Tuesday, April 28, 2009

Hadiah...

Semalam 27 April....my birthday. Terima kasih kepada kawan2 yg mendoakan..terima kasih kepada hubby yg bg hadiah yg sgt cantik....terima kasih utk asfa sebab sayang umi sgt dan belanja umi mkn guna duit baba....hari Sabtu masa dihabiskan dengan melayan kehendak sume org...pg seperti biasa melayan asfa swimming di pusat akuatik...lepas tu pergi cari hadiah birthday hubby yg dah sebulan tertangguh, sbb tak jumpa yg best utk dibeli, beli hadiah sempana my birthday dan juga beli hadiah kepada asfa disebabkan beberapa performance yg telah ditunjukkan. Alhamdulillah.
Hari tu sume org dapat hadiah masing2...hari Ahad, melawat book fair 2009, PWTC. Org sgt ramai..beli yg ternampak sahaja....sapa yg dpt buku..pastilah Asfa Farhana lg...tak pelah rezeki dia. Lain tak dpt cr...balik terus ke port klang....mkn kat sana [sekali lg sempena bday, tapi kalau tak bday pun mkn kat sana juga]. Asfa yg beria2 nak pegi...nak tgk laut. Dan balik mlm..terus tumbang..sbb letih sgt dicampur dgn selsema yg melampau...dan smlm sempena birthday terus demam...dan sampai hari ni masih belum sihat, tapi sudah mampu bgn utk menulis. Malangnya..Asfa pulak terkena tempias selsema..dia juga selsema hr ni. Takut juga virus selsema khinzir makin menular....[kena bc selawat shifa' banyak2 ni...]. Tahun ni punya bday..tak de kek seperti biasa...kalau sebelum ni hubby akan beli kek dan disedekah kpd kawan2 off dan jiran2..tapi tahun ni tak ada....sbb sambutan dibuat dgn cara lain. Hubby happy dapat hadiah yg dia inginkan...[tahun ni hadiah boleh minta, sblum ni hadiah surprise], dan mmg menarik teknologi yg ada sekarang. Dengan hanya sebuah phone yg kecik segala mcm function ada..termasuk gps yg sgt canggih, yg sentiasa memberi direction ketempat yg dituju...detect speed trap, kelajuan...dan mcm2 lagi. Teknologi..mampukah kita mengejar??? Access email dan internet dimana saja..tampa perlu buka laptop lg..[itu yg hb suka tu...], dan mcm2 benda boleh dibuat dengan hanya sebuah phone yg kecil. This year hubby dapat hadiah yg lebih mahal 3,4 kali  ganda dr hadiah yg aku dapat....[tak pe rezeki dia tahun ni].....dan yang penting tarikh2 tersebut masih diingati antara satu sama lain...semoga kita menjadi keluarga bahagia selamanya. Amin

Friday, April 24, 2009

cd motivasi haji....prof kamil

Semalam 4 set cd telah sampai kerumah..cepat betul order dr prof kamil ni, sehari order dah dapat. Empat set cd utk disedekahkan kepada org yg tersayang....So pg td, bgn pagi2 jadikan cd tersebut sebagai ubat mental dipagi Jumaat ini. Menarik pengalaman yg diceritakan...sesiapa yg menjadi pendengar yg pertama kali mengetahuinya pasti lg teruja, tapi segala cerita yg telah diceritakan itu aku telah mengetahuinya..sbb aku andalah antara peminat prof yg paling cepat mendapat sebarang buku hasil karyanya. Namun begitu ilmu itu ada dimana2 ....dan akan ada satu bentuk ilmu yg akan kita dpt kalau kita inginkan. Intipati cd prof apa yg patut kita jadikan ingatan sepanjang hidup:
  1. Allah maha berkuasa...Dia adalah perancang segalanya.
  2. Bgn malam..solat tahajjut, taubat dan hajat...buatlah setiap hari pasti Allah dengar apa yg kita kehendaki
  3. Solat sunat Dhuha....indah. Rezeki yg akan dikurniakan dlm pelbagai bentuk...
  4. Baca quran kena baca terjemah.....utk lebih fhm dan lembutkan hati
  5. Solat berjemaah...solat dimasjid [mampukah dilakukan...org yg berkuali saja akan ada tempat di syurga Firdaus....mcm mana nak jd berkuali? buat benda yg susah]
  6. Mohon pertolongan dr Allah..pasti kita akan dapat yg dihajati.
Semoga mendapat manafaat drnya..siapa yg berminat boleh beli dikedai buku atau layari  http://www.traveloghaji.com.  Atau boleh ikuti blog Prof Kamil di.....http://muhdkamil.net/kehidupan. 
untuk dapatkan harga istimewa utk blogger atau peminat setia KRTS. 

Wednesday, April 22, 2009

UiTM dihati

Kalau warga uitm baca title entry kali ni mesti akan rasa bangga. Ya..uitm dihatiku. Setiap kali ada majlis akademik tidak kira dimana...yang melibatkan perhimpunan dr semua academician seluruh universiti di Malaysia..soalan yang paling tak suka dan tak larat utk dijawab ialah...."ehh..kenapa u tak minta uitm? Apasal u kerja ngan UM?". Itulah persoalan yg sering dipertikaikan oleh kawan2 dan juga bekas pensyarah yang dijumpai. Dr lecturer UiTM Jengka sampai ke lecturer UiTM Shah Alam akan mempertikaikan.....Sekarang ada 3 org lecturer [1 dr Jengka dan 2 dr Shah alam] adalah rakan perjuangan ku mengharungi dugaan utk dapatkan sesuatu yg getir ini. Dulu mereka dipanggil En dan Puan...sekarang ni pun masih maintain panggilan itu , wlpun mereka sering ber aku dan engkau ..atau akak...bila berborak, tapi bg diriku belum mampu sampai ketahap itu..kerana apa pun status mereka , mereka adalah antara guru2 yg mendidik aku suatu masa dulu. Hormat tu tetap ada...wlpun tiada gap dalam dunia penyelidikan. Sering terjumpa En Faiz, Puan Salwa, Puan Norlaila..dr uitm Jengka. Dr Laila, Dr Mazani, Dr Zianab..Dr Azlinah...dan ramai lg yg tak tersebut...First impression dr air muka dorang dapat lihat kegembiraan seorang guru melihat muridnya. Alhamdulillah...cumanya tak termampu utk menjawab kenapa tak msuk UiTM. Jawapan aku simple kpd mereka.."nak buat mcm mana uitm tak perlu khidmat saya...mungkin saya tak layak berada di uitm". " U submit borang kpd sapa...", "bahagian perjawatan"..." u ni...kenapalah tak bg dekat i..kalau u submit kesana mmg lah...dorang ada pilihan sendiri". " u bkn tak kenal lecturer kat sini...supervisor u pun timbalan dekan, dekan pun kenal u...kenapa tak submit kepada dorang, atau pun pass dekat i..". Itulah antara jawapan bekas pensyarah yg kusayangi, jawapan dr2...yg mengenali diriku wlpun susah lama tinggalkan uitm...terlihat sedikit kekecewaan dimuka diaorg, kenapa aku tidak berada di uitm.....dan perbualan biasanya akan berkahir dgn satu ungkapan dariku.."walau kat mana pun saya....uitm tetap dihati" dan dorang akan senyum...dan kkdg2 ada yg ckp.."jgn lupa lps habis phd..panjat pejabat vc...minta msk uitm....i yakin uitm akan pay to UM, dont worry. Woow hebat..bangga menjadi anak uitm..dan bangga dengan keyakinan dorang. Itulah yg menjadi hati makin tawar utk berada di UM....wlpun ada org ckp..bgs lah u dok kat UM bkn senang tau nak msk UM...u among the selected. Ya..may be ianya betul..tapi kalau ditanya hati kecik ini..nak berada di uitm atau di UM..hati memilih utk berkhidmat di uitm. Kenapa? Sbb uitm sentiasa dihati...wlp sume org tahu banyak perbezaan antara um dan uitm dlm pelbagai benda. Duit bkn ukuran..tapi kepuasan hati melihat anak bangga menjadi tunjang utama dihati. Di UM segalanya mudah.teaching load sikit, student yg masuk pandai2 belaka..tak susah utk mengajar, tapi...ada sedikit ketidakikhlasan disana bila berdepan dengan anak bangsa lain. Seolah2 ilmu yg hendak diberikan tidak hbs diberi disbbkan didepan mata bkn sume anak bangga yg tercinta. Segala pandangan bekas lecturer di uitm akan dipertimbang bila tiba masanya....tapi yg pasti itulah naluri seseorang yg dilahirkan oleh uitm..........wlpun emas ditempat lain, UiTM tetap dihati selamanya.

