Ho chin minh city atau lebih terkenal dengan nama saigon adalah salah satu tempat orang malaysia melaburkan duit untuk membeli belah. Saigon juga seperti bandung mempunyai regular visitor yang sering berulang alik atas urusan perniagaan atau perlancongan. Tapi buat masa ini difahamkan product vietnam yang dibawa masuk ke malaysia sudah tepu, dalam erti kata lain ramai sangat orang yang berniaga benda yang sama.Trip kami ke saigon bukan untuk berniaga cuma untuk melancong dan melihat keindahan dunia yang Allah ciptakan. Mungkin disana terbuka pula hati utk menjadi usahawan ...itu hanya Dia yang lebih mengetahui. Basically, kami akan bertolak isnin pagi flight pukul 9.10am. Semoga perjalanan kami diberkati dan dijauhi dari sebarang perkara yang tidak disenangi. Untuk tahun ni, ini adalah trip keluarga pertama. Dalam catatan perancangan kami, setiap tahun kami hanya target 2 negara untuk dilawati...(wlpun kadang-kadang terlebih disebabkan terpengaruh dengan tambang murah AA). Tahun ni trip kami bermula agak lewat second half of the year sbb anas masih kecil dan kebetulan anas dilahirkan pada bulan Jan 2011, jadi susah nak handle dia klu terlalu kecil. Insyaallah ujung tahun kami akan ada lg family trip. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin.
Catatan perjalanan saigon akan ditulis selepas balik nanti...tunggu...
No comments:
Post a Comment