Tuesday, August 25, 2009

H1N1

Peringatan kepada semua..patuhilah arahan Kementerian Kesihatan supaya elakkan diri dari pergi ke tempat public jika tidak ada keperluan. Huhuhu...dah terkena batang hidung sendiri...timbullah kesedaran dan penyesalan yg amat sgt. Itulah dia manusia..sentiasa alpa. Disebabkan pergi ke KL untuk melepaskan tension...akibat dr itu makanya..demam, batuk dan selsema menyerang. Pegi KL hari khamis....jumaat terus kena....ambil ubat kat klinik..sampai hr ni..selasa belum betul2 sembuh. Dugaan betul....dugaan yg datang yg ditempah sendiri. huhuhuhu.............mcm mana tu?
Sebelum ni tak lah sangka yg boleh dijangkiti setakat pergi kl..dan beberapa tempat sahaja...tapi sebaliknya...dah lah mmg jenis immunity rendah....pantang silap mmg akan demam sebelum ni pun....dan dicampur pula dgn udara yg tidak sihat dan virus h1n1 berterbangan..makanya bertambah cepatlah penyakit hinggap dibadan.
Serik pula rasanya nak kuar umah....terasa pulak virus akan datang mengerang (perasaan org sakit agaknya). Sekarang virus tu dah sikit berjangkit pada hubby dan juga asfa ...dorang pun terpaksa makan ubat juga utk prevention. Wlp ini adalah disebabkan kelalaian sendiri..namun perlu diingat juga ini adalah ujian dr pencipta dibulan Ramadhan ini. Semoga kita semua dilindungi, dirahmati dan sembuh dr segala penyakit. Amin.......

No comments: