Friday, October 29, 2010

7 months...

Semalam check up....minggu ni dah masuk 7 bulan. Berat dah makin bertambah..baby dah makin besar hinggakan ketulan fibroid yg besar dah tak dpt dilihat lagi kerana dilindungi sepenuhnya oleh pembesaran baby. Cuma yang boleh nampak hanya fibroid yang bersaiz kecik sahaja. Saiz fibroid makin grow up seperti yang dijangkakan....tapi buat masa ni still under control dan tidak mengganggu baby. Itu yang penting.........
Tahap kesihatan pun rasanya makin bertambah baik...mungkin sbb sebelum ni dah merasai mcm2 penyakit..so sekarang setakat merasainya sikit2 dah jd perkara biasa. Itulah hikmahnya....
Sekarang tengah susah hati dgn thesis....masa makin berjalan. Ada date yg nak dikejar...wlpun dlm keadaan apa sekalipun. Otak ligat berputar untuk selesaikan segalanya.....dan hanya Allah yang dapat membantu dan memberi yg terbaik. Kadang2 rasa mcm tak termampu utk hadapi segalanya..tapi bila dipikirkan balik..itulah value yg akan dibawa nanti untuk menjadi seorang pendidik. Kalau sume benda boleh dapat dgn mudah...bila saat kesusahan dilalui pasti tak mampu untuk menempuhnya. Bukan mudah untuk mendapatkan satu kejayaan...............

No comments: