Tuesday, November 2, 2010

Dugaan phd

Hari ni teringin untuk berkongsi sedikit cerita mengenai perjalanan yg dilalui dalam phd....setelah hampir 3 tahun ianya dilalui, terdapat beberapa maklumat yang ingin dikongsi untuk dijadikan ingatan dan juga panduan kepada yang bakal meneruskan pengajian diperingkat ini. Seperti yang telah ditulis di entry sebelum ini....phd bukan penilaian kepada kebijaksanaan seseorang dlm bidang akademik sahaja ....malah phd adalah penilaian kepada ujian untuk hadapai kehidupan sebenar didunia. Diperingkat sarjana, ijazah dan kebawah mungkin pengukuran kejayaan diukur berdasarkan kebijaksanaan akademik..tp di peringkat phd ..kejayaan sebenar adalah kejayaan menghadapi ujian dan kesusahan dalam kehidupan yg sebenar. Dalam erti kata lain phd adalah penilaian kepada sebuah ujian dlm kehidupan.....Tiada lg erti kata bijak dlm bidang akademik sebenarnya..kerana kebijaksanaan dlm bidang akademik dtg setelah ujian kehidupan berjaya ditempuh dengan jayanya. Seorang teman pernah berkata....ujian dtg hanya untuk org yg hebat...org yg sanggup buat phd adalah antara org2 yg hebat..maka sebab itu setiap calon phd akan diuji dgn pelbagai ujian...tidak dapat lari dr ujian wlpun hanya sesaat. Bila diakhir2 pengajian ini..kenyataan ini dapat dirasai kebenarannya. Hakikat yang nyata yg tak dapat disangkal. Pelbagai ujian ditempuh sepanjang pengajian ini..sama ada besar atau kecil. Begitu juga dgn kawan2 seangkatan, org yg terdahulu dan org yg baru memulainya. Setiap dr mereka melalui ujian besar termasuk diriku sendiri..tidak dapat lari. Bezanya cuma masa ianya datang....jenis ujian yg datang...besar atau kecik ujian yg datang..dan berjaya atau kecundang dgn ujian tersebut. Tp yang pasti setiap calon phd akan merasai ujian kehidupan yg agak getir..kerana ia berbalik kepada kenyataan td...Allah menguji untuk org yg hebat dan mampu atasi. Bila bercerita soal ujian yg dilalui oleh calon phd..masing2 mempunyai cerita yg tersendiri. Ada yg bercerai berai semasa buat phd, ada yg mengalami sakit kritikal, ada yg terpaksa bergolok bergadai..menjual kereta dan rumah...ada yg mempunyai masalah dgn supervisor...ada yg bermasalah dgn universiti...ada yg bermasalah dlm pengajian...kajian tidak dpt dijalankan....ada yg kehilangan suami atau isteri...mak dan ayah...ada yg kehilangan anak....Bila bercerita soal ujian..pelbagai kisah sehinggakan ada yg tak terfikir oleh akal. Bila direnung-renungkan besar sungguh ujian mereka....tabah sungguh mereka..begitu sayang Allah pd mereka. Dan yg lebih mengkagumkan mereka akhirnya berjaya mendapat gelaran "dr" wlpun ujian bagaikan tsunami yg melanda. Allah maha besar..sekali lagi kata-kata " Allah hanya memberi ujian kpd org yg hebat dan mampu atasi ujian" tepat sekali..tidak dpt dinafikan. Bila terasa ingin mengalah dgn ujian......diri ini terfikir, sikit dgt ujian yg Allah bg utkku. Kalau ujian yg sedikit ni tak mampu ku hadapi bermaksud aku tidah cukup hebat seperti mereka.Allah telah memberi laluan yg mudah selama 2 tahun dlm pengajian....Allah mudahkan segalanya sehingga segala kajian selesai tampa ada ombak melanda. Sekarang hanya sedikit ujian diberikan dlm penulisan....Allah uji dgn kesempitan masa dan tahap kesihatan yg tidak memberansangkan. Kalaulah ujian yg sedikit ini tak mampu kutempuh ....terasa diri malu dgn org2 yg hebat seperti diatas. Oleh itu..perlu bangkit semula untuk tempuhi segalanya..dan bersyukurlah dgn apa yg ada..kerana ombak yg melanda tidak sebesar mana. Semangat mesti kuat untuk teruskan......bukan mudah untuk berjaya. Kejayaan tampa kesusahan tidak ada penghargaan dlm erti kata yg sebenar........Semoga org2 yg diuji dgn ujian yg besar mahupun kecil akan terus berjaya...Doa untuk diriku dan semua yang terlibat dalam kisah "perjalanan harungi dugaan ini"....