Raya tahun ni disambut dikuala selangor.....kg hubby, dan ini lah pertama kali raya tampa seorang ibu bg adik beradik hubby.....dan kami sebagai menantu turut merasai kehilangan ibu mertua. Walaupun ketiadaan beliau dirasai dihati masing2..namun tradisi tetap diteruskan seperti arwah masih ada. Seperti biasa..ketupat disediakan dlm seratus biji, rendang ayam 2 ekor dan menu yg paling penting ialah rendang kerang. Tetamu yg datang ke rumah pasti mencari rendang kerang yg dimasak arwah. Jadi disebabkan itu..makanya kami adik beradik berusaha bersungguh2 utk memasak yg terbaik kerana tidak mahu tetamu yg datang serta Abah kecewa dengan ketiadaan rendang kerang...walaupun tiada seorang dr kami yg confident dan menuntut ilmu rendang kerang dr arwah. Selama arwah hidup, kami hanya tolong potong2 apa yg patut...segala campuran diadun oleh arwah. Namun...dengan pengalaman yg ada akhirnya kami berjaya menyediakan apa yg sepatutnya...dan kami agak berpuas hati kerana kebanyakkan tetamu yg datang kata sama seperti arwah masak. Alhamdulillah.........Alfatihah utk arwah.
Raya ke dua ptg balik Kedah...beraya di semua rumah adik beradik...dan doaku untuk arwah bapa tidak pernak ditinggalkan. Semoga ayah berada bersama org2 beriman..dan disyurgamu Ya Allah. Kehilangan agak terasa diwaktu begini...namun sume kami tetap seperti biasa kerana didikan yg telah diberikan menjadikan kami sume kuat menghadapi segalanya. Alhamdulillah. Alfatihah utk arwah juga.....
Raya kami dipanjangkan dengan percutian ke Pulau Langkawi...tiada yg menarik diLangkawi (mungkin sbb dah biasa sgt)..........tapi yg pasti coklate, pinggan mangkuk dan periuk mmg berbaloi beli. Sempat juga beli pressure cooker.....senang sikit nak masak daging lepas ni. Asfa tak takut pun naik bot...malahan dia amat suka bila ombak besar datang. Bila laut kembali tenang dia akan boring dan tido.........asfa....asfa....sume benda nak yg mencabar saja.
Sekarang puasa 6 berlangsung...dan bila raya 6 akan disambut? Bila habis puasa..........weekend terpaksa berbuka puasa sbb open house sgtlah banyak....tetamu yg datang juga perlu diraikan...dan jemputan juga perlu dipenuhi. Tahun ni tiada open house..kerana setiap hr rumah kami sentiasa open utk sesiapa saja yg nak dtg...rasanya setiap ujung minggu dah ada tempahan dr kawan2 yg akan dtg beraya dirumah...makanya tahun ni 8 kali lah open house. So kepada sesiapa yg nak dtg umah..silakan lah dtg....cuma bgtau sehari sebelum sepaya kitaorg boleh bersedia utk tidak keluar. Selamat berada dibulan Syawal.
No comments:
Post a Comment