Friday, December 25, 2015

Ujian dan Dugaan hidup....

              Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam                                                                 keatas Nabi Muhammad SAW

Kehidupan yg dilalui tidak selalunya indah. Kadang-kadang hidup kita diuji dengan pelbagai cara sebagai tanda Allah sayangkan kita dan juga sebagai tanda kita berada dlm lingkungan hamba yang sedang diperhatikan. Cuti sempena Christmas dan New Year Celebration di Scotland sangat panjang. Anak-anak bercuti melebihi 2 minggu. Cuti kali ni kami tidak merancang untuk berjalan kerana kami semua baru balik dari London 2 minggu lepas sempena meraikan kedatangan saudara mara dari Malaysia.

Cuti banyak dihabiskan dirumah. Dan semalam membawa anak2 melihat sambutan meriah sempena Christmas di city of Edinburgh. Cantik hiasan mereka sempena Christmas semeriah kita menyambut raya aidilfitri di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik sempena Christmas disediakan seperti taman tema permainan yg sementara, gerai2 makanan yg banyak wujud di Princess Street. Sifat anak2 memang tidak berubah...mereka adalah mereka dengan apa yg telah kita bentuk dan apa yang telah mereka lalui. Kesenangan kehidupan di Malaysia sedikit sebanyak membentuk peribadi Asfa dan Anas dimana mereka tidak pernah merasa susah dan sentiasa dapat apa yg dihajati. 

Bila kehidupan sedikit berubah di bumi Scotland, Alhamdullillah mereka masih mampu harungi. Kekangan sumber kewangan berada di bumi Scotland demi menyokong baba untuk teruskan perjuangan dlm Phd turut dirasai oleh mereka. Kalau dulu di Malaysia, bila2 masa ajak untuk ke theme park atau waterpark...sentiasa dipenuhi kehendak mereka sama ada jauh mahupun dekat. Theme Park dan waterpark seluruh malaysia dijajah malahan luar malaysia juga dijajah. Namun bila berada dibumi Scotland, kadang2 permintaan tu tak dapat dipenuhi dengan pelbagai kekangan yg ada. Sebagai ibu, jujurnya terasa hati amat sedih walaupun tidak digambarka didepan anak2. Didepan anak2 kita terpaksa menjadi setabah yang boleh untuk mengajar mereka tabah, menerima seadaannya keputusan kita dan mengikut percaturan kehidupan. Namun dihati kecik seorang ibu amat terasa kepedihan kerana tidak dapat memenuhi kehendak anak2. Namun mereka harus belajar semua itu kerana kehidupan mereka dimasa hadapan  akan datang dalam pelbagai berkemungkinan. 

Teringat saya dengan kisah2 yang telah diviralkan oleh citizen di media sosial. Kisah seorang bapa membeli daging burger murah untuk anak2 nya, kisah seoarang ibu dan bapa naik motor seramai yg boleh untuk bergerak, kisah seorang baba pembahagikan duit gaji yang tidak pernah cukup, kisah keperitan seorang ibu membesarkan anak dengan nasi dan ikan kering, kisah seoarang bapa memasak nasi kosong dan kicap sebagai hidangan kepada anak2......saya menangis dalam hati. Menangis kerana saya mula merasai apa yg ibu bapa tersebut rasai....merasai betapa pilu hati seorang ibu tidak dapat penuhi permintaan anak2 walaupun permintaan itu kadang2 tidak perlu pun untuk mereka. Saya percaya apa yg saya rasai...dirasai oleh ibu2 dan bapa2 yg lain juga. Cuma mungkin ianya sedikit berbeza kerana situasi berbeza. Namun perasaan yg ada pasti sama.... Walaupun begitu saya bersyukur kerana Asfa dan Anas sentiasa faham kenapa ada benda yg boleh dipenuhi dan ada benda yg tidak boleh dipenuhi dibumi Scotland ini. 

Semoga kehidupan disini mengajar mereka lebih dewasa dalam menempuh kehidupan dimasa akan datang. Semoga mereka menjadi tunjang kekuatan umi untuk terus bertahan menyokong baba dalam "perjalanan harungi dugaan" ini. Semoga dugaan itu sangat kecik...dan semoga Allah mudahkan segalanya. Amin...

We Love Travel...England -Scotland sudah dijajah semuanya selama 10 bulan di Edinburgh, cuma masa menulis untuk berkongsi tidak tahu bila akan timbul.

Thursday, August 27, 2015

Terpanggil untuk kembali berbicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW

Setelah 5 bulan berada dibumi Scotland, kini keadaan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Anak-anak sudah mulakan sesi persekolahan baru ( sesi persekolahan di UK bermula bulan Ogos). Segalanya goes well..syukur. Tiada lagi masalah kesedihan buat Anas setiap kali nak kesekolah seperti mula-mula sampai dulu. Asfa seperti biasa, seorang anak yg pandai bawa diri. Dicampak kemana sekalipun...Insyaallah mempunyai kekuatan yg cukup tinggi utk berlayar dalam kehidupan dia walaupun diusia 10 tahun. Sikap jati diri yg ada membantu dia lebih cepat mesra dengan rakan dan guru walaupun sebenarnya sukar untuk dia berkomunikasi dalam bahasa Scottish. Bukan dia saja sukar malahan saya dan suami juga dibulan pertama kami disini agak tidak boleh faham apa yg dicakapkan. Bahasa Scottish ni nampaknya banyak huruf yg tidak disebut....sebagai contoh kita selalu cakap "see you later"...disini kita akan dengar diaorg bercakap berbunyi " see you let are". Kalau disebut "hanger" Scottish akan berbunyi " hang er"....tapi Alhamdulillah masa berlalu membawa seribu pengetahuan dan pembelajaran yang tidak pernah terhenti. 

Pengalaman anak-anak disini adalah tidak ternilai dan ini lah pengorbanan seorang ibu seperti saya......pengorbanan seorang isteri juga kepada suami untuk menenpuh segala cabaran phd. Dulu saya menempuh perjalanan phd saya dengan skala kesukaran yg sangat minimum atau boleh dikatakan tidak perit seperti org lain....namun sekarang sebagai pendokong kepada suami yang akan melalui liku itu, saya belum pasti apakah dugaannya. Saya hanya mampu berdoa dlm setiap saat hidup saya...supaya Allah mudahkan liku-liku itu menjadi jalan yg lurus dan kami tidak diduga denga ujian yg besar kerana saya tahu saya sangat lemah dalam semua perkara. 



Tuesday, February 18, 2014

New born....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW

Rentetan penulisan semalam...dikongsi satu hasil penulisan dari rakan iaitu Dr OT. Ianya sangat signifikan untuk pelajar mahupun penyelia...

Postgraduate yang baru mendaftar ibarat baby yang baru lahir… memasuki satu dunia baru. Baby lahir tanpa dibekalkan “manual book” apa yang perlu dilakukan kepada bayi tersebut. 

Zaman dah berubah. Kalau dulu lahir jer pakai lampin kain…. kena beli.. basuh, kering dan lipat.. banyak masa terbuang…now…. semua guna diapers….. pakai buang sahaja .. mudah, cepat, practical, sistematik dan efisyen!!

Kelahiran calon PhD juga sama spt baby….tidak dibekalkan “manual book”, jadi peringkat awal adalah crucial dan banyak bergantung kepada manual dari SV. 

Malangnya SV juga dulu tidak dibekalkan “manual book”. 

Oleh itu jika ada SV yang dahulu suka dgn lampin.... sekarang berubahlah kepada diapers dan jika dahulu berkata begini.... sekarang ubahlah....

Dahulu: PhD ini tough, penuh duri, onak, lurah, dugaan dan dramatic 
Sekarang: PhD ini satu proses pembelajaran boleh dilalui secara yang sistematik i

Dahulu: Moga dipermudahkan perjalanan yang sukar ini
Sekarang: Segalanya mudah, jika kemahiran berikut dikuasai 

Dahulu: Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih brother ...
Sekarang: Sediakan jadual kerja and lets do it together !

Dahulu: Baca… dan baca lagi….jgn jumpa saya dulu buat menyemak !
Sekarang: Siapkan proposal apa yang awak baca dan faham biar saya semak

Dahulu: Cara ini salah…...lol !
Sekarang: Beginilah cara yang yang betul

Dahulu: Kenapa buat tajuk yang dah banyak orang buat?
Sekarang: Apa yang boleh disumbangkan oleh tajuk ini kepada knowledge dan menjawab kepada persoalan "So what ?"

Dahulu: Kalau saya dulu boleh buat kenapa tidak awak sekarang ni? 
Sekarang: Awak boleh buat lebih baik dari saya kerana banyak kemudahan dan kemahiran baru yang boleh awak pelajari...

Dahulu: Inipun awak tak tahu... guano ?
Sekarang: Inilah aspek yang perlu lagi awak explore ….

Inilah aspirasi baru yang penyelia perlu sedar...dan pelajar perlu ketahui. Semoga dengan adanya kerjasa kedua-dua pihak nilai research akan lebih baik dan memberi impak yang maksimum kepada agama, bangsa dan negara.

Monday, February 17, 2014

Perjalanan baru...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW


Semester baru sudah bermula. Untuk pelajar yang baru mendaftar, ianya adalah satu permulaan baru dalam kehidupan. Kalau dulu menjadi pelajar diperingkat sekolah menengah..sekarang sudah berada di universiti. Untuk pelajar lama, lantunan ombak semangat berjuang perlu diteruskan.

Untuk pelajar yang mendaftar sebagai sarjana penyelidikan atau phd...anda sedang menempuh sesuatu yang baru dalam kehidupan anda. Perjalanan untuk hadapi ujian dan dugaan untuk mengajar erti kematangan hidup lebih mencabar untuk ditempuh. Apa pun yang anda hadapi....satu yang perlu ada dalam diri ialah "pergantungan kepada Allah SEPENUHNYA...percaya bahawa setiap kebaikan dan niat yang suci Allah akan bantu kita dengan sebarang cara". 

Bukan mudah untuk dapatkan keyakinan diatas...ianya perlu di praktis. Bukan mudah untuk mendidik hati untuk tetapkan keyakinan tersebut melainkan dengan cara mencuba dan terus mencuba kerana sifat manusia memang selalu alpa dan lupa siapa kita sebenarnya.

Sebagai penyelia...apa yang sentiasa berada dalam doa ialah melihat supervise berjaya dunia dan akhirat. Melihat mereka menempuh segala ujian dengan tabah dan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang mereka perlukan, berdoa supaya segala urusan mereka dipermudahkan...dan apabila mereka berjaya tersenarai untuk calon penganugerah ijazah di majlis convocation...itu adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggukan. Namun..dalam dunia penyelidikan kita kena ambil kira penyataan ini.

Richard Feynmen (Nobel-prize-winning physicist 1965) berkata:

I used to do whatever I felt like doing – it didn’t have to do with whether it was important for the development of nuclear physics… without worrying about any importance whatsoever.

The best researchers are driven by curiosity as “the pleasure of finding things out”, and it seems to be a good way to stay engaged and interested in your work. ….not everything you do has to be useful. Invest some time in exploring ideas just for the sake of curiosity, for the pleasure of finding things out…


So..dalam dunia penyelidikan tiada yang tidak berguna. Setiap hasil penyelidikan adalah berguna dan ianya merupakan "contribution of knowledge". 




Tuesday, February 11, 2014

Perjalanan harungi dugaan (2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi                                                                                               Muhammad SAW

Sudah hampir setahun blog ini tidak diupdate. Tidak memberi input-input menarik untuk dikongsi. Ketajaman penulisan blog juga telah tumpul. Hari ini cuba untuk mengasah semula...walaupun ianya tidak setajam mana...mungkin akan memberi sedikit manafaat untuk difikirkan

Sekarang perjalanan kehidupan lebih selesa. Keluardrp zon PHD adalah sesuatu yg baru untuk dimulakan...setelah hbs viva, sedikit pembetulan dan segalanya berjalan lancar dan diteruskan dengan hari convocation pada ujung tahun 2012. Perjalanan kehidupan sebagai pensyarah diteruskan dibawah universiti yang menaja pengajian. Dengana nama yg agak besar...dengan pengaruh yg ada pada universiti ini...banyak hak2 kemanusia pensyarah diketepikan seolah2 High Impack Journal adalah segalanya. Hidup dan mati bersama  Q1 journal tampa mempedulikan tugas hakiki sebagai hamba Allah yg memerlukan sumbangan lain kepada agama, masyarakat dan negara.

Dengan sedikit prinsip dan jati diri yang ada dalam diri...saya meneruskan perjalanan pekerjaan di tempat lain yang lebih mendorong untuk menjadi insan yang lebih baik. Berkat sokongan keluarga terutama suami saya mengambil risiko untuk menempuh segalanya sehingga saya berada dimana saya berada sekarang. Alhamdulillah dengan niat yg ikhlas..Allah memberi jalan mudah untuk diteruskan sisa2 hidup ini untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Percaturan untuk perpindahan ke tempat sekarang amat hebat....kalau diceritakan boleh dijadikan satu buku kehidupan yang menarik. Namun itu kita tinggalkan. Dimana saya berada sekarang menyokong misi dan perjuangan carrier saya. Saya berada disini dengan sungguh2 hati berusaha menjadi yang terbaik mendidik anak bangga saya menjadi pelajar master by research dan phd yg baik...dimana berusaha untuk melahirkan modal insan yg berjaya didunia dan diakhirat. Walaupun saya bukan bidang pengajian Islam..tapi saya saya melahirkan pelajar yg patuh dgn Allah dengan kejayaan phd dan master mereka. Tidak banyak sikit...pasti dalam cara penyeliaan saya , saya cuba mendidik mereka...mintalah bantuan Allah dalam segala aspek. Mereka akan lebih faham kerana mereka mengharungi perlajanan harungi dugaan ini dengan pelbagai liku.

Mungkin agak selesa dengan keadaan sekarang yg berada dalam institusi yang memahami apa yg saya perlukan dan impikan...saya gembira bekerja walaupun terpaksa berulang alik 2 jam setiap hr untuk cover perjalan pergi dan balik ke tempat kerja. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada kami...kesenangan dunia Allah berikan untuk menguji ingatan kita terhadapNya.

Kisah Phd= perjalanan harungi dugaan saya berakhir dengan cabaran yang agak tidak berat..tetapi pembentukan carrier saya agak mencabar sehingga saya berpindah ketempat sekarang. Tapi sekarang alhamdulillah selesai...tetapi nampaknya Perjalanan Harungi Dugaan (2) akan bermula. 

Permulaan Perjalanan Harungi Dugaan (2) ini terdetiknya hati suami untuk meneruskan pengajian ke perigkat phd. Maka versi phd 2 akan terbit. Kisah ini akan kami kongsikan untuk memberi laluan mudah kepada org lain yang mungkin akan hadapi apa yang dihadapi oleh suami dalam permulaan detik Perjalanan Harungi Dugaan (2) .




Thursday, February 21, 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW

Menghadiri satu sesi interview pagi ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan yg diperolehi. Yg baik dtg dr Allah..yg buruk pasti dtg dr manusi yg tidak pernah sempurna. Tapi sebagai manusi kita mesti ada usaha untuk memeastikan kita menjadi sesempurna yg boleh untuk diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat dan semuanya. Tapi sebagai pengajaran...what we give is what we get. kalau kita baik dgn org...org akan baik dengan kita vice versa....Oleh itu mari kita sama2 memastikan kita menjadi ygterbaik dikalangan yg ada. .

Wednesday, February 20, 2013

sedikit renungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW.

Hari ni pg bermula awal..awal dijalan raya sbb hantar asfa ke sekolah..jd 8.30 dah sampai off. Hari ni banyak persediaan diperlukan untuk kelas dan juga untuk hari agak penting esok. Walaupun apa yg bakal berlaku esok bukan mengikut kehendak hati anya sekadar mengikut peraturan yg telah ditentukan..persediaan perlu dilakukan untuk tidak menampkakan sebarang kecacatan kepada kewibawaan kita. Oleh itu dalam soal apa sekalipun, kecil atau besar..perlukan persediaan yg rapi supaya kita nampak lebih bersedia dan sentiasa confident.

Apa yg ingin dikongsi pada pg ini ialah mengenai satu ilmu yang perlu difikirkan...dalam kereta sambil melayan jem dijalan, melayan jg hiburan diradio ikim. Seorang ustaz memberi ceramah yg bertajuk ILMU. Apa yg sgt menarik untuk dikongsi ialah...ilmu itu sgt mulia. Nabi sentiasa memuliakan org yg memberi ilmu kepada beliau walaupun satu ayat. Sbb itu dlm doa nabi, terselit doa untuk para ilmuan, para guru. Menunjukkan betapa tingginya darjat ilmu. Sepatutnya tempat guru untuk meyampaikan ilmu pada muridnya adalah lebih tinggi dr tempat duduk murid seperti imam membaca khutbah dalam solat jumaat menggunakan mimbar. Namun persekitaran kita terbalik sekarang terutama di universiti. dalam dewan kulaih pensyarah mempunyai tempat yg paling rendah dibawah..kerana kedudukan murid lebih tinggi didewan kuliah. Oleh itu dimanakah keberkatan ilmu itu sendiri pada murid. Sepatutnya guru berada tempat tinggi..murid dibawah. Tapi persekitaran kita terbalik sbb itu kurangnya keberkatan ilmu tersebut pada murid2 kita. Jadi tidak mustahil lah kita tidak dapat melahirkan murud yg cemerlang kerana tiada keberkatan ilmu itu sendiri. Ianya sgt kecik..tapi mempunyai signifikanygs angat besar untuk direnungkan. Oleh itu sama2 kita fikri mcm mana nak ubah keadaan kelas kita. Kita tak mampu untuk mengubah dewan kuliah. Namun kita mampu untuk mengubah keadaan yg sedia ada. Mungkin kita terpaksa mengajar di tangga paling atas dlm dewan kuliah. mungkin kita terpaksa bawa microphone ke belakang..atau mungkin kita terpaksa mengajat tampa microphone dan menggunakan laser jarak jauh untuk point kepada power point slide kita. Sama2 kita renungkan.........................