Ahad 17 hb birthday asfa...isnin belikan kek dan mkn hantar ke sekolah dia. Kawan nyanyikan lagu birthday..dia tiup lilin dll..dia hapi. Tapi ada benda yg sgt menyedihkan...kek yg dibeli, coklat indulgence cikgu tak potong bg kat kawan2..hanya dia dan cikgu je mkn. Padahalnya pinggan sume dah provided...kalau kata cikgu malas nak bsh pinggan pun..pakai buang je benda tu. Kami beranggapan baik..dgn harapan cikgu bg hr berikut kpd sume kawan2 dia kek tu...tapi next day pun cikgu tak kasi...apa yg cikgu buat dgn kek tu? larat ke mkn besar tu........bw balik? Kami sedekahkan mkn utk budak2..wlpun apa pun cikgu kena amanah bg kek tu pd budak. coklat indulgence tu mmg lembut atas dia, adakah sbb kek tu lembut...tak leh potong? mustahil.....cikgu2 tu tak penah mkn ke kek coklat indulgence tu? mmg mcm tu..tak de mananya lembik...pasti boleh potong. Bila diingatkan rasa sedih sgt...sbb asfa ckp kawan nak kek tu, tapi cikgu tak kasi..bayangkan asfa ditempat kawan....sian sgt2. Geram pun ada sebenarnya...marah pun ada..ntah lah. mungkin bukan rezeki budak2 tu...........but baba said " rasanya asfa tak sesuai berada di sek yg environmentnya mcm tu.......tidak amanah, malas dan kedekut". Ntahlah..mcm2 manusia dlm dunia ni kan..kalau pendidik yg mendidik anak2 pun etikanya tidak seberapa.....apa akan jd pd anak2 kita.....
Wednesday, January 20, 2010
Friday, January 8, 2010
Hari ke 4 dan demam...
Hari keempat sekolah asfa makan biskut lagi....dan seperti hari2 sebelumnya..dia tak makan bekal yg dibawa. Reason..dia takut cikgu marah...Dan ptg semalam amik dia...dia demam..sian. Malam tadi badan panas yg agak tinggi sampai terpaksa masuk ubat demam ikut punggung. Hari ni asfa tak pi sekolah.....harap tak melarat lah sampai minggu depan. Tapi semangat untuk pergi sekolah tinggi..cuma kami yang tak sampai hati tgk muka..pusat..bgn pun tak larat.
Thursday, January 7, 2010
Asfa dan school
Hari ni masuk hari ke 4 asfa menjalani kehidupan dia sebagai student. Hari ni rasanya tak de lg nak pegi tgk dia dr jauh..rasanya dia boleh handle diri dia sendiri. Ist day tak de masalah....2nd day..van tak amik dia..3th day ok...dan harapkan hari ni dan seterusnya pun ok jugak. Semalam dia sibuk ckp dia boring pi sekolah sbb asyik duduk je..tak de buku..tak belajar. Aduh....lepas tu apa yg tearher ajar sume dia dah tahu....ajar baca doa naik kenderaan...pun dia dah tahu. So kat umah dia balik dia ckp...tearher asyik ajar benda yg sume asfa dah tahu..boring la umi. Jadinya kami pun serba salah nak jawab apa. Kitaorg cuma ckp dgn dia...this wk mmg tak belajar...asfa ikut je apa yg cikgu suruh k....Dan yg paling sedih sekali....dah 2 hr dia kelaparan. 2nd day...tearcher bg biskut tiger sorang sekeping je...asfa lapar lg..tapi cikgu kata boleh amik satu je....Sayunya hati dengar. Padahal dah bekalkan mkn lain kat dia...dia takut cikgu marah dia mkn bekal..Sian. 3th day.....lapar juga..cikgu bg biskut lg...siannya..tak tahan dengar...dlm hati Tuhan je tahu, nangis rasanya..tapi depan dia...ckplah kat school mmg mcm tu..tak boleh mkn banyak..sbb mkn kena share..kawan kan ramai..3th day makan biskut 3-4 keping, biskut kosong...asfa makan 4 umi..asfa lapar. Aduh....tak makan bekal jugak hr ni sbbnya lupa dan takut cikgu marah juga. Padahal kalau ikutkan asfa bukan budak yg pemakan..sgt cerewet mknnya..tapi agaknya sebab kawan ramai2 tu yg menyebabkan dia nak mkn. Tapi mkn pulak dikawal...bekal yg diberi takut pulak nak makan..mcm2 lah asfa ni...Tapi biarkan dia belajar mcm mana rasa tak de makanan dan kelaparan....selalu kat umah puas kena paksa nak makan...
Wednesday, January 6, 2010
2010....
Dah lama rasanya tak menulis di blog ni...ending 2009 sgt lah sibuk dgn macam2 hal...dan kedatangan 2010 juga diiringi dengan kesibukan. Tahun ni tahun terakhir perjuangan....dan macam yg terpaksa ditempuh. Semoga tahun 2010 ni menjadikan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. 4hb 1st day asfa sekolah..alhamdulillah dia tak de masalah..pandai bawa diri sendiri dan menyesuaikan diri dgn keadaan....wlpun dikelilingi budak yg nangis..dia bertahan tak menangis. Syukur...anak umi kuat.
Cuma masalah transport sahaja...2nd day van tak dtg amik dia...1st day kitaorg amik dan hantar. Van tu terlalu ramai student...dan pemandu van tak tahu mana yg dah amik..mana yg tak. Frust betul...kitaorg mmg tak col..sbb nak tgk sejauh mana tanggungjawab dia pada budak2 tu...Segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya....disebabkan asfa tak diamik vanlah..makanya dia mendapat van yg lebih selesa. Bila tgk pemandu van pertama tidak bertanggungjawab dgn kerja dia, kami mengambil keputusan utk mencarai alternatif lain. Akhirnya asfa naik van lain yg lebih selesa....pagi2 hubby hantar dia ke school...balik sahaja naik van. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....
Terasa penat juga menguruskan anak sekolah.....ada pelbagai task baru yg bertambah...but again hikmahnya ialah..off hour bermula awal..seawal 7.30 pg..sesudah asfa kesekolah.
Dihari pertama persekolahan..mcm2 perangi mak bapa yg kami dpt tgk....anak2 tak nangis tapi mak ayah yg lebih2....sampai mengganggu kerja guru2. Aduh pening..........inikah dia mentality org bandar??????????? Selagi ada ruang di tingkap dan pintu selagi tu lah nak tunggu dan tengok anak......cakap untuk melatih anak berdikari..tapi perbuatan tak melambangkan percakapan...dan yg lebih menyakitkan hati .......bila menyusahkan urusan guru2 nak buat kerja diaorg. Kalau itulah sikap mak bapa dizaman sekarang......tidak mustahil dan mmg akan terhasillah generasi yang tidak boleh berdikari.........sbb tu lah melayu selalu perlukan pertolongan. Fikirkanlah...........
Subscribe to:
Posts (Atom)