Saturday, September 12, 2009

Jalan TAR

Semalam balik dr buka puasa kat Felda..tak lalu highway, so lalulah pusat bandar Kuala Lumpur. Agak jem sebab kete banyak dan rasanya sume org kuar shopping. Terlintas gak kat hati teringin nak tgk mcm mana suasana jalan Tar dimusim perayaan..so hubby pun lalu lah ikut jalan Tar...puhh tak tahan jem...wlpun belum sampai ke jalan Tar yg sebenar. Org berniaga disemua kaki lima yg ada..(1st time tgk) dan dibelakang2 bgn seperti biasalah....penuh dgn booth2 yg nampak dr jauh macam-macam ada. Dalam hati ckp..ini kalau dapat singgah merayap syok ni...tapi sel otak yg baik ckp...buat apa nak singgah..dengan sesak dan ramai org..nak cari pasal buat apa, elok2 sihat walafiat..nanti sakit lg susah....dan hati yg sama jugak berkata2...alah kalau ajak hubby singgah pun confirm 120% dia tak nak punya. Sebelum ni pun dia dah ckp....kalau nak ajak dia pi Jalan Tar cr baju melayu dia yg belum dibeli tu..pakai bj lama pun tak kisah...(menunjukkan dia mmg tak nak pegi tempat sesak mcm tu lah tu....). Kadang2 terpikir dan nak tahu jugak....murah sangat ke barang2 yg dijual kat jalan Tar tu? Tak de org yg boleh bg comparison harga diantara jalan Tar dan tempat lain. Selalu bj Melayu sepasang yang dibeli dikomplek PKNS paling tidak rm180-rm200 (kain cantik dan harga dikedai atas). Kat jalan Tar boleh dapat kualiti yg sama dengan harga murah ke? Kalau boleh maknanya itulah sebab berlaku kesesakan. So disebabkan dengan penuh kepastian dan keyakinan hubby tak nak singgah makanya diam dan tgk je lah dr jauh....tu pun tak sempat nak masuk ke jalan Tar betul pun..dah sesak sgt..hubby ikut jalan lain....mcm mana suasana dijalan Tar yg sebenarnya rasanya dah boleh bayanglah dgn kesesakan tu.........apalah yg dorang ni dok beli, tak hbs2 ke shopping ni...gawat tak gawat sama je kot. Oooo...tapi lupa pulak gj gov dah masuk selasa lepas lg rasanya....sbb tu sume org shopping. Dlm ramai2 tu pasti ada yg dah hbs kan duit gj yg sepatutnya dapat ujung bulan ni kan? so nak menunggu gj ujung bulan 10 mcm mana tu???? Jgn sampai tak de makan cukuplah, tapi kaki tangan sokongan dapat rm500 duit raya. Kakitangan bukan sokongan?????Emm....sepatutnya boleh bg kat sume tu sbb harga minyak petrol kan naik, dah boleh cover dah setakat rm500 tu...dan warga felda rm300. Banyak lg budget lebihan tu......macam2 pesen manusia ni...dan macam2 gaya org kat tgh bandar tu...

No comments: