Wednesday, March 31, 2010

Counting the days

Hari semakin hampir keberangkatan kami ke tanah suci..jiwa lebih sensitif dan sedih setiap apa yg dibaca dan didengari. Allah huakbar....besarnya kuasa Allah dah nampak disini..inikan pulak di 2 tanah haramnya..Ya Allah ampun dosaku..permudahkan segala perjalanan ku dan limpahkan rahmatMu kepada ku Ya Allah
Betapa besar pengorbanan Rasul utk kita umatnya..alangkah sedih baginda jika kita menziarahi baginda dgn penuh kekurangan...sedih sekali. Umrah ini adalah satu ibadah yang penuh dengan doa..setiap detik dan pergerakan kita pasti ada doa utk diiringi. Betapa kerdilnya nya dan betapa besarnya kuasa Allah, hidup kita bergantung kepadaNya sepenuhnya. Tampa rahmat drNya..pasti kita tertewas...Subhanallah. Ampunkan dosaku Ya Allah
Setiap kali berdetik hati pasti bergenang air mata...begitu juga dgn org yg ditinggalkan penuh kesedihan....apakah ini petunjuk sebenarnya akan sesuatu...

ITSIM2010

Last week dapat email paper itsim accepted..actually dah target paper tu tak dpt..tapi Allah maha mengetahui apa yg lebih baik...dan akhirnya itulah rezeki yang telah diberi. wlpun dengan kesempitan masa yang ada...paper tu tetap diedit dan insyaallah akan dihantar. Prof HBZ juga telah bersetuju untuk bayar fees conference tersebut. Alhamdulilllah
Allah maha megetahui apa ygterbaik..KMICE kalau dapat pun tak sempat nak edit sbbnya tarikh akhir camera ready 15 april...jasad dan jiwaku masih di tanah haram.
Besarnya kuasa Allah....Allah huakbar

Thursday, March 25, 2010

Tips umrah


Tips untuk jemaah yang akan menunaikan umrah:
1. sebulan sebelum berangkat elokkan banyak2 beristigfar..supaya hati kita suci sebelum ke sana
2. bila berada di madinah..hati mesti sentiasa ingatkan RasulAllah kerana madinah adalah tempat nabi..kemana saja kita pergi dan apa saja yg kita buat hati mesti mengingati Rasul Allah. Nabi boleh nampak kita..kerana nabi tidak mati...setiap umat yg dtg ziarah maqamnya..dia akan nampak kita..dan jika amalan kita banyak..tidak mustahil utk bertemu nabi.
3. Mekkah- banyakkan beristigfar..sucikan diri..sbb itu tanah haram Allah..tempat yg paling suci.
4. Bila kita nak balik ke tanah air...umrah yg terkesan adalah meninggalkan rasa pilu sedih dan satu utk tinggakkan 2 tanah haram ni. Kalau kita gembiri utk balik ke Malaysia tampa ada apa2 perasaan sedih..itu menunjukkan kita hanya dpt melancong semata2. Allah huakbar.
Semoga kami menjadi hamba yg terpilih dan mendapat umrah yg mabrur. Amin

Tuesday, March 23, 2010

Umrah secara asas

Maklumat ini digarab dr kursus yg dihadiri:

Perkara penting sebelum berangkat:

  1. mohon maaf
  2. hebahkan binatang peliharaan
  3. sucikan diri (istiqfar)

Mekkah dan Madinah tempat yg susah untuk nampak bintang kerana ianya dilindungi oleh ramai para malaikat Setiap saat malaikat bersama kita disana.

Menusuk jiwa: jika kita lambatkan solat. Setiap kali nadi kita berdenyut dia akan berkata ”berdosa”...”berdosa”..ini satu gurauan yg sgt signifikan dan menusuk jiwa.

Perkara penting sebagai ingatan:

  1. Niat : sunat lafaznya. Wajibnya kena niat dalam hati.

Dirumah

  1. mandi sunat musafir. Niat : sahaja aku mandi sunat musafir kerana Allah Taala
  2. solat sunat musafir. Niat: sahaja aku solat sunat musafir 2 rakaat kerana Allah.
    1. Bacaan 1. qul ya
    2. Bacaan 2. qul huwallah

Perjalanan bermula di Madinah

Doa ditanah haram: Ya Allah ini tanah haramMu dan rasulMu, maka haramkanlah darahku,tulangku, dagingku drp api neraka Mu Ya Alalh.

  1. Dibawa ke hotel-letak barang.
  2. Masjid Nabawi
    1. Mandi sunat utk ke masjid
    2. Pakai pakaian bersih
    3. Pakai wangi-wangian
    4. Masuk masjid dgn kaki kanan, toilet :kiri
    5. Doa masuk masjid : YaAllah ampunkan dosaku, buka pintu rahmatmu padaku
    6. Solat tahayatul masjid
  1. ziarah makam nabi..Assalamualaika Ya Rasullullah
    1. ucap salam, dan sampaikan doa dr kawan dr malaysia
  2. doa mengadap kiblat
  3. ziarah makan saidina umar dan abu bakar

ZIARAH WADA’

Ziarah masjid, solat, ziarah makam dan doa selamat tinggal

Doa: minta supaya dpt datang lg

MEKKAH

Sebelum niat umrah sucikan apa yg patut.

  1. Mandi sunat ihram
    1. Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah
  2. Pakai pakian ihram
    1. Solat sunat ihram

i. Sahaja aku solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah

  1. Talbiah 3 kali (sunat)
  2. Naik bas untuk pergi berniat (dalam perjalanan banyakkan berzikir dan bertalbiah)
  3. Sampai di miqat
    1. Berdoa: Ya Allah ini tanah harammu, maka haramkan lah badanku, ,dagingku, tulang ku dr api neraka. Ampunkan dosaku Ya Allah
  4. Masuk ikut pintu bababul aziz
  5. Doa dlm masjidil haram: limpahkan rahmatMu kepadaku
  6. Tawaf
    1. Bermula dr yamani – h/aswad (penjuru h/aswad)
    2. Ada lampu hijau di dinding masjid
    3. Niat tgk kaabah
    4. Kiri kaabah
    5. Doa: ya Allah aku ingin tawaf sebanyak 7 kali....
    6. Mula dgn kaki kanan
    7. Ada air sembahyang
    8. 7 kali tawaf
    9. Tak boleh sentuh apa2
    10. Tak boleh masuk hijri ismail
    11. Jgn niat lain dlm hati-batl
    12. Boleh berdoa semasa tawaf-apa2 doa
    13. Baca subhanallah..walhamdulillah....
    14. Sampai diyamani: bismillahhi allahhuakbar, baca doa rabana atina fiddun yahasanah....
    15. Lps 7 kali..solat sunat tawaf dibelakang makan ibrahim
    16. Doa di multazam
  1. berjalan ke bukit sofa
    1. dalam perjalanan minum air zam-zam, minta doa:

i. ilmu yg manafaat

ii. rezeki yg halal

iii. amalan diterima

iv. jauhi dr penyakit dan bala

  1. Sae’ (bermula di sofa –marwah)
  2. berdoa mengadap kiblat
  3. Niat:sahaja aku mengejakan sae’ sebanyak 7 kali kerana Allah
  4. Lambai ke kabah: Allah huakbar walillah ilham
  5. lelaki: lampu hijau-tempat bermula berlari anak
  6. tak perlu ada air sembanyang
  7. uzur pun boleh saei
  8. Doa tamat saei (mengadap kiblat)

Tawaf wida’

  1. Turun balik ke kaabah sama macam tawaf biasa
  2. boleh berpakaian biasa
  3. ambil wuduk
  4. lps tawaf tak boleh shopping
  5. boleh ambil barang sahaja dihotel
  6. boleh solat sunat sahaja

kalau uzur: pergi ke pintu lambai tgn sahaja

Motivasi...

Setelah hampir seminggu jiwa tak tenang dgn mcm perasaan timbul..hari ni rasa lebih bersemangat. Segala yg berlaku adalah ketentuan Allah..kita hanya merancang tapi sudah pasti perancangan Allah yg terbaik utk kita...kita hanya mampu berdoa dan berusaha utk mendapat yg terbaik. Pasti kita akan dapat.....
Kehidupan adalah satu ujian, ujian menunjukkan yg Allah pandang kiat..kalau kita tak diuji mungkin Allah tidak memandang kita dan tidak memberi peluang kps kita utk lebih disayangi...kehidupan ini adalah satu perjuangan, dan perjuangan itu kita pastikan membuat yg paling baik...dan selebihnya kita follow the flow ygtelah ditentukan kerana sudah pasti setiap yg berlalu akan ada hikmahnya yg sangat besar.

Friday, March 19, 2010

Kecewanya

Sekarang ni perasaan sgt kecewa..frust giler. Pertamanya paper ITSIM ada technical error...dan yg kedua KMICE tak de cite pun..senyap ke. Yg paling besar..model SEm tak boleh jugak nak fit...Ya Allah aku sangat kecewa..hanya Tuhan yg tahu apa yg ada dlm hatiku...Ya Allah bantulah aku...berikan kekuatan pdku..Ya Allah permudahkan urusan ku.bglah segalanya berjalan dgn lancar....Amin

Tuesday, March 16, 2010

Sangkut

Sekarang ni tahap pening dgn SEM sangat tinggi...aduh la. Rasa mcm dah fedup dah rasanya..rasa mengalah dan malas dah nak pikir..Ya Allah bantulah aku..model yg dapar RMSEA dia sgt besar..so model tak berapa nak fit. Target sblum pi buat umrah dpt setlekan sume.tapi tak tahu lah mcm mana..lg 2 mgu masa yg ada ni.

Thursday, March 11, 2010

Pelarasan elaun

Bermula tahun 2010. UM telah membuat pelarasan untuk elaun peribadi bg yang sambung belajar...phd dan master. Alhamdulillah rezeki yg tak dirancang yang telah Allah kurniakan...sapa sangka dlm keadaan ekonomi gawat ni..UM boleh naikkan satu pelarasan elaun yg agak tinggi....sapa jangka. Dan bulan March akan dpt tunggakan pelarasan yg telah dibuat. Mungkin rezeki Allah nak bg untuk org baru yg mungkin akan muncul dlm family ni kan...sapa tahu..wlpun belum ada rezeki lg. Kalau diikutkan tunggakan pelarasan yg diberi tu kira boleh bayar kos bersalin utk lahirkan baby secara operation di medical center lah jugak. Alhamdulillah....tapi boleh ker bulan ni selesai analisa data ni?????

Monday, March 8, 2010

kejadian

Hari ni..satu sejarah dalam keluar in law...hubungan yg hampir 10 tahun terputus buat seketika. Semoga yang menangguh tabah dan dipermudahkan segala urusan. Segala kejadian lebih elok dijadikan ikhtibar....kita hanya merancang Allah menentukan segalanya. Bulan ni sepatutnya sebelum mengerjakan umrah...analisa data dapat diselesaikan. Tapi seperti biasa perjalanan harungi dugaan sgt mencabar. Bulan feb berlalu begitu cepat..march dtg dan akan pergi. Segala bagai kilat..dtg dan pergi. Adakah pengurusan masa aku gagal? Atau apakah hikmah disebalik halangan2 ini. Kehidupan...........kkdg penat utk pikirkan.
Bulan 3 jugak penuh dgn aktiviti...selagi bernyawa dan bernama manusia hidup sentiasa sibuk......percentage bersama Allah jika dihitung sgt sikit.....dunia..dunia.
Aku mengharapkan bulan march bukan yg terbaik..segalanya dapat diselesaikan mengikut perancangan...Ya Allah banti lah hambamu........

Monday, March 1, 2010

Risau

Real data belum dianalisa lg menggunakan sem..masih berterabur. sebenarnya nak mulakan 1st step pun tak tau apa. dok baca sana sini..still blur. Aduh..
Ditambah dgn mcm2 paper nak submit dan write utk thesis pun blum start lg..dah bulan 3 dah ni. Takutnya..dan risaunya.
Ditambah pulak dgn masalah2 sekeliling....masalah2 org lain yg perlu dipikrikan dan mcm2 lg lah..
buku wajib persediaan bulan April belum sentuh...Ya Allah permudahkan segalanya ya Allah..Amin