Friday, June 12, 2009

Ketumbuhan otak

Semalam pukul 11 pg abah sedar mak pengsan dirumah...semua anak2 diminta balik..dlm pukul 2.00 ptg kami sampai rumah abah..kami org yg pertama sampai..mak kena stroke...terus hantar ke hospital tanjung karang...selepas beberapa check up, tanjung karang hantar mak ke hospital sungai buloh. Kami menjangkakan mak jadi begitu disebabkan tekanan darah yang terlampau tinggi..namun kami dikejutkan dengan satu berita yg tidak dicapai oleh akal..mak mempunyai ketumbuhan dalam otak sebesar buah epal...7x4 cm. Hanya Allah yg tahu apa yg kami semua rasai..dan hanya Allah juga tempat kami memohon. Selain dr ketumbuhan yg besar terdapat juga cecair lain yg perlu dibuang dalam otak mak. Kami redho....kami separuh sedar...tidak boleh bercakap dan badan sebelah kiri mati.
Mengikut teori doktor ini tahap terbaik yg mak ada disebabkan ketumbuhan yg besar itu....pembedahan boleh dilakukan tetapi ketumbuhan tersebut tak mungkin dikeluarkan sume sekali..hanya 50% saja boleh dikeluarkan kerana jika sume dipotong makan 3/4 dr otak mak sudah tiada. Kesan drp pembedahan doktor tidak boleh menjanjikan apa2...cuma keadaan mak sekarang adalah yg terbaik..wlpun melakukan pembedahan. Doktor tidak menjanjikan lbh baik dr itu....Jika pembedahan dibuat..kepala mak akan dipotong penuh...dan ketumbuhan itu akan dihantar ke makmal utk dibuat pengesahan sama ada ianya ketumbuhan biasa atau kanser. Jika kanser..pembedahan susulan terpaksa dilakukan....kami tidak mampu utk berkata dan berfikir..namun secara tidak rasminya kami tidak bersetuju pembedahan terus dilakukan kerana ia tidak menjanjikan apa2. Lumpuh dibadan mak adalah utk selamanya...tidak mungkin akan pulih mengikut teori perubatan..ini disebabkan ketumbuhan yg sangat besar itu. Manusia hanya merancang Allah adalah segalanya...hanya mampu berdoa supaya Allah tunjukkan kami jalan yg terbaik..permudahkan segala perancangan kerana Dia lebih tahu segalanya. Jika ditakdirkan apa pun yang akan berlaku...mohon supaya dipermudahkan dan mendapat yg terbaik. Mohon sama2 berdoa....

No comments: