Wednesday, January 28, 2009

Asfa



Dah lama rasanya tak update blog ni...sejak dr birthday Asfa...majlis berjalan dgn lancar..ramai org yg dtg termasuk rakan seperjuangan k rahmah & family serta en azhar & family. Selain dari tu kawan2 dr msu k del & family dan elly & family.  Terima kasih sbb sudi dtg...Asfa pun dapat banyak hadiah..terima kasih semua. Hadiah istemewa utk Asfa tahun ni ialah kitchen set.....beli kat toysrus, dia mmg suka sangat kitchen ni sbb kat klinik adek [the only klinik pediatrik yg asfa suka, sbb ubat dia ok, selalunya sedap] ada, dan dia akan selalu minta pegi klinik adik wlpun demam sikit je sbb nak main kitchen set tu. Dapurnya siap ada bunyi..ada lampu, mcm dapur betul...[canggihnya mainan zaman sekarang, zaman aku kecik dulu tak merasa pun].  Terima kasih buat sume yg bg hadiah pd Asfa.
Cuti raya cina bercuti ke Melaka.....happy sgt kami sekeluarga terutamanya Asfalah. Objektif ke Melaka adalah utk jalan2 bercuti dan selain dr tu..utk makan...mcm2 tempat mkn kami cuba [ fav hubby mmg mkn]...so percutian tu dipenuhi dgn mkn dan jalan2. Biasalah mmg kami sekeluarga mmg suka jalan2 dan mkn2...apa saja yg nak dimakan pasti dpt tak kira mahal atau murah. Every month mmg banyak duit dihabiskan dengan berjalan dan mkn...sbb mkn adalah aktiviti utama kami sekeluarga. Lepas balik dr Melaka balik ke Kuala Selangor...dan hr ni kena fokus kepada kerja yg banyak sgt. Delphi round 2 dlm proses, tgh tgu feedback expert. Dalam pada tu kena develop questionnaires utk survey....lepas ni kena fokus dah tak de cuti dah..kami akan bercuti semula pada bulan 3 ke Jakarta dan Bandung. Sebelum sampai ke bulan tiga kena fokus kepada kerja..semoga Allah berikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki..Amin

Thursday, January 15, 2009

Birthday Asfa


Hari semakin dekat utk buat birthday party Asfa [17 jan 2009]..dia pun very excited...every day dok tanya bila nak birthday dia..sehari lbh dr 5 kali tanya soalan yg sama. Penat nak jawab...tp terpaksa jwb jugak..semua mkn dah order..dan jemputan pun rasanya sume dah jemput. Wlpun rasa mcm buat sikit tapi dlm 100 org jugak dijangka akan hadir. Kali ni tak buat khemah...mkn dlm rumah but by phase. Sebab kalau ikut kaji cuaca ptg sabtu tu hujan..so kalau buat khemah pun tak pakai sbb org akan mkn dlm rumah juga. So we all decided tak pyh pasang khemah. Esok terpaksa amik cuti dengan diri sendiri drp tugas sbg student..sbb esok uminya akan pergi pasar utk beli brg nak masak laksa special utk birthday Asfa [ special sbb jarang masak..so kira bertuahlah kali ni termasak pulak]. Lgpun Asfa mmg suka laksa.."sedapnya laksa umi masak"....this wk cuti 3 hr, Jumaat, Sabtu dan Ahad..yahoo.  Dress Asfa dah beli..cantik..dia suka..purple colour. Crown pun dah beli..nanti ala2 pengantin lah anak dara tu...cuma yg tak beli hadiah istimewa utk dia. Tak tahu apa nak hadiahkan utk dia..last year dia dapat sport car besar bagak dia tu..bergaya bila naik dijalan raya. Umur dia  2 tahun, dia dapat piano...umur setahun...[lupa] basikal yg ada payung dan ada tempat kaki rasanya. This year tak ada idea nak beli apa..tp esok lepas setle pegi pasar kena jugak pegi toysRus..carai apa yg patut utk dia...semoga Asfa jadi anak yg baik, bijak, sihat, solehah dan dirahmati Allah sentiasa. 

Monday, January 12, 2009

Macam2 dunia ni

Article dah siap sepenuhny[content] , tapi editing belum buat lg. Hr jumaat hantar utk ditranslate dan harap sumenya berjalan dengan lancar. Sabtu dan Ahad sibuk sgt melayan Asfa dan kuar membeli barang-barang persiapan untuk birthdaynya hujung mgu ni.. kad jemputan sudah diedarkan kepada kawan2 rapat....hubby tak de sampai wednesday outstation ke Perlis. Dlm menunggu translation siap terpaksa bertungkus lumus edit article. Dlm pd tu merancang dan confirm apa yg patut utk majlis hari jd Asfa. Pg td sempat berbincang dengan hubby, dimana akan jadikan event di bulan Jan..adalah event tetap kami iaitu kenduri kesyukuran utk sepanjang tahun sebelumnya.
Segala achievement yg telah dicapai akan diraikan pada bulan Jan setiap tahun. Asfa sgt excited dgn gaun, crown dan barang2 dia yg lain..dan tak sabar nak tgu kawan2 dia dtg meraikan hari ulang tahun kelahirannya. Hari2 tanya bila partynya..sabar je lah...itulah namanya budak...hr ni banyak rahsia terbongkar mengenai sekeliling...hanya Allah yg tahu apa yg terbaik. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan yg terbaik utk kami sekeluarga. Asfa tak de mlm ni tidur umah mamanya..sbb baba dia tak de, so dia akan boring kalau dok umah berdua saja. Dengan masa yg ada ni dpt lah lbh fokus dengan apa yg nak dibuat...

Wednesday, January 7, 2009

Bekerja keras

Penat sungguh rasanya hr ni..bermula dr mlm td pukul 2 pg start melakarkan paper yg wajib dihantar sampai ke saat ni masih mengadap komputer. Dah terasa bahu dan jari ni lenguh..tp apa boleh buat inilah peluang yang terbaik Allah dah bg utk 'pulun' habis. Asfa tak de kat rumah mlm ni..tidur umah mamanya..dah lama dia minta hr ni akhirnya dpt juga tunaikan hasrat dia. Dia nak tidur sana 'three' je..bukan lama..tukar2 la,nanti lepas three asfa balik...itulah kata2 nya dlm telefon td. 
Dengan peluang yg singkat inilah terpaksa berhempas pulas utk siapkan segalanya. Berhenti utk solat dan mandi dan mlm td berhenti utk kuar berbuka puasa dgn hubby...Kalau ikut hati..penat sgt, tp inilah pengorbanan yg dituntut. Semoga dapat melakukan yg terbaik.. Amin

Monday, January 5, 2009

Bercuti

Lepas bengkel esoknya terus balik kedah...Bawa Asfa naik bas...excited sungguh dia naik bas [x penah naik bas]. Kat sana mmg rileks hbs2 dan bercuti dr segalanya...dan semalam balik kesini balik juga naik bas. Hubby busy dan tak dpt join balik kg...inilah 1st time balik kg tampa hubby setelah 6 tahun berkahwin....bila balik semula kerumah..sume task telah tersenarai utk dilaksanakan.....dan hanya Allah yg tahu apa yg ada dlm hati, perasaan dan pimikiran. Balik umah mak seronok....jumpa sume adik beradik dan anak2 saudara yg disayangi...All my niece amat close dgn ku dan aku adalah satu2 nya emak saudara yg mereka sume sayang dan rapat..kalau bapa saudara mereka sume lbh close dgn pakngah [abg no 2] dan juga paksu [hubby ku]. Hr khamis doa selamat dibuat dirumah mak..sempena meraikan nurul [anak abg, no 4] dapat 5a UPSR dan juga Ashraf [anak abg, no2] yg berjaya dapat 8A 1b dalam PMR. Bangganya dgn dorang wlpun hanya anak saudara..semoga diaorg berjaya. Kkdg terpikir...hebatnya diaorg berjaya dgn cemerlang wlpun sekolah dikampung..tampa ada tuisyen, intensif kelas dll seperti dibandar. Mungkin berkat guru-guru yg dedikasi disana yg ikhlas mendidik. Semoga Asfa mengikut jejak langkah abg2 dan kakak saudaranya. Mak yg buat kenduri utk cucu-cucunya...ada ayam bbq, ikan keli bakar, nasi, kari ayam, agar timun dan lain2. Seronok..penuh umah mak...dan Chaq terus buat doa selamat sekali...yg tak de hanya hubby....apa blh buat dia ada tgjwb lain. 
Dan hari ni bermulalah kehidupan baru sempena tahun baru...setelah kembali ke shah alam...semoga dgn kehadiran tahun br ni akan lbh memberi kejayaan utk ku sekeluarga.

Bengkel penulisan journal

Lepas seminar 26 hr kat Kajang..mlm patutnya check in kat hotel impiana [sebelah klcc] sbb bengkel penulisan journal akan bermula sampai 29hb. Tp disebabkan tak de aktiviti pd mlm tu..just briefing..minta permission prof Hbz utk check in esoknya..sbb mlm tu nak balik umah jumpa Asfa..takut dia demam teruk. Everything ok..esoknya Asfa dan hubby hantar kat impiana..dan bermulalah bengkel yg memberi menafaat utkku. Dlm bengkel tu dpt kenal sume supervisee prof Hbz..kami makin rapat kerana 3 hr bersama..seronok dapat kenal diaorg sume..dan dalam group tu ada 2 org yg paling muda..yg tgh buat phd...aku dan juga sorang lg yg sama batch dgnku. Yg lain sume dah senior dan banyak pengalaman hidup. Prof Hbz seorang yg tinggi ambitious nya..work hard in life....so sume aspektasinya amat tinggi kpd sume supervisee dia. Dlm bengkel tu dia target sume journal yg kami produce akan msk IEEE...but then kalau tak boleh br cari yg low level dr IEEE. Selama 3 hr kat sana km bekerja keras mencapai stadard IEEE seperti yg dikehendaki....dalam pd itulah terdengar desas desus ketidak puasan hati antara supervisee kpd supervisornya. Ramai yg tak suka dgn cara prof Hbz supervise, dimana dia banyak lepaskan stud dia utk work alone tampa bantuan. Aku hanya mendengar sbb pada ku dialah yg terbaik jika dibandingkan dgn nasib kwn2 yg lain seperti k rahmah dan azhar..syukur ada prof Hbz yg paling tidak dapat memberi penunjuk dan bantuan ketika memerlukan. Apa yg aku lalui sekarang sama perjalanannya dgn apa yg prof Kamil lalui dlm perjalanan dia mendapatkan phd...dan akhirnya dia berjaya dalam masa 34 bulan. Aku juga berharap dan berdoa aku akan berjaya sepertinya kerana apa yg dia lalui yg dibukukan adalah sama dgn apa yg aku lalui.....dan pada diriku yg kerdil ini memegang satu prinsip BAIK BURUK PENYELIA , DIA TETAP PENYELIA DAN GURU PADA KITA. KITA KENA HORMATINYA DAN MENERIMANYA KERANA KEBERKATAN SEORANG GURU ADALAH PENENTU SEGALANYA. Kkdg2 effort yg tinggi tak cukup tampa keberkatan seoarang guru..itu yg ku pegang. Wlpun hati sedih tinggalkan Asfa selama 3 hari tp itulah pengorbanan yg terpaksa dia,hubby dan aku lalui demi mencapai satu kejayaan. Seminar itu berakhir dengan task yg amat berat..kami diminta utk hantar journal kepada dr Azlina yg duenya pada 14 Jan 2009....aduh...hanya Allah yg tahu apa yg ada dlm hatiku..sbb apa aku gentar sbb research ku hanya br diperingkat permulaan..tak ada data yg kukuh dan finding utk diproduse. Ya Allah sekali lagi mohon pertolonganMu..bantulah aku..berilah aku idea yg bernas utk siapkan segalanya...

Seminar

Dah lama rasanya tak update blog ni....mcm2 nak ditulis tp tak pastilah apa yg nak ditulis diingat kesemuanya atau tidak. Tapi tak pe akan cuba yang terbaik...26hb Dec seminar di Oriental Crystal, Kajang..pg dalam pukul 7 dah bertolak ke Kajang [1st time drive sendiri ke Kajang], perjalanan 1/4 jalan teringat pulak barang tertinggal kat rumah..apa yg tertinggal, hardcopy slide presentation, teks presenttaion dan yg paling penting proposal tertinggal...hanya Allah yg tahu betapa menggelabah masa tu..benda tu sume dalam satu fail..dan fail tu yg tertinggal. Asfa tak sihat sbb tu terpaksa drive sendiri..sian kat dia kalau hubby hantar dia terpaksa diangkat msk dlm kereta. Dlm menggelabah tu sempat berfikir secara waras dan tawakkal kepada Allah...dan akhirnya hubby hantar fail tu separuh jalan sbb tkt terlambat kalau path balik kerumah dan kebetulan Asfa dah bgn tidur. Bila ambil brg jumpa Asfa dia nampak sedih sbb nak kena tinggal dgn umi..tp apa boleh buat ini adalah hr penentu usaha selama setahun...hr ni defence proposal utkku. Asfa sedih ditinggal wlpun dia tak menangis kuat..tp dr jauh dan secara sembunyi2 dia menyesat air matanya dgn t-shirt yg dipakai..bijak sungguh anak itu..dengan harapan umi dan baba tak nampak dia sedih dan menangis..tp sbg ibu segalanya dapat dibaca....dalam perjalanan ke kajang sesungguh hanya Allah tempat memohon pertolongan supaya perjalanan selamat dan dipermudahkan dan akhirnya berkat tawakkal kpd Allah perjalan amat mudah, selamat dan sampai dalam jangka masa yg amat cepat. Wlpun sukar mencari hotel itu tp akhirnya dipermudahkan..dan sampai disana antara org2 yg terawal.Ini semua adalah berkat doa sume. Walaupun agak yakin boleh melakukan yg terbaik tetapi masih ada gentar. Org disekeliling mmg doakan kejayaanku....aku sedar tu...terima kasih kwn2..hubby, Asfa dan juga bonda tercinta yg tak penah lupa bersolat hajar utkku..terima kasih sume kerana doakan kejayaanku..dan hari ni aku telah berjaya membuat yg terbaik. Presentation berjalan dgn lancar..tiada sebarang perubahan..cuma penilai luar dan dalam hanya berkata " interesting...we waiting the finding of the research". Alhamdulillah...syukur...hanya Allah yg tahu betapa leganya ketika itu...terima kasih YaAllah atas bantuanmu...terima kasih Prof atas semangat dan doa..terima kasih semua. Dalam menunggu giliran utk buat presentation....Prof Halimah [supervisor yg amat ku kagumi] dtg dan dia terus pegang dan gosok belakangku dan berkata " shita..why u look so worry...dont stress ur self, everything ok..apa yg u buat ok..dont worry"..saya takut la Prof.."apa yg u nak takut just present u have  done....u dah buat banyak..dont worry". Masa tu rasa nak nangis pun ada sbb terharu dgn kata2 prof..tak sangka dia boleh perasan apa yg ada dlm hatiku..dan akhirnya setelah menarik nafas panjang..cuba utk cool dan tenang...dalam hati hanya berdoa dan berharap yg terbaik..dan yakin dgn doa hubby dan bonda..pasti Allah mendengar sume doa2 itu. Pengakhiran hari 26 Dec berakhir degan tenang dan lega kerana sumenya berjalan lancar. Alhamdulillah.