Indahnya hari2 yg dilalui di kampung halaman...tampa memikirkan sebarang kerja yg terbeban, nikmatnya menikmati masakan bonda yg dikasihi...indahnya waktu bersama keluarga tampa kelam kabut sana sini.....dan bahagianya rasa hati menikmati ketenangan hidup dengan fikiran yg kosong. Bila sampai ke Shah Alam...fikiran mula berserabut..terbayangkan kerja yg menanti..aduh seksanya melaui saat2 begini. Sesaknya PLUS masa balik alor setar-shah alam, shah alam-alor setar, sesak lg fikiran sendiri bila ternampak bumbung umah. Jejaknya ke shah alam secara automatik seketul bebanan yg besar menanti, tunggu untuk dipecahkan sikit2...dan bilakah pecahan itu akan hancur sepenuhnya hanya Dia yg maha mengetahui. Kita hanya merancang, berdoa mendapat yg terbaik....tapi hakikat yg akan berlaku belum pasti. Sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan apa yg sepatutnya. Budak sekecil asfa pun dah tahu bosan tgk umi selalu sgt mengadap laptop...selalu complain....bosan lah week days...baba keje...umi pulak asyik buat kerja kat komputer je. Apa boleh buat asfa........dah tanggunjawab umi. Nanti bila besar asfa akan faham....tapi cuti/weekend umi dgn baba layan asfa sepenuhnya kan...so oklah tu.
Hari ni asfa minta tidur umah mama dia sbb nak ikut mama solat terawih kat masjid...disebabkan perjanjian telah dibuat dr last week, makanya terpaksalah ditunaikan. Bila tinggal berdua makan biasanya kat kedai je....dan makan mana yg rasa nak mkn sbb tak payah pikirkan bahagian asfa yg sgt cerewet mknnya. So bila ptg.....hubby dr office dan aku dr umah berjumpa di ani sup utara TTDI. Buffet ramadhan pertama yg kitaorg pegi secara tak dirancang....rm29.90 per head dan mkn boleh lah.....ada satu cerita yg perlu dijadikan ikhtibar. Pg td hubby bg sejumlah duit yg perlu disimpan sbb dia kata bulan puasa bukan nak mkn pun kat office..bw rm50 cukupla....bila nak kuar seperti biasa jarang check duit dlm wallet sbb dah tahu kuar dgn hubby pastilah dia yg bayar..dan nak dijadikan cite..duit yg hubby bg pg td tak dimasukkan dlm wallet..dimasukkan dlm drawer meja study. Bila sampai kat restoran nak bayar buffet yg harganya rm60...br teringat nak check duit...dan teringat pulak mesti duit hubby tak cukup sbb dia dah bg duit dia pg td..dan duit tu ada dlm drawer kat umah. Aduh...mmg panic...dah la dah nak azan dah time tu...sib baik bila buka wallet ada duit rm50...emm....dapat lah bayar buffet tu, kalau tak tak dapat bayangkan mcm mana nak bayar...kredit kad tak bole pakai pulak tu kat situ. Pengajarannya...next time jgn suka letak duit merata2...dan check dulu duit ada dlm wallet ada ke tak sebelum kuar. Yg peliknya...selalu hubby akan simpan je duit dlm wallet dia setakat 2-3 ratus tu...tapi hr ni pulak nak bw rm50 je...itu lah org kata dah nak jadi cite. Dan letak duit merata tempat tu mmg lah...tak dpt dinafikan sentiasa berlaku.....hahahaha. Mcm2 hal...
No comments:
Post a Comment