Wednesday, January 5, 2011

Hari makin hampir...

Sehari ke sehari segalanya makin hampir....hampir untuk bersalin..hampir juga untuk target siapkan thesis dan hantar. Dalam keadaan yg tak begitu larat ni..persekolahan asfa perlu juga dipikirkan..mcm2 hal...masalah utama transport. Aduh pening kepala....sbb transport tak de sampai ke Nusa Rhu.Mohon yang terbaik dr Allah. Isnin lepas buat scan dan CTG untuk check construction dan heart beat baby..Alhamdulillah sumenya ok..dan O&G kata masih boleh tunggu sampai 17hb jan untuk deliver baby. Alhamdulillah.....
Sekarang ni dah hampir 5 hari tak buat apa2..sbb busy dgn asfa sekolah dan bila dah banyak jalan sana sini..badan dah tak larat. Hati makin hari makin susah sbb risaukan thesis yg tak tahu bila akan siap dan target akan tercapai atau tidak....Semoga Allah berikan jalan yg terbaik untukku...Amin

Friday, December 24, 2010

36 weeks

Hari ni genap 36 minggu usia kandungan..ianya bererti cukup 9 bulan membayi bayi yang ada dalam perut ini. Lagi 2 minggu iaitu 38 minggu baby boleh keluar any time...wlpun pelbagai dugaan yang diharungi alhamdulillah akhirnya baby sampai juga masanya mengcukupi usia seperti yang diperlukan. Syukur...............
Sekarang mood tengah kelam kabut dan bertungkus lumus menyiapkan thesis..semoga Allah membantu aku ...dan aku dapat melakukan yang terbaik. Amin...

Monday, December 20, 2010

Sedih...

Petang semalam dan malam td....serta pg td merupakan hari sedih buat asfa. Dia main mainan piring terbang (dgn kebenaran baba) dalam rumah....dan tetiba piring terbang dia terkena juntaian lampu dihall rumah. Oleh sbb itu ....dia dihukum oleh uminya dgn cara yg paling mudah......umi tak melayan sume ckp dia...wlpun dia minta maaf sekalipun. Dia tidak dimarahi secara kasar...tapi jiwanya tertekan....berulang kali dia cuba utk berckp ..meminta maaf...tp aku tetap membisu. Membisu lebih memberi tekanan pada Asfa hingga dia tidur dlm keadaan sedih dan menangis dlm tidurnya...sian sgt. Selagi lampu umi tidak elok seperti biasa (diganti)...selagi itu jgn berckp dgn umi...itu arahan/ckp terakhir aku utknya. Dia budak yg sgt manja....setiap jam dipeluk dicium.....dan dia amat terasa kehilangan peluk cium itu selama lebih dr 12 jam. Pasti jiwanya sgt tertekan..berulang kali dia tanya baba..bila kita nak pi kedai..cari lampu utk umi....repair lampu umi. Seolah2 dia tak sabar utk lampu tu elok seperti biasa kerana dia tak mampu tahan dgn sikap umi yag membisu........dlm hati hanya Allah yg tahu betapa kesiannnya. Tapi sekali sekala..perlu diberi pengajaran..wlpun bukan salah dia sebenarnya..kerana dia tidak sengaja melakukannya. Dan dia bermain pun dgn kebenaran baba......asfa tak bersalah sebenarnya. Tapi tetap perlukan pengajaran supaya dia ingat sampai bila2......bukan sume benda yg dilakukan dapat dimaafkan dgn mudah.

Viva...

Viva adalah saat yang sgt ditunggu selain dr hari konvo..ia merupakan hari penentu kejayaan seseorang pelajar terutama pelajar yang sgt2 diduga sepanjang perjalanan mengharunginya..keputusan viva sama ada lulus tampa pembetulan..lulus dgn minor correction atau lulus dgn major correction. Dan ianya disusuli dgn lulus dgn cemerlang atau setakat lulus sahaja. Di peringkat phd....lulus sahaja juga sudah amat memadai..wlpun sume org mengimpikan lulus dengan cemerlang. Bilakah masanya akan tiba utk ku.....moga Allah mudahkan.
Selamat berjaya untuk rakan seperjuangan (senior) yang akan viva 27 Disember nanti..semoga segalanya dipermudahkan. Amin....

Friday, December 17, 2010

check up...35 weeks

Semalam merupakan pregnancy check up yg agak dihujung2...lepas ni mungkin ada lg 1 atau 2 check up sebelum deliver. Alhamdulillah baby sihat...wlpun ibunya tak sihat, selsema..batuk dan demam. Kami masih belum membuat sebarang keputusan mengenai method kelahiran....tetapi kemungkinan besar cara 'pembedahan dipilih'. Mengikut kedudukan baby...membolehkan bersalin secara normal....tapi naluri aku sangat berat untuk mencuba. Kenapa? Aku sendiri tidak pasti..mungkin kerana tiada pengalaman bersalin normal...takut sakit atau mungkin juga takut pd risiko fibroid. O&G minta untuk membuat keputusan pada next check up..31 disember 2010..hari terakhir ditahun ini. Walaupun rasanya keputusan dah ada...tp tak pelah kita tunggu hari yg seterusnya.
Buat masa ni..ini semua tidak merisaukan aku sikit pun kerana aku lebih risaukan thesis yg belum siap ditulis. Target untuk hantar draf kepada supervisor sebelum bersalin entah tercapai entah tidak. Dengan badan yg tidak sihat dan situasi diakhir2 kandungan sangat mencabar semangat yg ada...hanya Allah yg tahu apa yg terbaik untuk aku..dan pasti segalanya telah ditentukan. Aku hanya mampu berdoa..supaya segala yg dirancang berjalan lancar..Ya Allah bantulah hambamu...amin

Wednesday, December 1, 2010

Disember

Sekejap masa berlalu..disember merupakan bulan terakhir ditahun 2010 ini..ini bermaksudnya segala apa yg berlaku dan kita lalui selama 11 bulan ni akan tinggal kenangan utk kita. Bulan ni adalah bulan kritikal utkku..kandungan sudah mencecah 8..dan menunggu hari utk ke 9 bulan dan seterusnya akan tiba saatnya yg ditunggu..semoga segalanya berjalan dengan lancar. Dengan keadaan kandungan yg berada dipenghujung....thesis perlu disiapkan. Semangat perlu dikuatkan utk siapkan segalanya...kerana masa berjalan. Hanya Allah yg tahu betapa peritnya melalui saat ini..segalanya perlu dikejarkan dlm keadaan yg singkat. Target sebelum bersalin report siap ditulis..semoga ianya menjadi kenyataan. YaAllah berikan lah aku kekuatan untuk hadapi segalanya...tunjukkan aku jalan yg terbaik dalam mencapai segalanya...dan bantulah aku ya Allah. Hanya kau tempat aku memohon pertolongan.....dan hanya Kau mampu berikan yg terbaik untukku ya Allah............

