Friday, December 17, 2010

check up...35 weeks

Semalam merupakan pregnancy check up yg agak dihujung2...lepas ni mungkin ada lg 1 atau 2 check up sebelum deliver. Alhamdulillah baby sihat...wlpun ibunya tak sihat, selsema..batuk dan demam. Kami masih belum membuat sebarang keputusan mengenai method kelahiran....tetapi kemungkinan besar cara 'pembedahan dipilih'. Mengikut kedudukan baby...membolehkan bersalin secara normal....tapi naluri aku sangat berat untuk mencuba. Kenapa? Aku sendiri tidak pasti..mungkin kerana tiada pengalaman bersalin normal...takut sakit atau mungkin juga takut pd risiko fibroid. O&G minta untuk membuat keputusan pada next check up..31 disember 2010..hari terakhir ditahun ini. Walaupun rasanya keputusan dah ada...tp tak pelah kita tunggu hari yg seterusnya.
Buat masa ni..ini semua tidak merisaukan aku sikit pun kerana aku lebih risaukan thesis yg belum siap ditulis. Target untuk hantar draf kepada supervisor sebelum bersalin entah tercapai entah tidak. Dengan badan yg tidak sihat dan situasi diakhir2 kandungan sangat mencabar semangat yg ada...hanya Allah yg tahu apa yg terbaik untuk aku..dan pasti segalanya telah ditentukan. Aku hanya mampu berdoa..supaya segala yg dirancang berjalan lancar..Ya Allah bantulah hambamu...amin

No comments: