Tuesday, May 10, 2011

hari ibu...

Walau apa pun dikatakan tentang sambutan hari ibu....ianya tidak memberi kesan yg signifikan. Itu semua bergantung kepada kita....tapi yang penting hari-hari adalah hari utk ibu kita. Terima kasih ibu atas segala pengorbananmu...doa kan redho mu. Semoga Allah terus panjangkan umur ibuku untuk melihat segala kejayaanku...Alfatihah utk ibu mertuaku...amat merinduinya.

Lagi...

Tesis dah dihantar kepada supervisor untuk dinilai...namun masih terdapat penambahan yg perlu dilakukan. Interview yang dilakukan secara informal dulu perlu dimasukkan secara formal dlm report...aduh satu lagi tamparan hebat..penambahan yg perlukan rujukan yang cukup ilmiah. lately..asyik sakit kepala sahaja...makan panadol pun tak mahu hilang...akhirnya selepas berjumpa doktor...bp terlalu rendah. mcm mana nak naik kan bp yek? disebabkan bp rendah maka mcm2 masalah akan timbul....selain pening ia juga melibatkan saraf dan jantung. ingatkan bp tinggi sahaja bahaya ..rupanya rendah juga turut membahayakan jika tidak dibendung. selain dari masalah bp..stress juga penyumbang kepada gangguan kesihatan yang berterusan. Akhirnya dr bg ubat utk stress dan juga utk control bp...dan yg paling penting kena kawal stress. Mcm mana nak kawal disaat2 begini? Hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan....