Hari ni balik kampung lagi...hubby outstation lg ke kedah-perlis...so alang2 dia pegi sorang, kami berdua beranak akan ikutlah....sian pulak drive sorang2kan...but tu sume alasan je....tapi hakikatnya kalau ada kesempatan mcm ni hubby akan suruh ikut sbb dia akan risau tinggalkan kami berdua dirumah...(padahalnya selalu je kena tinggal). Balik kampung......mmg best tapi seperti biasa progress kerja akan tinggal 50% je...silap2 tak de langsung....dah la keje banyak ni....emmm....tapi tulah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih sebenarnya....padahal kat kglah banyak masa terluang.
Friday, October 30, 2009
Thursday, October 29, 2009
Busy
Tengah pening dengan data pilot...lepas cari cronbach's alpha..tengah bua pula EFA (exploratory factors analysis)......dan ada error pulak pada data, tak boleh run lebih dr 12 dan 15 item....aduh lah..tak tahu kat mana silapnya. Peningnya.........dalam kepala mcm2 yg perlu dibuat, otak berpikir laju tapi fizikalnya terpaksa bergerak mengikut masa dan keperluan. Mcm mana tu? Ada 3-4 paper yg boleh dibuat tapi belum buat.......delphi, e-g, pilot test data, journal ACM nak hantar, UKM...preparation utk IVIC 09- international conference. Rasa macam malas je nak present....aduh....tak de sapa boleh tolong melainkan diri sendiri dan mohon bantuan dr yg Maha berkuasa....org sekeliling pandang kita sentiasa happy.......dalam diri apa yg ada tak de org yg tahu. Itulah kehidupan........
Wednesday, October 21, 2009
SEM
Workshop SEM 2 days kat UKM, nice talk and nice to meet Dr Nuriza , Dr Zaidi dan Dr Mukmin...mmg best lah org statistik ni. Berjumpa dengan dr-dr yg sangat humble...susah nak cari ni terutama sekali org FTSM...selalu kan org kata org IT ni 'belagak'...hakikatnya memang dipersetujui pun wlpun tak sume....org IT ni biasanya sume nak tunjuk pandai.....dan kata org apa tu....'kerek'. Personaliti berbeza mengikut latar belakang...hahhaha..fakta yg perlu ada bukti pengukuhan. Boleh buat sub topic phd ni.....
Kejap lagi nak balik kg...bestttttttttttttttt la sgt. Tq hubby...sbb benarkan kitaorg ikut. Allah makbulkan doa Asfa sebenarnya.
Wednesday, October 14, 2009
2 April 2010
Teruja menunggu saat ini...semoga Allah murahkan rezeki, kurniakan kesihatan yg baik..dan permudahkan segalanya. Tak sabar menanti....tapi mcm mana yek nak tinggalkan asfa dalam jangka waktu itu. Kalau ikut hati tak sanggup rasanya nak tinggalkan dia.......tapi hakikatnya perlu ditempuhi. Semoga Allah tunjukkan jalan yg terbaik utk sume...Amin
Tuesday, October 13, 2009
Masa......
Masa yang ada perlu disedekahkan kepada yang memerlukan. Betulkah jika masa yg ada kita sedekah kan untuk kepentingan org lain...Allah akan gantikan masa kita berlipat ganda. Masa begitu penting dalam kehidupan...dan pengurusan masa yg betul menjadikan hari2 yang dilalui akan berkualiti. Berapa hari dalam seminggu kita rasa hari2 yang kita lalui penuh berkualiti dan kita mempunyai kepuasan melalui hari tersebut atau.......adakah kita tidak merasai apa2 bila tiba waktu malam untuk kita lelapkan mata, atau adakah kita merasai kerugian hari yang telah kita lalui dengan sia-sia. Adakah kita rasa rugi hari yang kita lalui kerana ianya tidak dipenuhi dan digunakan sebaik mungkin dgn benda yg memberi manafaat kepada kita. Dimanakah kita dan apakah penilaian masa pada kita. Tanya diri, fikirkan......semoga kita antara org2 yg lalui kehidupan setiap hari penuh berkualiti dan berpuasa hati dengan masa yg kita lalui disiang hari....
Sunday, October 11, 2009
Raya lagi...
Semalam jumpa housemate lama masa di seksyen 3 shah alam, dorang datang berkumpul kat umah..sampai 12.30 mlm br balik....ye lah dorang ada yg masih belum kahwin..so enjoy the life lah. Hubby pun tak kisah...sbb dah kenal sgt budak2 ni. Best dapat jumpa dorang.........mcm2 cite ada. Hari ni hari mengemas umah....kejap lg mulalah operasi pembersihan. Dah lama sangat rasanya tak outing ..sejak bulan puasa sampai ke smlm...dulu sbb takut h1n1..lps tu dtg musim raya..every wkend ada org dtg umah. So hari ni lepas kemas umah dan segala benda selesai nak kuarlah....gi mana yek????
Tapi analisis pilot belum siap lg ni....alah susahnya hati...
Thursday, October 8, 2009
TV
Asfa dr dulu sibuk nak suruh pasang tv dalam kereta, sbbnya dalam kereta pak long ada pasang tv. So dia asyik tanya napa kereta umi dan baba tak de tv...dulu reason yg kitaorg selalu bg, sbb tv tak sesuai utk kereta, sesuai utk mpv sahaja.........dan bila ahli keluarga bertambah br dijanjikan akan ada mpv....(estima putih dan hitam adalah idaman kereta asfa dan baba). But lately bila kuar waktu malam dia asyik nampak kereta biasa pun ada tv....and again dia tanya lagi [menunjukkan dia nak lah tu], dan yg terakhir sekali mlm td bila dia nampak bmw 5 series tu pasang kat belakang sit driver utk anak dia kat belakang, makanya lg lah keinginan dia tu berkobar2..........at last baba tanya nak pasang kete sapa umi ke baba..pastilah kete baba dia jawab sbb dia suka kete baba, sbb ada tempat letak sun glass dia kat bumbung [padahal itu tempat letak spect baba] dan kat belakang ada tempat letak tgn...kete umi tak de, so pasang kat kete baba lah. Then baba ckp baba tak nak tukar audio player lain...kalau nak pasang, pasang kete umilah....umi pun tak nak pasang kat kete umi. So secara kebetulan, mmg kitaorg nak beli tv baru utk hall dibawah....makanya paling mudah untuk mengalihkan pandangan dia, kitaorg ckp...kita tak payah pasang tv kat kereta, umi dgn baba belikan asfa tv dan dvd player yg cantik dan sangat besar letak kat umah, senang asfa nak tgk tv dan cd...lg best sbb besar, tv kereta kecik....so bila sampai kat kedai mmg belilah tv dan dvd player [sbb mmg tujuan kuar nak pi beli pun].....dan dgn pembelian itu perjanjian telah dibuat, jgn minta lg tv kereta, sbb tv kereta yg kecik dah digantikan dgn tv rumah yg lagi besar [42 inch]. So dia setuju, perjanjian dimeterai..........selesailah masalah nak menjawab soalan2 dia selama ni. Wlpun dia declare tv tu tv dia tak kisahlah....as long hilang kisah nak pasang tv dlm kereta, wlpun sebenarnya beli tv tu mmg dah ada dlm plan selama ni. Dapat selesaikan permintaan asfa dan juga kehendak bersama. Disebabkan dia kata new tv dia punya....tv kat family area kat atas yg selama ni dia tgk, dia dah tak tgk dah lah..sbb itu umi dgn baba punya tv dia kata. Asfa punya kat bawah.......Apa2 je lah asfa, asalkan jd anak solehah...dunia akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)