Tuesday, November 2, 2010

Dugaan phd

Hari ni teringin untuk berkongsi sedikit cerita mengenai perjalanan yg dilalui dalam phd....setelah hampir 3 tahun ianya dilalui, terdapat beberapa maklumat yang ingin dikongsi untuk dijadikan ingatan dan juga panduan kepada yang bakal meneruskan pengajian diperingkat ini. Seperti yang telah ditulis di entry sebelum ini....phd bukan penilaian kepada kebijaksanaan seseorang dlm bidang akademik sahaja ....malah phd adalah penilaian kepada ujian untuk hadapai kehidupan sebenar didunia. Diperingkat sarjana, ijazah dan kebawah mungkin pengukuran kejayaan diukur berdasarkan kebijaksanaan akademik..tp di peringkat phd ..kejayaan sebenar adalah kejayaan menghadapi ujian dan kesusahan dalam kehidupan yg sebenar. Dalam erti kata lain phd adalah penilaian kepada sebuah ujian dlm kehidupan.....Tiada lg erti kata bijak dlm bidang akademik sebenarnya..kerana kebijaksanaan dlm bidang akademik dtg setelah ujian kehidupan berjaya ditempuh dengan jayanya. Seorang teman pernah berkata....ujian dtg hanya untuk org yg hebat...org yg sanggup buat phd adalah antara org2 yg hebat..maka sebab itu setiap calon phd akan diuji dgn pelbagai ujian...tidak dapat lari dr ujian wlpun hanya sesaat. Bila diakhir2 pengajian ini..kenyataan ini dapat dirasai kebenarannya. Hakikat yang nyata yg tak dapat disangkal. Pelbagai ujian ditempuh sepanjang pengajian ini..sama ada besar atau kecil. Begitu juga dgn kawan2 seangkatan, org yg terdahulu dan org yg baru memulainya. Setiap dr mereka melalui ujian besar termasuk diriku sendiri..tidak dapat lari. Bezanya cuma masa ianya datang....jenis ujian yg datang...besar atau kecik ujian yg datang..dan berjaya atau kecundang dgn ujian tersebut. Tp yang pasti setiap calon phd akan merasai ujian kehidupan yg agak getir..kerana ia berbalik kepada kenyataan td...Allah menguji untuk org yg hebat dan mampu atasi. Bila bercerita soal ujian yg dilalui oleh calon phd..masing2 mempunyai cerita yg tersendiri. Ada yg bercerai berai semasa buat phd, ada yg mengalami sakit kritikal, ada yg terpaksa bergolok bergadai..menjual kereta dan rumah...ada yg mempunyai masalah dgn supervisor...ada yg bermasalah dgn universiti...ada yg bermasalah dlm pengajian...kajian tidak dpt dijalankan....ada yg kehilangan suami atau isteri...mak dan ayah...ada yg kehilangan anak....Bila bercerita soal ujian..pelbagai kisah sehinggakan ada yg tak terfikir oleh akal. Bila direnung-renungkan besar sungguh ujian mereka....tabah sungguh mereka..begitu sayang Allah pd mereka. Dan yg lebih mengkagumkan mereka akhirnya berjaya mendapat gelaran "dr" wlpun ujian bagaikan tsunami yg melanda. Allah maha besar..sekali lagi kata-kata " Allah hanya memberi ujian kpd org yg hebat dan mampu atasi ujian" tepat sekali..tidak dpt dinafikan. Bila terasa ingin mengalah dgn ujian......diri ini terfikir, sikit dgt ujian yg Allah bg utkku. Kalau ujian yg sedikit ni tak mampu ku hadapi bermaksud aku tidah cukup hebat seperti mereka.Allah telah memberi laluan yg mudah selama 2 tahun dlm pengajian....Allah mudahkan segalanya sehingga segala kajian selesai tampa ada ombak melanda. Sekarang hanya sedikit ujian diberikan dlm penulisan....Allah uji dgn kesempitan masa dan tahap kesihatan yg tidak memberansangkan. Kalaulah ujian yg sedikit ini tak mampu kutempuh ....terasa diri malu dgn org2 yg hebat seperti diatas. Oleh itu..perlu bangkit semula untuk tempuhi segalanya..dan bersyukurlah dgn apa yg ada..kerana ombak yg melanda tidak sebesar mana. Semangat mesti kuat untuk teruskan......bukan mudah untuk berjaya. Kejayaan tampa kesusahan tidak ada penghargaan dlm erti kata yg sebenar........Semoga org2 yg diuji dgn ujian yg besar mahupun kecil akan terus berjaya...Doa untuk diriku dan semua yang terlibat dalam kisah "perjalanan harungi dugaan ini"....