Friday, July 22, 2011

Saigon....1st trip for this year

Ho chin minh city atau lebih terkenal dengan nama saigon adalah salah satu tempat orang malaysia melaburkan duit untuk membeli belah. Saigon juga seperti bandung mempunyai regular visitor yang sering berulang alik atas urusan perniagaan atau perlancongan. Tapi buat masa ini difahamkan product vietnam yang dibawa masuk ke malaysia sudah tepu, dalam erti kata lain ramai sangat orang yang berniaga benda yang sama.Trip kami ke saigon bukan untuk berniaga cuma untuk melancong dan melihat keindahan dunia yang Allah ciptakan. Mungkin disana terbuka pula hati utk menjadi usahawan ...itu hanya Dia yang lebih mengetahui. Basically, kami akan bertolak isnin pagi flight pukul 9.10am. Semoga perjalanan kami diberkati dan dijauhi dari sebarang perkara yang tidak disenangi. Untuk tahun ni, ini adalah trip keluarga pertama. Dalam catatan perancangan kami, setiap tahun kami hanya target 2 negara untuk dilawati...(wlpun kadang-kadang terlebih disebabkan terpengaruh dengan tambang murah AA). Tahun ni trip kami bermula agak lewat second half of the year sbb anas masih kecil dan kebetulan anas dilahirkan pada bulan Jan 2011, jadi susah nak handle dia klu terlalu kecil. Insyaallah ujung tahun kami akan ada lg family trip. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin.
Catatan perjalanan saigon akan ditulis selepas balik nanti...tunggu...

Thursday, July 7, 2011

Dugaan phd lagi


Bila bercerita soal dugaan phd, banyak benda yang nak dikatakan. Sepanjang perjalanan mengharungi dugaan ini yg bermula sejak 2008, tak banyak benda dan dugaan ditempuh diawalnya. Perjalanan phd berjalan lancar tampa sebarang kesulitan besar yang tidak disimpan dlm ingatan. Kajian secara keseluruhan dihabiskan dalam masa 2 tahun. Dan dalam jangka masa tersebut semua kajian yang diperlukan dapat dihabiskan dengan jayanya hingga tinggal kurang dari 5% dan juga berbaki penulisan thesis. Hinggakan penyelia sendiri yg meletakkan harapan akan viva dalam masa 3 tahun. Namun Allah maha adil, setiap yang hidup pasti diuji dan ujian bermula dengan tahap kesihatan yang agak kritikal semasa mengandungkan anas bulan april 2010. Hampir 10 bulan kerja kerja phd secara umum tidak bergerak dan setelah kelahiran anas Allah berikan ruang untuk berusaha menyiapkan penulisan thesis dan ianya berakhir dalam masa yang dijangkakan. Namun begitu sekarang sekali lg Allah uji dengan pelbagai perkara yang melibatkan thesis. Kesibukkan penyelia merupakan punca utama thesis tidak dapat dihantar lg. Hanya Allah yg tahu betapa kecewanya kerana terpaksa menunggu begitu dalam dalam proses pembaikan dan penilaian thesis. Tapi apa yg mampu dilakukan ialah berdoa semoga penyelia tidak sibuk dan dibukakan pintu hati untuk selesaikan pembacaan thesis. Bila kerja kita melibatkan org lain, kita tak mampu menyukat masa yg diperlukan. Secepat mana kita..sehandal mana kita dalam kajian yang dijalankan ianya akan tersangkut bila melibatkan org2 sekeliling dimana suka atau tidak kita perlu melalui mereka. Tak ada org yang mampu membantu dalam keadaan begini. Kita tidak mempu menghalang kesibukkan penyelia kita......apa yg mampu adalah berharap dan berdoa semoga Allah membantu kita. Tapi sebagai manusia.....kkdg kita lupa utk tawakal dan berserah kepadanya 100%. Hati kita pasti berdetik dan selalu terkeluar persoalan kenapa dan kenapa......Sama-sama kita belajar dan mendidik hati kita supaya bertawakal dan berkeyakinan penuh padaNya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Bersawang

Rasanya dah lama sangat tak update blog ni. Bukan tak de benda yang berlaku yang perlu diupdate tapi kemalasan, kesibukan dan tekanan menyebabkan blog ini menyepi terlalu lama. Pelbagai benda yang bersarang difikiran hingga tak mampu untuk menulis satu pun. Sekarang pun masih bersarang. Klu dapat dilihat apa yg ada dlm fikiran, hati dan perasaan pasti seperti umah yang sangat bersepah. Berterabur barang disana sini. Itulah situasi yg dapat digambarkan apa yang ada dlm jiwa. Kadang2 bila sampai satu tahap tekanan yg kritikal kita mula pasrah tampa usaha. Itulah yg berlaku sekarang. Namun setiap hari bila mata terbuka segala mcm yang hilang diwaktu tidur akan kembali bersarang di jiwa dan fikiran. Dalam keadaan begini keraplah kita memohon pertolongan dr yang Maha Berkuasa.