Wednesday, July 21, 2010

13 minggu

Sedar atau tidak dah lebih 3 bulan kandunganku.....

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.

Bali

13-17 July berada di Bali sempena WASET, Bali 2010. Conference tersebut tidak seperti yg di gambarkan sebelum ini. Walaupun WASET merupakan international conference yg cover world wide tapi ternyata persidangan nya sgt simple dan agak tidak menarik jika dibandingkan conference yg dianjurkan oleh orang Malaysia. Ternyata perbezaan ini menunjukkan sikap dan perwatakan malaysian jika dibandingkan dengan org luar. Kesimpulannya....conference yg dianjurkan oleh malaysian jauh lebih berquality dan teratur berbanding mereka.
Tapi dalam pada itu dapat merasai percutian yg menarik juga dibali. Untuk org yg bukan pencinta seni seperti aku....Bali biasa sahaja...banyak keunikan di Bali, tapi mungkin untuk orang2 yg lebih bersifat kesenian ianya lebih dihargai. Tapi untuk org2 yg suka membeli belah seperti aku.....tiada yg indah disana kerana tiada tempat shopping yg menarik dan berkualiti untuk dibeli. Tapi tetap mempunyai kenangan indah disana bersama keluarga.

Wednesday, July 7, 2010

Minggu 11

Minggu ini adalah minggu kesebelas....muntah2 agak berkurangan..tapi masih berlanjutan.

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Bercuti di kampung

Minggu lepas seminggu bercuti dikampung. Seronok tidak terkata...hidup menjadi sgt tenang..dan sgt sihat. Tapi keseronokkan itu berakhir apabila on the way ke shah alam..dan balik ke rumah sendiri. Seronok utk balik ke rumah..tapi serabut dgn mcm2 kerja....aduh. Mana nak pikirkan SEM..mana nak pikirkan write up..dan preparation utk ke WASET, Bali. Minggu lepas baby 10 minggu....dah mkn besar baby dlm perut ni.

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.