Tuesday, October 6, 2009

Makan-makan raya

Seperti yang telah ditulis dalam entry sebelum ini, setiap ujung mgu ada saja rakan taulan yang datang beraya dirumah. Sabtu hari tu ramai juga yang datang, bermula dr pukul 11 pg ada tetamu sampai ke 11 malam baru tetamu terakhir pulang. Penatnya hanya Allah yg tahu tapi kami gembira menerima tetamu yg hadir. Ahad......pergi ke Kg Dedap Perak, mertua adik ipar kembali ke rahmatullah...Alfatihah.
Minggu ni ada satu lg rombongan yg akan dtg ke rumah.........rombongan kawan2 dizaman bujang yg duduk diseksyen 3 dulu masa sama2 belajar kat uitm shah alam....tapi mungkin minggu ni tidak seramai minggu lepas.......tapi menu makanan siap request tu....mcm la pandai beno masaknya...nasib lah yek korang, kalau tak sedap. Dalam pada itu seperti biasa hati sgtlah risau..dah seminggu berlalu tampa progress disebabkan masalah dalam membuat analisa pilot test. Dimana jalan penyelesaian aku sendiri tidak pasti......Ya Allah bantulah aku....tolonglah permudahkan segalanya untuk ku......Amin
Hari ni ke UKM...sebab kak rahmah perlukan bantuan utk analisa data dia...semoga berjalan lancar.....akan cuba lah sedaya upaya, bukan pandai sangat pun.....tapi sama2 lah kita belajar.

Friday, October 2, 2009

Gempa bumi

Takziah dan alfatihah kepada sume umat Islam, muslimin dan muslimat yang telah dipanggil Allah untuk bertemuNya disebabkan kejadian gempa bumi dan tsunami yg berlaku didunia ini.....Semoga kita semua dilindungi dr azab dan bencana dari Allah dan tergolong dalam golongan yg terpilih dan beriman walau apa sekalipun yg menimpa kita. Amin

Tiba masa....


Hari rabu hr tu lepas buka puasa, tetiba kena serangan angin yg sgt teruk....habis sume mkn kuar dan muntah sampai tak de apa nak dimuntahkan lagi..hampir sejam bertapa dlm toilet..dr magrib sampai nak masuk waktu insyak. Sakitnya hanya Allah yg tahu...teramatlah sakit. Selalu kalau senggugut pun tak sampai ke tahap itu..ini lebih teruk dr yg biasa dialami. Kedengaran Asfa berdoa..."Ya Allah..jgn lah bg umi sakit....bglah umi baik, Asfa sayang umi..Asfa takut umi mati...". Sian...sedih pun ada dengar dia doa......dah la tengah tahan sakit menggigil2 badan. Yg ada kat umah hanya kami berdua...dia pun tak tahu nak buat apa..hanya mampu pandang dan sekali-sekali tak tahan agaknya tengok..dia dtg tanya..."umi nak asfa picit umi ke...umi sakit sgt ke..." Alahai anak umi.....tak senang duduk dia kalau tgk umi sakit. Terima kasih sbb sayang umi.......
Akhirnya terlelap sekejap dan sakit beransur hilang...smlm tak puasa sbb nak tgk sakitnya berulang atau tak....berulang kembali, tp tidak seteruk hr sebelumnya...dan akhirnya pegi klinik dan doktor bg ubat angin, tahan muntah dan gastrik. Gastrik?????????? Bila pulak pandai kena gastrik ni........rupanya inilah kesan selama setahun setengah-sejak buat phd jarang amik lunch. Selalu bfast roti.....terus tak mkn, ptg/mlm br makan nasi...selama setahun setengah berlalu akhirnya inilah kesannya. Aduh..apa boleh buat...ianya sudah berlalu. Tak sangka pulak ada kesannya...ingatkan tak ada kesan. Ada sedikit kesalan dihati.....tapi apa boleh buat, ianya berlaku dgn tidak disengajakan......... mungkin masanya telah tiba....seperti berlakunya ketidak stabilan struktur bumi, hanya Dia yang Maha Besar.

Thursday, October 1, 2009

Cepatnya masa berlalu

Sedar atau tak sekarang kita dah berada di ujung tahun 2009. Apakah yang telah dicapai sepanjang tahun ini? Oktober...3 bulan lagi akan masuk tahun br..2010. Sempat ke survey habis ujung tahun ni? Itulah yg selalu ada dalam fikiran....mengikut perancangan sepatutnya proses data collection akan berkahir bulan 12.......but now..still dalam pilot mode. Aduh....dan sekarang sebenarnya aku sendiri dah tak tahu apa nak dibuat...mcm sangkut dgn result pilot. Aduh...mcm mana jalan penyelesaiannya ni???? Masih kabur dengan apa yg ada........modon bantuan Ya Allah..tunjukkan jalan penyelesaian, berikan kekuatan utk teruskan perjuangan. Effort tak cukup tinggi rasanya................

Tuesday, September 29, 2009

Raya


Raya tahun ni disambut dikuala selangor.....kg hubby, dan ini lah pertama kali raya tampa seorang ibu bg adik beradik hubby.....dan kami sebagai menantu turut merasai kehilangan ibu mertua. Walaupun ketiadaan beliau dirasai dihati masing2..namun tradisi tetap diteruskan seperti arwah masih ada. Seperti biasa..ketupat disediakan dlm seratus biji, rendang ayam 2 ekor dan menu yg paling penting ialah rendang kerang. Tetamu yg datang ke rumah pasti mencari rendang kerang yg dimasak arwah. Jadi disebabkan itu..makanya kami adik beradik berusaha bersungguh2 utk memasak yg terbaik kerana tidak mahu tetamu yg datang serta Abah kecewa dengan ketiadaan rendang kerang...walaupun tiada seorang dr kami yg confident dan menuntut ilmu rendang kerang dr arwah. Selama arwah hidup, kami hanya tolong potong2 apa yg patut...segala campuran diadun oleh arwah. Namun...dengan pengalaman yg ada akhirnya kami berjaya menyediakan apa yg sepatutnya...dan kami agak berpuas hati kerana kebanyakkan tetamu yg datang kata sama seperti arwah masak. Alhamdulillah.........Alfatihah utk arwah.
Raya ke dua ptg balik Kedah...beraya di semua rumah adik beradik...dan doaku untuk arwah bapa tidak pernak ditinggalkan. Semoga ayah berada bersama org2 beriman..dan disyurgamu Ya Allah. Kehilangan agak terasa diwaktu begini...namun sume kami tetap seperti biasa kerana didikan yg telah diberikan menjadikan kami sume kuat menghadapi segalanya. Alhamdulillah. Alfatihah utk arwah juga.....
Raya kami dipanjangkan dengan percutian ke Pulau Langkawi...tiada yg menarik diLangkawi (mungkin sbb dah biasa sgt)..........tapi yg pasti coklate, pinggan mangkuk dan periuk mmg berbaloi beli. Sempat juga beli pressure cooker.....senang sikit nak masak daging lepas ni. Asfa tak takut pun naik bot...malahan dia amat suka bila ombak besar datang. Bila laut kembali tenang dia akan boring dan tido.........asfa....asfa....sume benda nak yg mencabar saja.
Sekarang puasa 6 berlangsung...dan bila raya 6 akan disambut? Bila habis puasa..........weekend terpaksa berbuka puasa sbb open house sgtlah banyak....tetamu yg datang juga perlu diraikan...dan jemputan juga perlu dipenuhi. Tahun ni tiada open house..kerana setiap hr rumah kami sentiasa open utk sesiapa saja yg nak dtg...rasanya setiap ujung minggu dah ada tempahan dr kawan2 yg akan dtg beraya dirumah...makanya tahun ni 8 kali lah open house. So kepada sesiapa yg nak dtg umah..silakan lah dtg....cuma bgtau sehari sebelum sepaya kitaorg boleh bersedia utk tidak keluar. Selamat berada dibulan Syawal.

Friday, September 18, 2009

Balik kampung

Ptg ni kami sekeluarga akan balik kampung..kuala selangor. Tahun ni raya turn sini (hubby). Kebetulan juga tahun ni sambutan raya pertama tampa ibu mertua. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga kita semua selamat pergi dan kembali dengan selamat. Hari raya ke dua...kami akan balik Kedah..kampungku. Yahoo...bestnya, tak sabar nak mkn ketupat mak. Kalau ada kelapangan..destinasi lawatan cuti kali ni adalah Langkawi. Hubby dgn Asfa tak penah naik bot pegi Langkawi....Semoga kita semua berada dibawah payung rahmat Allah.

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Sempena mengjelang hari raya Aidilfitri ini, saya dan keluarga mohon ampun dan maaf diatas segala salah silap, tersalah bicara dan pertuturan tidak terjaga. Semoga kita semua dilimpahi rahmatNya sentiasa dan sambutan Aidilfitri kali ini diberkati.