Thursday, July 23, 2009

Lagi dugaan

Hari ni k rahmah dapat tahu salah satu teknik yg dia cadangkan untuk digunakan dalam research nya tidak boleh diguna pakai...kerana ianya tidak bersesuian..major topik tu..aduh. En Azhar pulak br kuar dari hospital sunway..operate sinus....mcm2 dugaan. Masa zaman belajar ni mengajar erti kehidupan yg sebenar...semoga kawan2 tabah menghadapi segala. Ya Allah permudahkan lah urusanku dan juga kawan-kawanku..Amin.
Aku punya online survey banyak perubahan..formatting....pening jugak.

Wednesday, July 22, 2009

Masak lemak cili api ikan keli

Last week buat masak lemak cili api ikan keli untuk abah...sian dia. Dia ada msg bgtau nanti balik buatkan dia masak lemak cili api ikan keli...tapi bila kenangkan lg 2 mgu baru dapat balik..makanya masaklah dirumah dah kirimkan pada sister in law yg keje kat sini....dan ptg dia akan balik temankan abah di kuala selangor. Mengapa agaknya menantu yg tak pandai masak ni yg jd pilihan untuk dia minta masakkan makanan untuk dia yek...hanya dia yg tahu jawapannya. Sebelum ni, aku mmg sering menyatakan aku tak pandai masak...wlpun pd hakikatnya tak lah teruk sgt...sekadar merendah diri, dan persepsi org pun begitulah agaknya sbb aku sering kata aku tak pandai masak. Padahal kalau ikut kan...abah boleh suruh sapa saja yg balik dihujung minggu untuk masakkan dia masaka lemak cili api, tapi dia tak suruh pulak...kenapa suruh aku. Emm..masing2 ada jawapan sendiri pastinya............yg pasti aku sendiri tak pasti sebabnya. Hanya abah yg tahu apa yg ada dalam hati dia. Kalau ada yg baca blog ni pasti berkecil hati...sbb apa..sekali lg apa yg kita rasa tak sama dgn apa yg org lain rasa...

Freelance

Dah lama tak update blog ni..sejak dr blog ni di authorizekan disebabkan ada pembaca yang tidak berpuas hati...biasalah manusia..ada mcm2 perangi..dan kkdg2 dorang tak fhm konsep blog ni. Org IT pun ada yg tak faham inikan pulak org bukan IT...apa seperti biasa kita tulis apa yg kita rasa sebab blog kita adalah hak kita. Dan org lain pulak berhak kata apa yg dia rasa...itu je lah. Tapi masing2 ada hak sendiri. Tapi yg penting ini blog i..suka hatilah i nak tulis apa. Dr tarikh last month jumpa supervisor..dah hampir sebulan online survey belum up lg...hr tu dah nak jumpa freelance..tetiba Allah alihkan hati utk pergi bg job tu kat org lain. Atas dasar prihatin dan ingin membantu org lain, maka job tersebut diserahkan kepada bukan freelance yg sebenar...tapi org ni pun boleh buat web development. Nak dijadikan cerita dan ujian serta dugaan mengharungi phd...progress A tidak seperti yg dikehendaki.......kurang puas hatilah sikit. Lambat.......aduh pening kepala nak handle org mcm ni. Sakit jiwa........tapi mungkin ada hikmahnya yg Allah tunjukkan jalan begitu. 1st lamabat sgt progressnya..kedua cakap belit...buat ke tidak kita pun tak tahu. Hosting pun jd masalah..register salah nama..adoilah..pening betul. Hosting tu penting sbb 1st impression org terhadap kita. Tgk lah sejauh mana dan selama mana dia akan amik masa utk siapkan. Kesimpulannya.......lain kali kalau nak cr freelance cr yg betul2 boleh dipercayai...jgn pilih berdasarkan prihatin dan kasihan.dan ingin menolong..phd bukan masa yg sesuai.
Sebulan delay disebabkan masalah org lain...tapi mungkin ada hikmahnya...hanya Allah yang tahu. Mungkin juga kurang bangun malam nak mohon pertolongan...dah lama rasanya tidak berdoa disatu pertiga malam..makin leka dan lalai........Allah tidak mendengar rintihan hati hambanya...memohon pertolongan, sebab itu bantuan yg datang tidak sehebat yang diperlukan. Perkemaskan diri....berdoa dan bertawakkal..pasti Allah berikan yg terbaik.

Thursday, July 9, 2009

Survey online

Dah 2 minggu delay utk send questionnaires for pilot test....sbb tgh cari freelance utk buatkan. Nak buat sendiri rasanya malas nak pikir benda yg remeh ni. Nak buat manual survey terasa mcm tak efektif pulak sbb item banyak dlam q'naire tu...so tkt menyusahkan responden. Mudah mudahan Allah permudahkan....dan dah seminggu juga hari yg dilalui tidak ada kualiti. Aduh...

Wednesday, July 8, 2009

Kemungkinan

Dah lama perasaan ni tak dirasai dihati...tapi sejak 2, 3 hari yang lepas...perasaan itu dtg lagi....mencari dan menunggu sesuatu. Macam mana cara nak hilangkan...dr dulu sampai sekarang tiada jawapan. Hanya keadaan yg menentukan segalanya...selalu bila perasaan itu timbul, aku yakin dan percaya perasaan yg sama yg dirasai oleh org lain.......sbb selalunya ingatan itu dtg bila bila ianya mempunyai signifikan antara satu sama lain. Kita merasai apa yg org lain rasai.....Tapi kkdg mungkin itu satu kebetulan........jangkamasa yg menjadikan kita begitu. Mungkin juga perasaan itu timbul disebabkan sesuatu telah berlaku disana...........segalanya adalah kemungkinan kerana ianya tiada pembuktian. Hanya Allah yg tahu betapa sukarnya melalui apa yg perlu dilalui ini...kalau ada pilihan sudah pasti memilih utk tidak merasainya....

Miscarriaged

Bad news from kak norsiah...dia miscarriaged lg. Sepanjang buat phd ni dah 2 kali dia miscarriage. Ini lah ujian yg terpaksa ditempuh...perjalanan harungi dugaan. Phd bukan penilaian kepada kebijaksanaan individu tetapi...penilaian kepada ketahanan mengharungi dugaan. Phd journey menuntut seribu satu mcm pengorbanan..dan percaturan hidup yg perlu ditempuh dengan penuh hikmah dan kekuatan. Kekuatan itu dth dr pertolonganNya...itulah phd.

Hak kita

Entry ini perlukan ketenangan yg abadi utk ditulis...tapi cukup hari ni masukkan title supaya ianya tidak dilupai....hak kita utk bercakap apa yg kita rasa..dan hak org utk bercakap apa yg dia rasa, yg pasti apa yg kita rasa tak sama dgn apa yg org lain rasa. Blog ini wujud adalah untuk menceritakan apa yg aku sendiri rasai..bukan pa yg org lain rasai.

Wednesday, July 1, 2009

Kembali

Rasanya sudah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini.....sejak arwah pergi, pelbagai benda yg perlu diselesaikan. Kenduri arwah, pengurusan rumah menuntut masa dan tenaga untuk diselesaikan...dan tanggungjawab sebagai anak dan kakak kepada abah dan adik yg ada perlu diuruskan juga. Selama ni tak penah rasa tanggungjawab menjadi kakak...sbb telah ditakdirkan menjadi anak bongsu yg sentiasa bergantung kepada abg2 dan kakak dr dulu sampai sekarang. Tetapi disini ditakdirkan Allah untuk menjadi kak ngah yg sedikit sebanyak berperanan dalam beberapa hal...tambahan pulak ada seorang adik ipar yg belum berkahwin. Setiap minggu kami akan balik kampung...hinggakan terdengar asfa bertanya....bila nak pegi swimming? bila nak pegi jalan2? bila nak jogging...dan segala mcm rutin harian yg biasa dilakukan dihujung minggu...jawapan yg paling mudah.."kita kena balik kampung...kita kena jaga atuk".
Walaupun pelbagai persoalan yg perlu dijawab asfa terpaksa akur masa hujung minggu akan dihabiskan di kampung bersama atuk. Dalam kepenatan itu....'kerja sekolah' perlu diteruskan....mcm2 benda perlu dibuat. Sekarang phase 1 data collection sepatutnya dah bermula..dengan pilot. Tapi sampai ke hari ni masih belum send kepada seorang responden pun lagi....terlalu banyak beban kerja yg perlu dipikirkan...paper utk international conferences IVIC09 perlukan kerahan otak yg melampau.hingga mendatangkan tekanan. Hanya Dia tempat memohon pertolongan....masa terlalu cepat berlalu..dan dengan masa yg ada perlu dibahagikan mengikut tanggungjawab yg ada sebagai anak, menantu, ibu, isteri, pelajar....dan pendidik. Kadang2 rasa macam tak mampu untuk melaluinya.....tapi inilah kehidupan yg perlu ditempuh.