Tuesday, May 5, 2009

Penyelia

Penyelia merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai kejayaan diperingkat phd. Mcm2 perangi dan cara penyelia yang kadang2 sukar untuk diterima........namun berkonsepkan guru dan murid apa cara sekalipun sebagai student kena menghormati penyelia sama ada suka atau tidak. Alhamdulillah aku dikurniakan penyelia yang menyenangkan wlpun kkdg terpaksa akur dan pasrah dengan situasi, namun disebalik setiap yg dilalui memberi ruang untuk berfikir dan melakukan yang terbaik. Last week attend presentation rakan seperjuangan. Banyak liku kehidupan dan dugaan yang dilaluinya sepanjang mengejar impian ini, bkn setakat masalah dengan penyelia malah ujian yg datang bertimpa-timpa sehingga terpaksa jual aset utk teruskan perjuangan ini. Begitu hebat ujian dr Allah untuknya......tapi kali ini persoalan penyelia yg ingin disentuh. Masalah yg dihadapi dengan penyelia pasti mempunyai sebab yg tersendiri..kkdg penyelia tidak puas hati dengan performance..kkdg penyelia rasa kita tak bagus dan mcm2 rasa yg ada. Dengan sebab rasa tidak puas hati, maka akan memberi kesan dalam segala hal yang dilalui. Penyelia akan sentiasa menyatakan tidak..dan segala kebaikan yg dibuat tidak dinampak. Persoalannya..bagaimanakah untuk menyelesaikan ? Tukar penyelia bukan sesuatu yg mudah diuniversiti, selain dr birokrasi dan procedure...hubungan manusia dan manusia juga perlu diambil kira. Oleh itu jalan yg terbaik ialah selesaikan kekusutan dengan penyelia dengan cara face to face dan talk heart to heart.....cuba lah untuk uraikan kekusutan itu dengan cara yg terbaik..berjumpa dan berbincang dan ikutlah setiap kemahuan penyelia atau dlm erti kata lain sebagai pelajar mesti ikut rentak penyelia.......apa saja yg diminta cuba untuk penuhi dan cuba untuk tunjukkan prestasi yg terbaik.
Walaupun dalam diri ada rasa kurang berpuas hati..cuba padamkan..dan anggablah penyelia yg ada sebagai penyelia yg terbaik untuk kita. Apa pun yg berlaku dia tetap guru kita, wajib dihormati bukan dicaci....dlm apa keadaan sekalipun keberkatan seorang guru amat penting. Selain dari itu tanamkan satu prinsip..kita sebagai pelajar jalankan kerja pelajar sebaik mungkin dan biarkan dia sebagai penyelia jalankan tanggungjawab dia. Kita buat kerja kita..dia buat kerja dia. Cuba bersihkan hati dgn sentiasa berperasaan baik pada penyelia wlpun kkdg sukar utk dilaksanakan...

1 comment:

zool said...

Hm.. tak lama lagi ada PHD tu.
Mesti byk thesis dah buat..
Si Zool harap thesis kat blog ligakampung.com je la.. huhuhuhuhuhu