Wednesday, January 6, 2010

2010....

Dah lama rasanya tak menulis di blog ni...ending 2009 sgt lah sibuk dgn macam2 hal...dan kedatangan 2010 juga diiringi dengan kesibukan. Tahun ni tahun terakhir perjuangan....dan macam yg terpaksa ditempuh. Semoga tahun 2010 ni menjadikan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. 4hb 1st day asfa sekolah..alhamdulillah dia tak de masalah..pandai bawa diri sendiri dan menyesuaikan diri dgn keadaan....wlpun dikelilingi budak yg nangis..dia bertahan tak menangis. Syukur...anak umi kuat.
Cuma masalah transport sahaja...2nd day van tak dtg amik dia...1st day kitaorg amik dan hantar. Van tu terlalu ramai student...dan pemandu van tak tahu mana yg dah amik..mana yg tak. Frust betul...kitaorg mmg tak col..sbb nak tgk sejauh mana tanggungjawab dia pada budak2 tu...Segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya....disebabkan asfa tak diamik vanlah..makanya dia mendapat van yg lebih selesa. Bila tgk pemandu van pertama tidak bertanggungjawab dgn kerja dia, kami mengambil keputusan utk mencarai alternatif lain. Akhirnya asfa naik van lain yg lebih selesa....pagi2 hubby hantar dia ke school...balik sahaja naik van. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....
Terasa penat juga menguruskan anak sekolah.....ada pelbagai task baru yg bertambah...but again hikmahnya ialah..off hour bermula awal..seawal 7.30 pg..sesudah asfa kesekolah.
Dihari pertama persekolahan..mcm2 perangi mak bapa yg kami dpt tgk....anak2 tak nangis tapi mak ayah yg lebih2....sampai mengganggu kerja guru2. Aduh pening..........inikah dia mentality org bandar??????????? Selagi ada ruang di tingkap dan pintu selagi tu lah nak tunggu dan tengok anak......cakap untuk melatih anak berdikari..tapi perbuatan tak melambangkan percakapan...dan yg lebih menyakitkan hati .......bila menyusahkan urusan guru2 nak buat kerja diaorg. Kalau itulah sikap mak bapa dizaman sekarang......tidak mustahil dan mmg akan terhasillah generasi yang tidak boleh berdikari.........sbb tu lah melayu selalu perlukan pertolongan. Fikirkanlah...........

No comments: