Wednesday, July 1, 2009

Kembali

Rasanya sudah hampir dua minggu blog ini tidak dikemaskini.....sejak arwah pergi, pelbagai benda yg perlu diselesaikan. Kenduri arwah, pengurusan rumah menuntut masa dan tenaga untuk diselesaikan...dan tanggungjawab sebagai anak dan kakak kepada abah dan adik yg ada perlu diuruskan juga. Selama ni tak penah rasa tanggungjawab menjadi kakak...sbb telah ditakdirkan menjadi anak bongsu yg sentiasa bergantung kepada abg2 dan kakak dr dulu sampai sekarang. Tetapi disini ditakdirkan Allah untuk menjadi kak ngah yg sedikit sebanyak berperanan dalam beberapa hal...tambahan pulak ada seorang adik ipar yg belum berkahwin. Setiap minggu kami akan balik kampung...hinggakan terdengar asfa bertanya....bila nak pegi swimming? bila nak pegi jalan2? bila nak jogging...dan segala mcm rutin harian yg biasa dilakukan dihujung minggu...jawapan yg paling mudah.."kita kena balik kampung...kita kena jaga atuk".
Walaupun pelbagai persoalan yg perlu dijawab asfa terpaksa akur masa hujung minggu akan dihabiskan di kampung bersama atuk. Dalam kepenatan itu....'kerja sekolah' perlu diteruskan....mcm2 benda perlu dibuat. Sekarang phase 1 data collection sepatutnya dah bermula..dengan pilot. Tapi sampai ke hari ni masih belum send kepada seorang responden pun lagi....terlalu banyak beban kerja yg perlu dipikirkan...paper utk international conferences IVIC09 perlukan kerahan otak yg melampau.hingga mendatangkan tekanan. Hanya Dia tempat memohon pertolongan....masa terlalu cepat berlalu..dan dengan masa yg ada perlu dibahagikan mengikut tanggungjawab yg ada sebagai anak, menantu, ibu, isteri, pelajar....dan pendidik. Kadang2 rasa macam tak mampu untuk melaluinya.....tapi inilah kehidupan yg perlu ditempuh.

No comments: