tahu apa yg ada dlm hatiku..sbb apa aku gentar sbb research ku hanya br diperingkat permulaan..tak ada data yg kukuh dan finding utk diproduse. Ya Allah sekali lagi mohon pertolonganMu..bantulah aku..berilah aku idea yg bernas utk siapkan segalanya...

Seminar

Dah lama rasanya tak update blog ni....mcm2 nak ditulis tp tak pastilah apa yg nak ditulis diingat kesemuanya atau tidak. Tapi tak pe akan cuba yang terbaik...26hb Dec seminar di Oriental Crystal, Kajang..pg dalam pukul 7 dah bertolak ke Kajang [1st time drive sendiri ke Kajang], perjalanan 1/4 jalan teringat pulak barang tertinggal kat rumah..apa yg tertinggal, hardcopy slide presentation, teks presenttaion dan yg paling penting proposal tertinggal...hanya Allah yg tahu betapa menggelabah masa tu..benda tu sume dalam satu fail..dan fail tu yg tertinggal. Asfa tak sihat sbb tu terpaksa drive sendiri..sian kat dia kalau hubby hantar dia terpaksa diangkat msk dlm kereta. Dlm menggelabah tu sempat berfikir secara waras dan tawakkal kepada Allah...dan akhirnya hubby hantar fail tu separuh jalan sbb tkt terlambat kalau path balik kerumah dan kebetulan Asfa dah bgn tidur. Bila ambil brg jumpa Asfa dia nampak sedih sbb nak kena tinggal dgn umi..tp apa boleh buat ini adalah hr penentu usaha selama setahun...hr ni defence proposal utkku. Asfa sedih ditinggal wlpun dia tak menangis kuat..tp dr jauh dan secara sembunyi2 dia menyesat air matanya dgn t-shirt yg dipakai..bijak sungguh anak itu..dengan harapan umi dan baba tak nampak dia sedih dan menangis..tp sbg ibu segalanya dapat dibaca....dalam perjalanan ke kajang sesungguh hanya Allah tempat memohon pertolongan supaya perjalanan selamat dan dipermudahkan dan akhirnya berkat tawakkal kpd Allah perjalan amat mudah, selamat dan sampai dalam jangka masa yg amat cepat. Wlpun sukar mencari hotel itu tp akhirnya dipermudahkan..dan sampai disana antara org2 yg terawal.Ini semua adalah berkat doa sume. Walaupun agak yakin boleh melakukan yg terbaik tetapi masih ada gentar. Org disekeliling mmg doakan kejayaanku....aku sedar tu...terima kasih kwn2..hubby, Asfa dan juga bonda tercinta yg tak penah lupa bersolat hajar utkku..terima kasih sume kerana doakan kejayaanku..dan hari ni aku telah berjaya membuat yg terbaik. Presentation berjalan dgn lancar..tiada sebarang perubahan..cuma penilai luar dan dalam hanya berkata " interesting...we waiting the finding of the research". Alhamdulillah...syukur...hanya Allah yg tahu betapa leganya ketika itu...terima kasih YaAllah atas bantuanmu...terima kasih Prof atas semangat dan doa..terima kasih semua. Dalam menunggu giliran utk buat presentation....Prof Halimah [supervisor yg amat ku kagumi] dtg dan dia terus pegang dan gosok belakangku dan berkata " shita..why u look so worry...dont stress ur self, everything ok..apa yg u buat ok..dont worry"..saya takut la Prof.."apa yg u nak takut just present u have  done....u dah buat banyak..dont worry". Masa tu rasa nak nangis pun ada sbb terharu dgn kata2 prof..tak sangka dia boleh perasan apa yg ada dlm hatiku..dan akhirnya setelah menarik nafas panjang..cuba utk cool dan tenang...dalam hati hanya berdoa dan berharap yg terbaik..dan yakin dgn doa hubby dan bonda..pasti Allah mendengar sume doa2 itu. Pengakhiran hari 26 Dec berakhir degan tenang dan lega kerana sumenya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Monday, December 22, 2008

Terguris rasa hati

Weekend ni hubby sgt sibuk dan tiada ruang utk kami sekeluarga bergembira jalan2 dan mkn2 seperti biasa. Namun begitu, peruntukan sedikit masa melayan Asfa pada hr Sabtu dan hari Ahad membawa dia ke pusat akuatik sgt menggembirakan dia. Hari ni bertungkus lumus siapkan paper utk dihantar yg due nya jatuh pd hr ni...masa kat pusat akuatik tu ternampak sorang senior, dia mungkin tak perasan junior tp kenal dia sbb last sem masa presentation proposal dia kitaorg tgk. Hr ni adalah hr seminar utk group dia..tp sempat lg melayan anak ke pusat akuatik....itulah yg dinamakan perjalanan harungi dugaan. Kalau dulu masa amik degree, master..kalau nak exam tak kuar umah dah..pulun hbs...tp sekarang tidak..walau apa yg berlaku rutin terpaksa diteruskan dan ini sume pengajaran supaya kita work smart...tahniah kpd sume yg telah berjaya melaluinya....hari ni juga sebenarnya ada satu luahan yg sukar utk ditafsirkan tetapi itulah sifat manusia yg kkdg pelik utk difikirkan. 2 bulan yg lepas kak K..[jiran selang 2 dr rumah] minta pinjam duit rm500 atas alasan nak beli insuran kesihatan utk cover dirinya yg kononnya tidak dipedulikan oleh suami..dan dia pinjam duit ni pun husband dia tak tahu. Atas keizinan suami bantuan dihulurkan...dengan ikhlas hati [harap Allah terima keikhlasan ini]. Tp apa yg menyedihkan ialah...benda tu jd tekanan pulak. Kak k janji akan bayar pd ujung bulan12..bfr krismas..dia yg bgtau tampa ditanya bila pembayaran balik akan dibuat. Mula2 ok..sikapnya seperti biasa..namun sejak 2 mgu lepas sikapnya sgt berubah..dia seolah melarikan diri...[agaknya dia rasa bersalah sbb tak dpt byr duit]. Tp sikapnya memberi tekanan..seolah2 kita yg bersalah..dan tertanya2 apa salah kita sampai dia melarikan diri...bukan setakat dia, anak2 dia pun sama...selalunya anak2 dia pantang nampak muka mesti tegur..tp sekarang kita tegur pun dia buat bodo..sakitnya hati..apa salah aku...kalau dia tak dpt bayar itu masalah dia..bukan masalah kita..kenapa kena masam muka dan tak bertegur sapa. Pelik......ke ada benda yg aku buat silap? Ya Allah..tensionnya...apalah manusia ni..pelik sungguh.....harap aku dipihak yg benar...rasanya tak de buat salah pd sesapa sbb tak penah kuar umah nak pegi berborak umah org ....kuar umah sbb teman kan asfa main....selainnya dalam rumah sahaja. Emm itulah kehidupan....dugaan yg perlu ditempuh.

