Monday, May 18, 2009

Rezeki....

Rezeki bukan setakat wang ringgit. Kelapangan masa, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, tiada ujian yang menyakitkan, tiada kesukaran dalam hidup, ilmu dan rahmat Allah, idea yang bernas.....sume itu adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Bukan mudah untuk melalui kehidupan ini tampa rezeki rahmat dan belas ehsan dr Allah......
Satu petikan doa untuk direnungkan....indahnya  waktu Dhuha.
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuhamu, kekuasaan itu adalah kekuasaanmu dan perlindungan itu adalah perlindunganmu...
Ya Allah, sekiranya rezeki masih dilangit, turunkanlah...jika berada diperut bumi, kau keluarkanlah...jika sukar, mudahkanlah....jika masih haram.....kau halalkanlah, jika jauh, kau dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha, kemegahan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan perlindunganmu.
Limpahkanlah kepada kami sebagaimana yang telah kau limpahkan kepada para hambamu yang soleh...Amin
Bila masuknya waktu Dhuha...setelah matahari naik. Di Malaysia ditetapkan waktu Dhuha antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Selamat menjalankan solat sunat Dhuha. Semoga kita dimurahkan rezeki. 

Friday, May 15, 2009

Tiada batasan dalam penyelidikan


Minggu ni salah sorang dr my clique interview Tun Mahathir...dalam dunia penyelidikan tiada batasan informasi. Sesiapa saja yang boleh membantu dalam pengukuhan kajian akan dikejar dan diminta pandangan tidak kira siapa dia, dr mana dia dtg apa latar belakangnya....yang penting objektif kajian tercapai.
Namun begitu, agak beruntung kerana dapat bertemu negarawan Malaysia...dalam konteks Tun bukan dunia politik jd pengukuran dalam penyelidikan, namun sumbangan yang telah diberikan dalam bidang yang berkaitan dgn objektif kajian sebagai matlamat utama. Jika difikir dari logik kotak pemikiran..bukan mudah untuk berjumpa Tun. Namun segala usaha yang diiringi dengan doa dan pertolongan Allah sebagai pengukur. Allah maha berkuasa....kita merancang Allah yg tentukan. Apa saja yg dikatakan jadi olehNya pasti akan jadi..itu hakikat sebenar kehidupan wlpun bagaimana susah sekalipun difikirkan oleh manusia pasti akan berlaku dengan takdir Allah. Semoga kita juga tergolong dalam golongan yang sentiasa diberi bantuan dan pertolongan. Amin

Tuesday, May 12, 2009

8 jam sehari

Semalam sampai pukul 7.30 masih diUKM..jumpa supervisor dan berbincang yg sepatutnya....mcm2 benda yang perlu dipikirkan..terasa pulak letih untuk berfikir. Adakah ini cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh? Tambahan pula dlm iringin kehendak utk pulang..dikejutkan dgn satu gurauan dr supervisor yang menyatakan "awak ni dah lambat ni...kena cepat sikit..keje 8 jam sehari tau". Wlp itu satu gurauan...tetapi memberi tamparan hebat...hati terasa sesuatu, otak mula berfikir pantas......seiring dengan percakapan yang ditutur. Aduh...terlewat sgtkah perjalanan ini? Ya Allah..percepatkanlah segalanya....mohon Engkau percepatkan perbuatan dan pemikiranku setanding dgn masa yg terlalu cepat berlalu. Mohon pandangan kawan2 seperjuangan...adakah aku terlambat? Tak de yg kata terlewat....cuma ada yg berkata..."terlewat tak pe..janji perjalanan yg dialui betul...jgn mengundur kebelakang". Ada yg kata.."belum terlewat, just nice time to done task....buat je apa yg patut. Mesti boleh". Ada juga yang kata " buat ikut kemampuan....lambat atau cepat pasti ada penghujungnya". Itulah penilaian kawan2....dan hubby ckp..."tak lambat lah...ok ja...tak pelah wlpun ianya satu gurauan tapi memberi sdikit tekanan utk terus bekerja keras". Betul jugak tu...sejak dr lepas tekanan seminar belum ada lg tekanan lain utk bergerak laju...so sekarang gurauan lambat itu memberi satu cabaran dan tekanan yg hebat...terima kasih Prof T....kerana memberi satu laluan br. Semalam juga Prof HBZ membuka satu peluang utk publish journal..Alhamdulillah. Dia suruh aku menulis mengenai Delphi yang dah habis tu...dlm apa saja format...dan dia akan olah mengikut cara dan gaya dia utk dihantar dan publish as a journal paper. Tq very much Prof...semoga ianya menjadi kenyataan. 
Ya Allah mohon bantuanMu utk limpahkan rahmatMu kepadaku..kasih sayang dan kekuatanMu.....bantulah aku untuk terus mencapai apa yang aku perlukan...Amin.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu


Selamat hari ibu buat sume wanita yang bergelar ibu....bila agaknya tarikh sebenar hari ibu ni? Mengikut hasil bacaan..hari ibu disambut pada hari Ahad  minggu kedua Mei. Kenapa hr ahad yek....sbb hari Ahad cuti atau mmg org bkn Islam yg sengaja crete on Sunday. Ntahlah ...belum ada jawapannya. Walau apa pun hari tersebut yg penting niat kita...sebenarnya hari2 adalah hari ibu..kerana hari2 kita doakan kesejahteraan ibu bapa kita. Tiada hari tampa doa utk  mereka..namun ditetapkan hari tersebut untuk tujuan sambutan dan sambutan pada perayaan tersebut semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan. Bukan bermakna kita ingat ibu sempena hari ibu saja..tapi ingatilah mereka setiap hari. Selamat hari ibu buat bonda tercinta..Hajjah Sofiah Haji Salleh, buat ibu mertua juga. Semoga diberkati Allah. Terima kasih buat Asfa atas ingatan..dan kad yg sangat cantik untuk umi [wlpun baba yg beli] dan kad tu disimpan dlm bilik dia..sbb dia kata kad tu cantik sgt, so dia punya. Terima kasih sbb sayang umi sangat-sangat-sangat...wlpun bkn hari ibu..hari-hari dia ckp sayang umi sangat-sangat-sangat....terima kasih sbb jd anak yg baik..Insyaallah mudah mudahan berterusan hingga besar nanti. Terima kasih juga buat hubby yg bg mother day card yg sangat cantik dan romantik...surprise yek tahun ni. Birthday tak de surprise..mother day buat surprise..tq very much.

Friday, May 8, 2009

Jengka 1- Kesatria

Terasa ingin menyambung cerita kenangan di Jengka....cs10 memang course yg agak susahlah jika dibandingkan dgn course yg lain di Jengka. Setiap hari Rabu [kalau tak silap] pagi...akan kedengaran budak DPIM akan menyanyikan lagu hutan diaorg...bdk DPIM mmg terkenal dengan sifat keakraban dikalangan dorang..kalau ada sukan inter course kat Jengka bdk DPIM lah yg menang sorak..bdk cs ni standard lah..dok tengah2..nak kata menang sorak tak juga..nak kata menang sume game pun tak juga...biasanya bdk cs ni menang ke kalah ke mcm tu gak yg turun sokongnya...sorakkan pun tak lah sehebat mana. Setiap hari Rabu ptg adalah hari ko-ko utk bdk Jengka...sume stud part 1 -3 akan turun padang ikut ko-ko masing2. Tak ketinggalan aku dan room mate tersayang..apa ko kitaorg? sudah pasti ko Kesatria.....bangga tu msk ko kesatria. Sbb apa? sbb baju kitaorg lain dr org lain..warna hijau...tapi yang tak tahannya ialah topi..macam topi Jepun. Tudungnya hanya pemakainya yg tahu seksanya sebagaimana. Aku antara org yg paling beruntung sbb baju, seluar, topi dan kasut senang nak cari dan masih cantik2..sebab apa? sebab tak ramai budak senior kesatria yg pakai kasut saiz 4..baju dan seluar paling kecil...sebab tu lah brg2 yg dipinjam ..aku beruntung sbb dapat sume yg masih cantik dan baru2. [itu untung jg org kecik]. Setiap hari rabu kami akan berkawad..berlari..meniarap atas tar..dan lain2 lagi yg lasak. Kitaorg belajar cuci senapang...belajar baling bom...pakai bom asap. Best tu....Bila bercerita pasal kesatria ni..banyak kenangan indah.....kalau dikenang sampai akhir hayat akan tergelak sendiri. Apa kenangan tu..room mate tersayang je yang tahu..eton, k ros dan su, kitaorg satu bilik ko kesatria. Kali ni ada beberapa cite menarik akan dikongsi  sebagai kenangan..tak sume mampu untuk ditulis, namun masa akan menentukan kesinambungannya. Rmai bdk cs10 yg masuk ko kesatria... Eton dgn k ros mmg paling tak suka bila menjelang Rabu ptg sbb kena turun padang berkawad. Aku dan su mmg gemar aktiviti lasak ni.....eton mcm biasalah..penah dia tukar ko kpd ko teakwondo..tapi akhirnya masuk balik kesatria sbb ko teakwondo hanya dia sorang je, so tak boleh bukalah utk ko-ko.....eton..eton....Eton ni dia tak suka ko kesatria sbb apa sbb dia susah nak cr saiz brg2 kesatria. Dia cuma ada bj, kasut, topi dan tudung...tapi seluar kesatria..tak de utk dia. Sian.......adalah satu tu pun hanya kitaorg yg tahu apa yg berlaku dgn seluar tu.....namun begitu ada juga jasa seluar tu pd dia selama sebulan...lps tu dia buat seluar br sendiri. Cayalah eton....itu kenangan pertama yg tak dapat dilupakan..kisah seluar. 
Sem 3 kitaorg ada perkhemahan di satu tempat berbukit [tak ingat apa nama tempat tu..] Mlm tu hujan lebat...khemah masuk air..sbb khemah kitaorg didirikan dilereng bukit..bila air hujan mengalir turun bukit maka lalulah air tu memasuki khemah kitaorg. Most of us tak tidur sbb keadaan sejuk ..khemah masuk air..kitaorg berkumpul ramai-ramai kat unggun api yg telah dibuat [besar unggun api tu]. Dlm pukul 5 pg..kitaorg dah terpaksa berbaris dlm hutan yg tebal dan gelap tu..utk kawad hormat..tetiba bila check2 ada sorang kawan ni tak de....group dia jenuh cr dia tak jumpa...so kitaorg sume dikerah utk cr dia dlm hutan tu...sume org turut mencari. Sapa yg hilang tu...Eton lah. Bila dah lama cari tetiba ada org jumpa dia...kat mana dia duduk? Rupa-rupanya dia terjatuh dlm lubang sampah yg sgt besar yg digali bertujuan utk membuang sampah. Sbb tu lah kitaorg cr merata tempat tak jumpa rupanya dia terjatuh dlm lubang sampah dan dia tak dpt naik..sbb lubang tu dlm sgt. Kebetulan pulak masa sume org dok memanaskan diri kat unggun api..dia dok tido dlm khemah..blh? Bila kena jerit utk kawad menggelabah bgn tak nampak lubang sampah..apa lg terjatuhlah dlm lubang sampah tu. Puhh penik sume org ...takut dia hilang..manalah tau bunian larikan..dlm hutan tebal tu...Itulah kenangan indah di Jengka..kenangan kesatria..yg tak mungkin dilupakan. Disitulah pengalaman menembak..disitulah pengalaman mkn nasi kat kem askar..kena marah jerit dgn askar..merangkak atas tar [luka siku]..menembak dgn senapang yg betul kat kem [org terpilih je dpt ikut ni] sampai lebam bahu sbb senapang tu tendang balik...kena jerit dgn cikgu Jalil[cikgu kesatria yg paling kelakar dlm dunia]....pacat naik kat kaki..tgn kena duri...kenal erti semangat berkumpulan....erti persahabatan. Mana hubby waktu tu..dia pun kesatria juga. Emm time tu dirimu tiada dihatiku..hanya teman penyeri kehidupan. Banyak lagi nostalgia Jengka..akan disambung dgn cerita lain di episod seterusnya....
Khas buat eton..jgn marah yek, ko mmg kawan yg membuatku sentiasa gembira dan tergelak...dan kawan kesatria yg lain, maaf sbb tak dpt sebut nama sume org, terlalu ramai.
Adakah peluang sebegini akan kembali diulangi? Tidak mungkin....ianya hanya sekadar kenangan indah dilipatan hati. Sesuatu yang berlalu adalah sesuatu yg amat berharga yg telah Allah kurniakan kepada kita. Hargailah ia..dan jadikanlah ianya sebagai satu pembelajaran yang menjadi petunjuk untuk satu kebaikan masa kini dan akan datang. Apa yang diberi nikmati dengan penuh kesyukuran...dan berdoa serta berusaha untuk mendapat yang lebih baik dari sedia ada.

Tuesday, May 5, 2009

Penyelia

Penyelia merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai kejayaan diperingkat phd. Mcm2 perangi dan cara penyelia yang kadang2 sukar untuk diterima........namun berkonsepkan guru dan murid apa cara sekalipun sebagai student kena menghormati penyelia sama ada suka atau tidak. Alhamdulillah aku dikurniakan penyelia yang menyenangkan wlpun kkdg terpaksa akur dan pasrah dengan situasi, namun disebalik setiap yg dilalui memberi ruang untuk berfikir dan melakukan yang terbaik. Last week attend presentation rakan seperjuangan. Banyak liku kehidupan dan dugaan yang dilaluinya sepanjang mengejar impian ini, bkn setakat masalah dengan penyelia malah ujian yg datang bertimpa-timpa sehingga terpaksa jual aset utk teruskan perjuangan ini. Begitu hebat ujian dr Allah untuknya......tapi kali ini persoalan penyelia yg ingin disentuh. Masalah yg dihadapi dengan penyelia pasti mempunyai sebab yg tersendiri..kkdg penyelia tidak puas hati dengan performance..kkdg penyelia rasa kita tak bagus dan mcm2 rasa yg ada. Dengan sebab rasa tidak puas hati, maka akan memberi kesan dalam segala hal yang dilalui. Penyelia akan sentiasa menyatakan tidak..dan segala kebaikan yg dibuat tidak dinampak. Persoalannya..bagaimanakah untuk menyelesaikan ? Tukar penyelia bukan sesuatu yg mudah diuniversiti, selain dr birokrasi dan procedure...hubungan manusia dan manusia juga perlu diambil kira. Oleh itu jalan yg terbaik ialah selesaikan kekusutan dengan penyelia dengan cara face to face dan talk heart to heart.....cuba lah untuk uraikan kekusutan itu dengan cara yg terbaik..berjumpa dan berbincang dan ikutlah setiap kemahuan penyelia atau dlm erti kata lain sebagai pelajar mesti ikut rentak penyelia.......apa saja yg diminta cuba untuk penuhi dan cuba untuk tunjukkan prestasi yg terbaik.
Walaupun dalam diri ada rasa kurang berpuas hati..cuba padamkan..dan anggablah penyelia yg ada sebagai penyelia yg terbaik untuk kita. Apa pun yg berlaku dia tetap guru kita, wajib dihormati bukan dicaci....dlm apa keadaan sekalipun keberkatan seorang guru amat penting. Selain dari itu tanamkan satu prinsip..kita sebagai pelajar jalankan kerja pelajar sebaik mungkin dan biarkan dia sebagai penyelia jalankan tanggungjawab dia. Kita buat kerja kita..dia buat kerja dia. Cuba bersihkan hati dgn sentiasa berperasaan baik pada penyelia wlpun kkdg sukar utk dilaksanakan...