Tuesday, June 23, 2009

Kembali ke rahmatullah

Jumaat 5.10 pg, 19hb Jun mak mertua Khairiah bt Sallehuddin telah kembali ke rahmatullah di hospital sg buloh. 4.50 pihak hospital telefon mak tenat dan minta waris utk datang....hubby dan abh terus ke hospital tapi tidak sempat kerana mak telah pergi sebelum diaorg sampai. Jenazah dimandikan dan dikapankan dihospital..dan lebih kurang 11.30 pg jenazah sampai ke rumahnya di kuala selangor. Kami menunggu disana...12.30 jenzah dibawa kemasjid kuala selangor dan selepas solat jumaat ianya disembahyangkan dan dikebumikan dalam pukul 2.30 ptg. Masanya telah tiba..itu yg ditakdirkan...dan itu yg terbaik untuknya.

Friday, June 12, 2009

Ketumbuhan otak

Semalam pukul 11 pg abah sedar mak pengsan dirumah...semua anak2 diminta balik..dlm pukul 2.00 ptg kami sampai rumah abah..kami org yg pertama sampai..mak kena stroke...terus hantar ke hospital tanjung karang...selepas beberapa check up, tanjung karang hantar mak ke hospital sungai buloh. Kami menjangkakan mak jadi begitu disebabkan tekanan darah yang terlampau tinggi..namun kami dikejutkan dengan satu berita yg tidak dicapai oleh akal..mak mempunyai ketumbuhan dalam otak sebesar buah epal...7x4 cm. Hanya Allah yg tahu apa yg kami semua rasai..dan hanya Allah juga tempat kami memohon. Selain dr ketumbuhan yg besar terdapat juga cecair lain yg perlu dibuang dalam otak mak. Kami redho....kami separuh sedar...tidak boleh bercakap dan badan sebelah kiri mati.
Mengikut teori doktor ini tahap terbaik yg mak ada disebabkan ketumbuhan yg besar itu....pembedahan boleh dilakukan tetapi ketumbuhan tersebut tak mungkin dikeluarkan sume sekali..hanya 50% saja boleh dikeluarkan kerana jika sume dipotong makan 3/4 dr otak mak sudah tiada. Kesan drp pembedahan doktor tidak boleh menjanjikan apa2...cuma keadaan mak sekarang adalah yg terbaik..wlpun melakukan pembedahan. Doktor tidak menjanjikan lbh baik dr itu....Jika pembedahan dibuat..kepala mak akan dipotong penuh...dan ketumbuhan itu akan dihantar ke makmal utk dibuat pengesahan sama ada ianya ketumbuhan biasa atau kanser. Jika kanser..pembedahan susulan terpaksa dilakukan....kami tidak mampu utk berkata dan berfikir..namun secara tidak rasminya kami tidak bersetuju pembedahan terus dilakukan kerana ia tidak menjanjikan apa2. Lumpuh dibadan mak adalah utk selamanya...tidak mungkin akan pulih mengikut teori perubatan..ini disebabkan ketumbuhan yg sangat besar itu. Manusia hanya merancang Allah adalah segalanya...hanya mampu berdoa supaya Allah tunjukkan kami jalan yg terbaik..permudahkan segala perancangan kerana Dia lebih tahu segalanya. Jika ditakdirkan apa pun yang akan berlaku...mohon supaya dipermudahkan dan mendapat yg terbaik. Mohon sama2 berdoa....

Thursday, June 11, 2009

Pudar dan cerah....

Hampir sebulan yang lepas jumpa dengan penyelia...dan kini masih belum ada date untuk tertemu kembali. Sukarnya.....apakah hikmah disebalik kesukaran ini? Mempunyai 2 penyelia bukan mudah seperti yang disangka. Sangat sukat utk bertemu keduanya dalam satu masa. Minggu lepas penyelia utama tiada di Malaysia...dan dr awal bulan sampai ke hr ni penyelia kedua pulak tiada ditanah air. Kesukaran akan menghasilkan sesuatu yg berharga? Betul ke...
Minggu depan sepatutnya pertemuan diatur..sampai ke hari ini masih belum confirm tarikhnya...semoga segalanya berjalan dengan lancar. Banyak benda yg diperolehi dr sebulan yang lepas..dan memerlukan perbincangan dan pengesahan untuk move ke langkah seterusnya....namun semangat berjuang kadang2 cerah kkdg2 pudar....Mungkin disebabkan sedikit kelekaan padaNya.

Monday, June 1, 2009

Bukit Tinggi-Kedah-Grik-Kelantan-Gua Musang-Shah Alam

Seminggu tinggal rumah....rindu jugak rasa hati pada rumah. Inilah agaknya apa yg org tua kita rasa bila tinggalkan umah lama-lama. Dan inilah jugak alasan kenapa mereka tak nak tinggalkan umah lama-lama. Kita sebagai anak selalu mempertikaikan kenapa tak nak lama duduk rumah kita..rupanya inilah yg dorang rasa. Bermula dgn percutian ke Bukit Tinggi......dah masuk kali keberapa pergi, kali ni hubby punya office trips. Lepas tu balik ke Kedah..sbb hubby outstation ke Perlis. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Kelantan melalui Grik. Saksikan satu kemalangan yg sangat mengerikan ...kancil merah DAE....tersepit kerana terlanggar lori. Kancil tu sgt laju...rasanya bdk IPT balik bercuti sbb dlm kete penuh dgn barang, ada pc..bag...kotal dll. Tak pasti kemalangan melibatkan kematian atau tidak...tapi yg pasti sgt teruk...bumbung kancil boleh terpecah dan tercungkil keluar...dan penumpang yang berada di sebelah langgaran lori tersepit tampa bergerak...kami hanya mampu berdoa dlm hati masing2...sangat ngeri. Sampai ke Kelantan...pokok pulak tumbang..terpaksa mengikut jalan kg..mcm2 dugaan. Menarik di kelantan hanya kain baju...yg lain biasa saja..mkn murah...tapi sudah biasa dgn kedah yg juga makanan murah. Kelantan maju cuma belum moden....dan tahap kebersihan yang agak kurang memuaskan. Balik ke Shah Alam melalui Gua Musang...puhh jalannya...dgn lori balaknya...juga mengerikan. Tapi pengalaman itu penting untuk dikutip....trip ini mengajar banyak benda, salah satu ialah DOA.......Asfa sgt bijak berdoa jika apa yg dirancang tidak nampak penyelesaian...dan akhirnya..Allah sentiasa mendengar doanya. Mungkin itu kebetulan ...dan mungkin itu satu petunjuk yg dia masih suci dan sentiasa mendapat RahmatNya.