Tuesday, April 21, 2009

Conference...

Kepada kawan yang terlibat diupload disini 2 international conference yg rasa tidak perlu dilepaskan peluang. Kalau ada paper yg berkaitan jom kita pi sama2...


Call for Papers

The Department of Malaysian Studies, University of Malaya at Cairo University, is pleased to announce the International Conference on Malaysia to be held on September 27-28, 2009 (Sunday and Monday) in Cairo University, Giza, Egypt. The theme of the conference is "Malaysia in Global Perspective.
 

Conference

Title: International Conference on Malaysia : Malaysia in Global Perspective
Date: 27 - 28 September 2009
Venue: Cairo University, Giza, Egypt

Contact Person:
Assoc Prof. Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

E-mail: conference@dmscairo.net 
Tel No:  +2 02 3569 4120 (Office)
Fax:
     +2  02 3569 4120

Topics or Areas Covered

Areas covered are, but not limited to:

  • Learning and Education: The Strength of Malaysia
  • Managing Economy: Malaysian experience
  • Politics, Administration and Foreign Policy: Malaysian style
  • Agriculture, Industry, Technology and ICT: Malaysian focus
  • Multicultural Society and Religious Tolerance : Malaysian features


Postgraduate students are also welcome to present their research papers in the conference.

ONE MORE ORGANIZE BY UITM...

International Conference on Office Management and TechnologyPDFPrintE-mail
Date:8-9 December 2009 
Venue

Concorde Hotel, Shah Alam 

For more information, please visit http://www.incomt2009.com/

Semoga mendapat manafaat..dan berjaya.


Risau

Hari ni dah masuk hari Selasa...tapi nampaknya progress amat lah slow...mcm mana nak bg speed laju ni. Sebab apa slow...sbb tak de idea..sbb tak jumpa supervisor [dia busy] sbb...ntah lah. Mcm2 sebab..mungkin tak de org push dan tak de tekanan dr mana2 pihak utk bergerak laju. Sepatutnya dr minggu lepas lg dah siap satu paper utk dihantar dimana2 conference yag berkaitan..tapi malangnnya dr mgu lepas hanya abstrak yg siap...mcm mana ni. Sebenarnya kalau ditanya hati...risau yg amat sgt....tapi mcm mana nak buat supaya jadikan hari yg penuh kualiti. Mohon bantuanMu Ya Allah...permudahkan urusanku...anugerahkanku sesuatu...limpahai rahmatMu....Amin.

Friday, April 17, 2009

Jumaat...

Hari yang paling dinantikan olehku sbg surirumah, student, ibu, isteri dan anak ......hari yg paling best sbb sabtu dan ahad adalah hr cuti, bermakna laptop ini akan dibuka hanya utk membaca email, surat khabar dll...kerja sekolah tutup buku rapat [kalau boleh nak pakai gam uhu...atau ikat simpul mati]. Ptg2 mcm ni..tetiba teringat kat uitm Jengka. Dulu kat Jengka bilik depan padang ragbi...so bila dah dekat kul 6 tu adalah org yg akan main ragbi. So ada kawan2 yg mempunyai secret admirer player ragbi akan dtg lepak kat atas meja dlm bilik kitaorg semata2 nak tgk secret admirer dia main...mostly every day. Itulah penangan cinta [agaknya..sbb kat uitm tak pernah bercinta]. Dalam boring2 sebelum ke dewan mkn [utk mkn mkm] kitaorg akan jalan kat jalan belakang kolej siswi..utk ke dewan mkn, amik angin ptg..best giler....dan kkdg bila dtg jahat intai2 juga org yg bermain kat padang. Mcm2 perangi ada....tp seronok. Indah dan aman...Bila ptg teringat dewan makan...teringat makanan dewan mkn.....aku antara org yg jarang ke dewan mkn sbb mmg tak boleh mkn masakkan daging dan juga bau rebung...dr jauh dah loya. So setiap kali menu daging dan rebung gerai tepi kolej akan jd sasaran...tak pun koperasi. Aku ada roomate yg sgt baik..dr part 1 sampai 5..kami sebilik. Su, eton dan k ros....dorang ni baik. Yg paling kuat belajar eton...dia suka study sampai 2, 3 pg.....manusia yg paling tidur awal akulah...aku akan pastikan aku tidur sebelum org lain tidur. Sbb apa..sbb takut hantu kacau...[padahal tak de pun] selalunya aku tak bimbang sbb aku tahu eton akan tidur paling lambat...tp kalau dia tidur lps insyak..aku dah mula menggelabah..dan akan pesan pada su kan k ros jgn tidur sebelum aku tidur. Tapi dorang kawan yg baik....eton juga paling berani, k ros dan su pun berani juga..dia selamba je..kuar gi toilet 2,3 pg..tak takut pun...aku????hanya dorang yg tahu. Kat Jengka banyak benda yg dilalui....sungguh menarik [akan disambung next episod]...dimana hubby di Jengka? hanya bdk Jengka yg tahu catatannya..tapi jgn bimbang suatu hari rentetan itu akan ku paparkan utk kenangan. Hubby kawan yg baik.......dan sekarang suami yg baik. Tq...Asfa pun budak baik juga.

Fecebook

Orang IT yang agak ketinggalan dengan perkembangan teknologi komunikasi. Hari ni lebih dr beberapa jam mengadap facebook...sbb apa sebab teruja bila dapat berjumpa dan melihat perkembangan kawan2. Mcm mana boleh terjebak dikancah facebook ini???? hasil dr invitation kawan2 yang mostly every day ada...so last2 tak boleh tahan nak tgk perkembangan kawan2...memaksa diri utk register. Niat awal just utk tahu perkembangan kawan2...tapi akhirnya involved jugak lah secara tak langsung dlm dunia facebook. Nice comm channel....dari kawan kat Jengka sampai kawan sekarang dapat trace balik sume yg register. Nice to know and c all of you...rasa ingin kembali ke Jengka..ingin kembali ke seksyen 3 shah alam...Rindu sangat pada sume kawan2 yg ada.....facebook ini umpamanya satu dunia br yg diwujudkan..dan menjadi kegilaan sume masa kini. Kalau dulu org kata sapa yg tak de blog diera 2000 ni umpama tak de handphone dizaman 90an..and now sapa yg tak de face book sekarang umpamanya apa????? kena cr perumpamaan tu. Ramai kawan2 dah berkeluarga, ada anak yg comel2 belaka..semoga generasi kita akan dtg lbh cemerlang dr yg sedia ada atas didikan ibu bapanya yg juga cemerlang. Ada kawan juga sudah menjadi penulis buku...wow! hebat. Ada kawan2 yang bergaji 5, 6 angka....businesman..dan lain2. Sume anugerah yang telah Allah kurniakan merupakan rezeki yang telah dijanjikan. Bangga dgn kecemerlangan kawan2 sume....tapi yg paling best roommate kat jengka lah yg telah upload gambar yg amat memberi kesan dihati.....yg mana satu gambar berkesan tu?????? Hanya sanubari tersemat segala memori. 

Wednesday, April 15, 2009

Ingatan...

Tip diambil dr Dr Fadhilah Kamsah...semoga kita menjadi insan terbaik dunia akhirat.

Tatacara makan & minum

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).

Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama. 

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja

ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak 

Tatacara didik diri sendiri

Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

 Ada 3 kategori manusia :-

  1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam

  2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 

  3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Kita di kategori mana ......renung-renungkan diri.

Tarikh lahir

Sempena bulan April ni, April adalah bulan kelahiranku. Dilahirkan berpuluh tahun yg dulu pada hari khamis, 8.30 pg......mengikut ada org tua2, bdk yg lahir pg ni ada sinarnya yg tersendiri sbbnya dilahirkan waktu pagi dan waktu matahari ingin naik. Betul ke???? Mungkin betul mungkin kebetulan. Anak yg dilahirkan pagi lumrahnya mempunyai hati yg lembut berbanding yg lahir tgh atau ptg [ptg suram]. Itu kata org tua2...apa kata org muda? Disini ada sedikit tips utk dikongsi mengenai tarikh lahir. Sumber dr internet...yang kononnya dr Dr Fadhilah Kamsah. 
  1. Pemimpin
  2. Lembut
  3. Kemas (Cerewet)
  4. Rajin
  5. Boleh berbincang
  6. Angin
  7. Patuh
  8. Bisnes
  9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya..

2: Lembut

8: Bisnes

1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.. 

Monday, April 13, 2009

Senyum sendiri

Weekend dihabiskan dengan pergi ke pc fair kat klcc..singgah disungai buloh mencari roses dan juga melayan asfa serta makan sana-sini. Apa yg berlaku boleh menyebabkan aku senyum sendiri. Apa yag berlaku??? Sebelum tu...Asfa dah baik demam, demam dapat benda br...pandai membaca [ basic word]. Tapi sebelum tu ..setiap kali terpandang tasbih.....akan senyum sendiri terkenangkan asfa. Dalam perjalanan hantar mak balik ke Penang..dia tanya, " apa benda yg tok selalu sebut Allah..Allah..tu? Apa tu ..asfa lupalah..pokok? motor? apa yek...". Puas kitaorg tanya dia..dan teka yg yg dia nak tahu...sume salah, dan akhirnya dia ckp...alah yg ada rambut tak de muka tu...dgn pantas aku menjawab, TASBIH? ha tasbih...kitaorg pulun gelak satu kete....rupanya dia nak sebut buah tasbih..tp dia lupa, akhinya klu yg paling kreative..ada rambut tak de muka. 
Semalam..kitaorg plan nak bfast dia pasar tani stadium. Nak makn roti jala...yg sedap. So lps basuh bj dan siap mandi sume..dalam 8.30 kitaorg kuar umah. Bila nak pegi..aku tengok hubby pakai tshirt lain, bkn tshirt yg aku letak utk dipakai..kenapa yek? dan bila turun bawah dia terus pergi check size tshirt yg aku pakai, dan dia ckp aku dah gemuk..pakai tshirt dia pun muat.....sblum tu aku perasan tshirt yg aku pakai lain mcm..rasa mcm labuh sampai ke lutut..tgn labuh..bdn tak sedap....dlm hati, dah tak elok kot tshirt ni, lps ni nak pakai kat rumah je. Rupa2nya aku tersalah pakai tshirt hubby...kelakar betullah...kebetulan tshirt kitaorg mmg sume beli sama..satu size xl..satu size s atau m. adoi lah..mcm2 hal...buat lawak di pg ahad...sungguh2 kitaorg gelak, sampai asfa pun heran. Kat tesco sementara tgu asfa main playland kat bwh tu..k rahmah keep calling sbb dia sedang mencari satu tempat kat pj...so hubby sbg voice map. Dlm pada tu sempat kenakan hubby.....aku buat2 ckp ngan k rahmah [berlakon je..k rahmah tak col pun] lps tu pass tel kat dia..dia dok hello...hello..hello..apasal tak de ni, tak dengar pun....aku bantai gelak, sbb berjaya kenakan dia. Aduh.....geli betul hati. Dah lama tak gelak dgn sungguh2...hari ni pulak hr gelak utk kitaorg.....emm hubby...hubby...terima kasih sbb jadi suami yg penyayang..kelakar dan sentiasa buat kitaorg bahagia.  Terima kasih.... I LOVE U.

Thursday, April 9, 2009

Hobi baru...

Sekarang ada satu hobi br dimana selama ni benda tulah yg paling tak disukai...apa dia? menanam dan menjaga bunga.....sebenarnya dah lama teringin nak bela bunga ni....tapi selama ni tercari2 bunga yang ingin dijaga. Sekarang dah dapat...roses atau mawar. Last week gi penang, mkn nasi kandaq kat kedai Nasi kandaq Kassim...kedai ni adalah antara kedai yang tersedap dan tertua di penang [org penang tau kot] lokasi dia dkt dgn komtar....pegi satu kete, naik kete my brother..dia pakai honda stream, so muatlah kita org 2 family. Dia ni giler sikit..parking suka hati je..dan kebetulan kat situ mmg susah parking pun. Dia parking depan kedai cina jual bunga...dan kat kedai tu sume roses nya yg bunya saiz kecil..harganya rm5 1 pasu..mcm2 warna ada...puhh geram. Beli 4 pasu...tapi yg wanginya hanya satu. siap beli pasu..tanah. Sume beli kat sana...best gak tgk dia hari2...boleh hilangkan serabut kepala. Asfa ckp ....yg wangi bunga asfa, yang lain bunga umi....baba  tak payah sbb baba lelaki, org lelaki tak payah bunga. Dan hari2 dia akan cium bunga dia..sampai ada satu dahan yg nak kuar bunga terpatah........sayangnya. Tak pelah, nanti dia naik lg...dan harapnya panjanglah usia dia. Hari2 ajak hubby ke sg buloh nak tambah koleksi roses....tp hari2 dia balik lambat. Sedihnya....tak sabar rasa nak susun kat bawah tu dan nak jd mcm satu taman roses. Bila agaknya dapat tambah koleksi.
Itulah dinamakan manusia yek....hati sentiasa ada perubahan. Tapi decoration dlm umah masih tak suka lg dgn bunga2..kalau dtg umah, boleh tgk tak de satu pun bunga menjadi hiasan dirumah..dan sume corak2 yg ada dlm rumah adalah corak abstrak. Belum sampai lagi usia utk jd ibu yg berbunga2...bila sampai masa..best juga. Dapat beli sofa FELLA...yg berbelas-belas ribu dan berbunga-bunga tu.....Apa kata hubby????????? hehhehehe........

Wednesday, April 8, 2009

Questionnaires...


Hampir sebulan dr tarikh analysis awal siap sepenuhnya dan kajian rintis dijalankan menggunakan delphi teknik, soalan kaji selidik yang sepatutnya dapat disiapkan dlm masa 2 minggu  tidak dapat disiapkan. Frustnya...sedih pun ada atas kelewatan ni, dimana silapnya aku sendiri tak pasti......yang pasti hanya satu yang boleh dikatakan..........idea tidak dtg setiap saat dan pertolongan Allah dtg tampa disedari. Kekusutan yang sukar diurai...dan kkdg simpulan masalah yang dihadapi tiada punca utk dileraikan. Usaha..mungkin itu juga salah satu punca. Mungkin effort tak cukup utk menyelesaikan seperti yang dikehendaki. Kadang2 rasa dah buat yg terbaik tp hasilnya belum dapat yg terbaik.....apakah ini dilalui oleh sume yang bergelar pelajar seperti aku? Kkdg confused sendiri......actually basic questionnaires dah siap, sekarang tgh mencari expert utk evaluate soalan tersebut. Sapa yg sudi dan akan menjadi mangga....susahnya nak cari. 
Asfa dah 3 hari demam...smlm jaga dia sendiri kat rumah sbb demam dia kuat, hari ni ada peluang utk teruska apa yg patut...harap dapat buat sesuatu dan jadikan hari ni hr yang paling berkualiti. Cepatlah Asfa baik...tak boleh fokus lah...kalau anak tak sihat. Serabut kepala...serabut dgn masalah2 lain juga. Emm...that is life.

Monday, April 6, 2009

Bermula sesuatu yg baru...

Hari ni bermulalah hari yg baru tampa mak dirumah...sebulan lebih rutin harian bertukar, dan hari ni ianya kembali seperti sebelum ini. Seperti yang dijangka, Asfa org pertama yg terasa akan kehilangan itu....smlm sampai je kat umah, masuk umah, bg salam...dia terus panggil..."tok...tok...o..tok". Sebenarnya dia tahu tok piah tak de kat rumah ni..tapi dia saja dia kata. Mlm td dia demam...kebetulan. Sebenarnya mmg dia tak bp sihat sebelum ke penang, bila kat penang mandi pulak kat batu feringgi....dlm keadaan yg panas. Kat sana ok lah masih bertahan..bila balik umah..dgn keadaan umah yg sunyi [ bosan pd dia tampa kawan]  dan dgn terasa kehilangan toknya...terus demam.Sian dia.....pg td bangun masih mampu tersenyum wlpun bdnnya panas....dlm senyuman tu ada kesedihan, dlm keadaan menahan sebak bertanya " umi...kejap lg asfa nak main dgn sapa...tok dah tak de, kejap lg tok dtg sini ke? Asfa sorang-sorang je kat umah...asfa tak de kawan, sian lah asfa...napa tok balik. Asfa nak main dgn tok...." Aduh sayunya bunyi...terasa sedih sgt dengar dia ckp, hati turut mengalirkan air mata. Tapi disebabkan kena jd kuat utk dia..makanya terpaksalah buat dia terima kenyataan... "tok balik umah tok sbb dah lama umah  tok tu tak de org.....nanti umah tok roboh [hanya kekadar alasan utk dia terima kenyataan]". " Kalau rumah tok roboh, tok boleh dtg duduk umah kita....tak pelah..biarlah umah tok roboh". Mati akal..apa lg alasan nak bg ni...." ok..tok kena balik umah tok sbb tok nak gi ngaji, cikgu tok tu garang..kalau tok tak pegi mengaji nanti cikgu tok marah dan tok kena rotan, asfa sayang tok kan...tak nak tok kena rotak kan..sakit tau kalau kena rotan. Nanti cuti tok dtg lg k..." Dia diam...dan nampak mcm terima alasan tu..puhh lega. " Napa cikgu tok garang...cikgu bdk kecik garang tak"..." Cikgu bdk kecik tak garang...tak rotan, cikgu org tua je garang.....". " ooo..nanti cikgu asfa tak garang yek, sbb asfa budak kecik ....boleh lah pegi sekolah". Akhirnya dpt juga dia terima alasan tu....dah mati akal mcm mana nak bg dia terima kenyataan tersebut.  Itulah budak...pemikiran adalah berdasarkan sebab...kenapa ianya berlaku. Akhirnya dlm keadaan yg tidak berapa ceria terpaksalah juga dia pegi ke rumah mamanya...harap dia cepat lupakan kenangan tu.

Friday, April 3, 2009

Hari terakhir mak bersama di Shah Alam...

Hari ni adalah hari terakhir mak dirumah ni...sbb mlm nanti dia akan balik, kitaorg akan hantar dia ke Penang [ sbb dia nak pegi umah abg di Penang]. Sudah pasti Asfa adalah insan pertama yg terasa kehilangannya..dan sudah pastilah Asfa org pertama yg bakal dirindui oleh mak. Setiap hari mereka akan bersama lebih dr 10 jam..pagi2 mereka berdua akan senaman, main bowling atau bola atau apa saja mainan yg asfa minta...lepas main baca ikraq, menulis jawi dan rumi...kemudian tidur tgh..bgn mkn tgh...tgk tv..main lg, solat, zikir, baca quran dan akhirnya lps asar main basikal diluar.....itulah rutin harian selama sebulan mak disini..dan mereka menjadi teman antara satu sama lain. Sejak dr minggu lepas asfa mengira hari bila tok akan balik..hari2 dia akan cakap...."mi, esok...esok lagi..esok lagi..esok lagi..[sampai hbs lima jari dikira] tok akan balik...bila tok balik asfa duduk umah mama yek..." . Hati kecil merindui mama...dan pada masa yg sama susah utk lepaskan tok sbg teman main..dan ingin bersama umi yg sudah tentu bekerja dr rumah. Bila tgk muka dia...terasa sedih  membayangkan perpisahan yg bakal berlaku esok hr...tapi tak pe..Asfa kuat. Sudah pasti dia akan melaluinya wlpun sukar...........Sebulan lebih mak disini, bdn pun semakin naik....biasa tampa dia, mlm br mkn.....dia ada, dia msk mcm2 ..so kerjanya mkn..dan mkn..dan mkn lagi...beratnya rasa badan. Apa2 pun diharapkan sepanjang mak ada kat sini dia mendapat yg terbaik dr kami sekeluarga.....