Monday, June 14, 2010

Perjalanan phd...dan lain2 pejalanan

12 hb..merupakan tarikh kenduri abah di kuala selangor, 9hb nikah dipenang..dan minggu depan 19hb adalah genap setahun arwah mak mertua meninggal. Sepanjang 2 tahun setengah mengharungi perjalanan phd ni..terdapat juga perjalanan lain yg mengiringi. Ini sume perjalanan kehidupan yg tidak dapat dielakkan. Apa yg penting setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya dan hanya Allah yg Maha Mengetahui apakah hikmah disebalik setiap kejadian tersebut. Didoakan semoga abah kekal bahagia hingga akhir hayat...buat masa ni segalanya seperti berjalan lancar. Alhamdulillah.
Masih agak gentar dgn output sem...CFI dan TLI masih sisi2 untuk mendapat nilai 'good'. p value masih terlalu jauh untuk dikejar..namun demikian byrne 2009 menyatakan untuk sample size yg banyak mcm my case mmg sukar untuk mendapat p value >0.05 dan ianya dinyatakan tidak mengapa jika tidak mencapai value tersebut.
Proses penulisan chapter satu masih diawangan..banyak sgt benda nak fokus..minggu ni ada ITSIM 2010, KLCC...asfa pulak dirumah kerana mama bercuti. So sume faktor2 tersebut menyebabkan fokus menulis langsung tidak ada. Hari ni pulak kemungkinan besar kakak akan dtg rumah..emm alahai cuti sekolah. Inilah masa org dtg umah membawa rezeki dan rahmat....pd masa yg sama teringin sgt nak makan laksa masak sendiri....rasa mcm tak boleh tahan dah nak makan...sedapnya. Tapi terdaya ke nak membuatnya...hubby pulak outstation ke johor. Tak de sapa nak tolong buang tulang ikan....so maksudnya.....

No comments: