Thursday, February 14, 2013

cuti

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..selawat keatas Nabi SAW....
Setelah lama tidakbercuti dan pulang kekampung..peluang cuti sempena CNY ini km sekeluarga pulang menjengok ibu yg tidak seorang dikampung...Alhamdulillah berkat rahmat Allah waluapun usianya mencecah 74 tapi masih dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus beramal ibadat kepada Nya...berkat bgn malam secara konsisten sejak dulu hingga kini emak dikurniakan tahap kesihatan yang cukup membanggakan..semoga mak terus sihat ..Amin
Seperti biasa..acara wajib setiap kali cuti..adalah family gathering yng melibatkan acara makan2...makan yg pertama adalah sempena ulang tahun kelahiran emak...dan makan yg kedua dibelanja oleh abang no 3....itulah untungnya jd anak bongsu....proses belanja membelanja selalu didahului oleh abang dan kakak...sedar atau tidak ahli keluarga dah masih ramai..dan sedar atau tidak anak2 saudara semuanya dan besar panjang...dah bekerja dan berada diuniversiti. Hanya anas dan asfa yg kecil dan disayangi dan diminati dan direbuti oleh ramai sepupu2 mereka.....dilayan bagai raja sbb masih kecil...Alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah...nikmat kesihatan dan mempunyai keluarga yg baik....semoga Allah pelihara kita semua

Wednesday, February 6, 2013

Kembali...LR

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha penyayang....selawat serta salam untuk Nabi Muhammad SAW......hampir setahun entry blog ini tidak diupdate. Insyaallah bermula hr ini ianya akan kembali seperti dulu. Kalaupun tidak sebanyak dulu...tp insyaallah akan dicuba supaya berinformasi lebih dari entry sebelumnya.

Perjalanan phd sudah tamat...namun usaha untuk membantu kawan2 yang masih berjuang akan diteruskan. Berbalik kepada tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi apa saja pengalaman bg membantu kawan2 yang sedang bertungkus lumus menyiapkan phd. Sebagai entry permulaan pd hr ini ingin dikongsi satu pengalaman untuk semua pembaca...entry ini dari catatan Dr OT bercerita cara menulis LR

Hello bro.... cer ko baca satu paragraph ni..apasal SV aku kata tak kritis... amender yang kritis tu bro?


La.... ko tulis " Ali (2009) menyatakan ciri-ciri multimedia... Sementara itu Siti (2007) menambah satu lagi ciri animasi dengan multimedia iaitu.... dan John (2008) memberikan satu lagi ciri hipermedia...."


Kenapa?


Tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... yang ko main cantum jer dalam satu paragraph... byk ko punya ensem.... kritis tu bukan macam tu..


Abis?


Ko kena analisis artikel2 ko tu dgn cari point yang conceptualnya sama dengan kajian ko dan bahan yang ko analisis (maksudnya yang ko ekstrak dari artikel) perlu ko sintesis atau combine dalam ayat ko sendiri, bagi idea ko sendiri dan bahasa ko sendiri.... dalam konteks kajian ko.....barulah kritis...


Meh aku artikel tersebut. Katakan ko analisis 5 artikel dan dapati isi berikut yang perlu ko sintesis....berkaitan dengan LR ko utk nyatakan ciri-ciri bahan multimedia yang boleh membawa kepada kefahaman pelajar...




Ali (2009)
Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran
Siti (2007)
Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
Tan (2010)
Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009)
Chee (2009)
Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis
John (2008)
Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak seperti konsep sains


Ko perlu mensintesis kelima-lima isi dari petikan di atas menjadi sebahagian sorotan literatur terhadap ciri-ciri bahan multimedia yang ingin ko ingin dibangunkan supaya menyokong ke arah meningkatkan kefahaman pelajar. 


Mensintesis tu camner bro?


Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan ko sendiri secara mencantumkan (makna sintesis) konsep2 yang sama dari artikel yang ko sintesis dan dengan cara itu juga akan menghasilkan sorotan literatur yang konsisten dan koheren dgn kajian ko sendiri dan  seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan (perkataan bergaris) tetapi secara conceptualnya adalah sama dgn kajian ko.


Kalau ko dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian ko... barulah ko dikatakan kritis dalam menulis LR....


OOO...cam tu ler pulak...


Berikut contoh ayat yang konon2nya ko dah sintesis sesuai dengan kajian ko yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkankefahaman  pelajar:

"Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimediadalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia  mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori  konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh Mayer (2009) daslam meningkatkan kefahaman pelajar.


Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D. Ini selari dengan saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar"

Bila ko baca ayat di atas, tak der ler macam ko meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi seperti mendengar ko berkata2 kepada pembaca..... siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian ko... iaitu menggunakan keyword bahan multimedia dankefahaman pelajar wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !!


Tu macam senanglah bro....


Apsal tak ada orang ajar aku.... tu yang aku main taram jer.... he he. SV komen jer tak kritis..... entah apa yang tak kritis akupun tak tahu...... nasib baik ko tunjuk kat aku....


Sekarang ko percaya betapa senangnya menulis LR secara kritis dengan syarat ko mampu membuat analisis dan sintesis..... dalam konteks kajian ko sendiri...........jadi jgn fening dgn perkataan yang bermacam2 dalam artikel asal asalkan konsepnya sama dgn konsep kajian yang ko buat. Jika ko kutip semua perkataan yang berbagai2 dalam artikel asal... bukan ko saja fening.. pembaca ko pun akan muntah !!


Abis bukan ker kritis tu mengkritik kajian orang lain?


Banyak ler ko punya kritik. Ko sendiripun tak faham kajian ko lagi.... baru nak blaja tulis literature review...merangkak-rangkak ...ada hati nak kritik kajian sifu2 yang di published dan di reviewed dalam artikel2 scorpus tu.....? Minta maap ler bro...


Jadi...?

Bagi LR, ko perlu menulis secara kritis bukan mengkritik ler....


Wokey.... tima kacih atas nasihat ko yang kritis tapi tak mengkritik....

Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan....

Selamat berpuasa dan salam ramadhn untuk semua. Semoga anda diberkati dan diberi kelapangan dibulan yang mulia ini. Pagi tadi terdengar satu ceramah...dan satu penyataam yang masuk di hati ialah.." Bulan Ramdhan adalahbulan yang ditunggu-tunggu oleh orang beriman kerana dibulan inilah kita berpeluang untuk menyucikan diri selama setahun yang lepas. Dibulan ini rahmat Allah luas dan melimpah....maka kejarlah. Beramallah dengan dengan sebaik mungkin supaya kita dapat apa yg sepatutnya. Kemungkinan ini adalah Ramadhan yang terakhir utk kita...maka beribadatlah bersungguh-sungguh kerana jika ditakdirkan kita tidak berjumpa lg ramadhan ditahun depan..ini lah peluang kita untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita"
Terasa insaf sekejap....kerana terfikir...adakah aku akan bertemu lagi ramadham tahun depan....
Selamat beramal...


Wednesday, July 25, 2012

Luahan Hati...

Hati ni saya sangat sebak membaca kisah liku kehidupan yang dilalui oleh rakan2 di DSG (Doctorate Support Group. Walaupun all the members of this group tidak mengenali antara satu sama lain tapi kami di sini seumpama kenal dan rapat seperti adik beradik. Kami saling support each others for any problem..suka atau duka. Allah Maha Besar. Itulah keikhlasan silaturrahim antara ahli group. Hari ni saya sangat sedih tak alir mata tak terhadap membaca kisah2 kawan2 yang melalui suka duka kehidupan sebagai dugaan semasa membuat phd. Allah Maha Besar....besar sungguh ujian mereka. Bila saya merenung ujian yang Allah berikan pada saya yg sedikit ini, alangkah hinanya saya..kerana ujian yg sedikit ini timbulkan keluhan dihati saya. Tidak kuatnya saya...tidak seperti mereka. Dengan ujian yg sikit Allah berikan, saya sentiasa memohon dan meminta pertolongan dariNya...Ya Allah....aku merayu padamu ringankanlah ujian dan beban semua ahli DSG, sesungguhnya kami berjuang keranaMu Ya Allah...jika Engkau mahu berikan ujian kepada kami, maka Engkau berilah yang termampu untuk kami pikul. Saya sangat kagum dgn ahli DSG yg sangat kuat dan tabah...mulai dr hari ini saya akan selitkan doa saya utk sume ahli DSG...semoga doa saya dapat meringankan sume ahli DSG yg saya sayang dan semoga Allah mendengar doa saya yg hina ini....

ENTRY LAMA YG BARU DIPUBLISH

Phd viva 29 mei 2012..selasa 9.00 pagi

Setelah mengharungi pelbagai kesibukkan..akhirnya tarikh viva sedah ditentukan. Masa yang ditungggu berkahir..alhamdulillah

POST LAMA YG BARU DI PUBLISH

Lama menyepi...semoga diberi kekuatan untuk terus menulis

Rasanya inilah masa yang paling lama penah diambil untuk menulis semula/update blog. Mungkin sbb leka dgn menunggu waktu viva-phd, dgn viva phd, dgn proses pembentulan dan penghantaran tesis dan juga mungkin sibuk dlm penyesuaian diri dgn alam pekerjaan. Sudah 3 tahun lebih bercuti dan buat suka hati..manage time sendiri..tetiba plak kena pakai formal...pi off..buat keje off dll...makanya itu lah antara sebab blog tidak diupdate. Namun itu semua adalah sekadar alasan..yg tidak perlu pun..kalau mak seribu daya..tak nak seribu dalih...peace!!!!

Tuesday, May 8, 2012

Asas utama phd....

Dah lama rasanya tidak berkongsi ilmu yang berunsur ilmiah....hari ni ada beberapa tips untuk dikongsi bagi sesiapa yang memerlukan. Phd bermula dengan MINAT....sesiapa yg mengambil keputusan untuk menempuh perjalanan harungi dugaan ini pertamanya mesti ada MINAT untuk melakukan research. Minat dalam erti kata yg sebenar.....tampa jemu, tampa keluh kesah, tampa sesalan...dan tampa ragu2. MINAT. 

Apabila MINAT digambungkan dengan SEMANGAT yg kuat ia kan menghasilkan sesuatu yg sgt signifikan. Dengan dua sifat ini akan memastikan segala dugaan dapat ditempuh dengan penuh keyakinan. Cari topik yang diMINATi. Jangan buat benda yang kita tak suka. Kajilah benda yg anda suka, kajilah bidang yang anda minat dan kajilah bidang yang anda rasa anda 'expert' (atau konon2nya expert, nobody perfect dlm mencari ilmu, oleh itu sehebat mana kita dlm bidang tersebut pasti ada lagi yg belum dikaji..ilmu itu luas).Setelah tersemat dlm diri MINAT, SEMANGAT dan sudah terjumpa BIDANG KAJIAN YANG DIMINATI, maka bermulakan satu perjalanan............jika semua diatas digabungkan dgn baik, sudah pasti perjalanan anda akan kurang likunya....dan mungkin juga jalan yg anda lalui selurus highway PLUS :)

Namun demikian, satu perbutan yang amat penting untuk selalu diingati ialah...TUNTUTLAH/LAKSANAKANLAH/ BUATLAH SEGALANYA HANYA KERANA ALLAH...berdoalah ....memohonlah....bergantunglah kepadaNya. Anda akan rasainya nikmatnya kemudian jika phd anda dilakukan kerana Allah..insyaallah...(akan bersambung untuk tips akan datang)
Semoga berjaya untuk yang baru bermula dan yg lama juga....