Friday, October 29, 2010

7 months...

Semalam check up....minggu ni dah masuk 7 bulan. Berat dah makin bertambah..baby dah makin besar hinggakan ketulan fibroid yg besar dah tak dpt dilihat lagi kerana dilindungi sepenuhnya oleh pembesaran baby. Cuma yang boleh nampak hanya fibroid yang bersaiz kecik sahaja. Saiz fibroid makin grow up seperti yang dijangkakan....tapi buat masa ni still under control dan tidak mengganggu baby. Itu yang penting.........
Tahap kesihatan pun rasanya makin bertambah baik...mungkin sbb sebelum ni dah merasai mcm2 penyakit..so sekarang setakat merasainya sikit2 dah jd perkara biasa. Itulah hikmahnya....
Sekarang tengah susah hati dgn thesis....masa makin berjalan. Ada date yg nak dikejar...wlpun dlm keadaan apa sekalipun. Otak ligat berputar untuk selesaikan segalanya.....dan hanya Allah yang dapat membantu dan memberi yg terbaik. Kadang2 rasa mcm tak termampu utk hadapi segalanya..tapi bila dipikirkan balik..itulah value yg akan dibawa nanti untuk menjadi seorang pendidik. Kalau sume benda boleh dapat dgn mudah...bila saat kesusahan dilalui pasti tak mampu untuk menempuhnya. Bukan mudah untuk mendapatkan satu kejayaan...............

Tuesday, October 19, 2010

26-27 weeks

This Friday masuk 27 wks pregnancy....tahap kesihatan mcm tu lah juga, masih tiada erti kata sihat yg sebenar. Progress thesis chapter 1 hampir siap...dgn hanya 2 hari ianya berjaya dilaksanakan...sbb time tu terasa agak sihat untuk jari jemari menaip dan otak berfungsi hampir 90% fokus kepada apa yg dibuat. Mungkin itu hikmah Allah bg kesakitan ni...bila sihat kerja laju..mungkin. Dah lama tak update blog ni..sejak dr last date blog ni diupdate...mcm2 ujian datang. Boleh dikatakan tiap2 bulan penyakit yg datang bersilih ganti dan bertukar2. Masalah gatal2 satu badan dan makin berkurang...masalah kebas, sakit2 badan..dan terasa badan dicucuk2 juga makin berkurang...alhamdulillah. Mungkin berkat doa org sekeliling yang simpati dan menyayangi...time kasih. Minggu ni mohon pertolongan Allah supaya diberi kekuatan untuk teruskan penulisan...hubby tak de seminggu ke Sabah. Asfa pulak tak sihat..demam, cirit-birit dan muntah2..dah 3 hari...agaknya dia pun nak 'terkena' penyakit uminya....semoga cepat sihat asfa..
Tapi yg pasti punca utama asfa mcm tu sbb dia tertelan banyak sgt air swimming pool last saturday....1st day swimming class kelas dia bermula..dan dia terpaksa mengikut arahan instructor selama lebih dr sejam...selalu dia swimming ikut gaya sesedap hati...sekarang dia terpaksa mengikut segala bagai steps. Disbbkan dia antara yg terjunior...dan mmg dia juga adalah antara anak2 yg sgt sensitif dgn perkara sebegitu..makanya sbb tu dia sakit. Tapi tak pe...lelama nanti pasti dia akan ok..insyaallah.
Doakan kami............

Monday, October 4, 2010

24 minggu

Minggu ni nak masuk 6 months pregnancy....tahap kesihatan seperti sebelum ini, sentiasa ada ujian. Last 2 wks masuk DEMC sbb darah ada bakteria....last wk hari rabu maid dah start kerja dirumah. SO bebanan kerja rumah sudah diambil alih oleh maid..kecuali masak dan uruskan anak dan suami. Harap2 maid kali ini ok.... LAst wk check up....fibroid makin membesar..satu 4.1 cm dan satu lg 3.5. fibroid ini tidak boleh lebih dr 6cm...kalau lebih akan effect baby...harapan dan doa semoga menjelang 9 bulan belum mencecah 6cm...progress writing..masih dichapter 1. Ya Allah bantulah aku...berikan aku jalan untuk memulakan..supaya ianya dapat disiapkan seperti yg dijangkakan....amin