Friday, December 19, 2008

Lagend water chalet

Dalam kesibukkan menyiapkan paper untuk seminar 26 hb Disember nanti sempat jugak melayan Asfa ...bawa dia ke lagend water chalet pd. Kat sana ada family maklongnya tengh bercuti..so hubby pegi hantar pg dam ambil kitaorg mlmnya. Satu hari dia bermain dengan cousin2 yg rajin melayan dia..lps pool turun beach..naik ke pool, jalan di jabatan [chaletnya atas air] dan dpt tgk banyak ikan..seronok yg tak terkira lah dia tu....lepas tu kuar pegi muzium tentera dan berkelah di teluk kemang...bukan main suka....tp bila pegi muzium dia agak takut dgn patung2 askar, komunis perjuang bangsa terdahulu...tp satu benda baru bg dia. Menarik...
Semalam adalah hari yg menyedihkan buat dia...sebab kena marah. Marah sbb dia buat salah...dan kebetulan emosi pun tgh serabut..[faktor penyumbang]. Jadinya memang dia kena marah betul...sedih sgt bila ingat marah dia semalam, tp itulah sume utk mendidik dia dan selepas kena marah hari ini dia sgt baik...mungkin kesan smlm..dan dengan situasi begitulah dia akan lebih berhati2 dan ingat apa yg boleh dan apa yg tidak boleh. 
Hari ni..berjaya edit 100% paper [bermula 8pg hingga 3ptg]......mlm ni kena buat last quality check utk paper tersebut sebelum send pada 22hb. Ada lg benda yg perlu dibetulkan tp just minor. Harap dapat lakukan yg terbaik. 26 hb seminar, 26 ptg sampai 29 bengkel penulisan journal. Org sume berseronokkan bercuti tp tidak student sepertiku...hubby dan asfa terpaksa melayan diri sendiri selama 4 hr...[sebenarnya tension juga sbb dah ada plan utk ke langkawi time tu]. Tp apa boleh buat...inilah pengorbanan yg dituntut...perjalanan harungi dugaan. Mental dan fizikal kena tabah bukan setakat diri sendiri tetapi keluarga..husband dan anak. Semoga Allah permudahkan segala urusan..memberi yg terbaik setiap apa yg dilakukan. Amin..

Tuesday, December 16, 2008

Bolt


Weekend adalah hari berjalan-jalan dan makan2...kerana weekdays sume org busy dan tak ada masa utk kuar terutamanya hubby. Sampaikan kadang2 asfa pun bosan babanya asyik tak de..tp apa boleh buat. Bukan asfa saja kkdg diri sendiri terasa bosan..kuar pg baliknya malam dan tak ada ruang utk melayan asfa bersama-sama. Actually hubby sekarang bekerja utk 2 company..dibayar dua gaji so terpaksalah bekerja double dr biasa. Semua org tak nak lepaskan dia..so apa yg boleh dia buat..dia terpaksa work utk keduanya. Harap keadaan ini tidak berterusan...dan salah satu akan melepaskannya bila ada pengganti setanding dengannya. Duit tak memberi keseronakkan kalau kesibukkan itu menghalang segalanya.....biarlah gaji sederhana tp ada ruang utk family. Sabtu bw asfa pegi sunway pyramid sbb hubby nak beli remote presenter...dan selain mkn2 terus sekali tengok wayang cerita bolt...cerita animasi seekor anjing yg bernama bolt dgn penny penjaganya. Dalam cite tu bolt terlepas dan tersesat dan berpisah dgn penny..apa yg berlaku? Asfa menangis...dia sedih tgk bolt tu...ciannya dia..2 kali dia menangis...mmg touching betul tgk dia masa tu. Cuba utk pujuk supaya dia cool..dan akhirnya lps tgk wayang mood dia terus lari...semua serba tak kena..sume benda menyedihkan sampai balik rumah sampai ahad..kalau tanya dia pasal bolt air mata dia akan bergenang semula....Cian dia..kecil usianya tp boleh merasai hakikat sebenar kehidupan. Padahal dgn usia 3 tahun patutnya dia belum dpt merasai dgn benda tu sume sbb cerita pun animasion story. Tp itulah Asfa..ahad mak long, pak long, k long, k  cik dan abg luqman (kakak sulongku dan keluarga, yg dipanggil asfa dgn gelaran berikut ) dtg....Asfalah org yg paling gembira sebab dia ada kawan utk bermain..dan isnin dia sedih lg sbb diaorg akan pergi bercuti ke pd. Apa boleh buat dtg dan pergi lumrah kehidupan. Satu lagi kejutan yg Asfa buat...sambil2 tgk tv sambil melipat kain..dan asfa melipat bajunya sendiri dengan lipatan yg agak kemas...masyaallah...siapa yg ajar dia???? mungkin dr pemerhatian selama ni..Alhamdulilllah Asfa sudah besar dan  dah pandai buat kerja tampa disuruh...semoga Allah jadikan dia anak yg baik dunia akhirat..