Friday, November 25, 2011

Konvo Asfa


Pada 17 11 asfa konvo...convocation dikumpulkan untuk semua pelajar taski ABIM shah alam dan dilalsanakan di satu tempat ...iaitu dewan di seksyen 24 shah alam. Asfa diberi pelaung untuk membuat persembahan pidato. Taski abim adalah islamic pre-scholl so tak de konsert seperti tadika2 lain. Yang ada adalah persembahan berbentuk islamic...alhamdulilah. Pada hari tersebut asfa membuat persembahan pidato bertajuk Jasa Guru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...walaupun dia pernah menangis sbb banyak sgt benda nak hafal. Kami tidak pernah memaksa dia...dia yg bersemangat utk masuk. Jadi dia kena terima kesusahan tersebut. 2 minggu sebelum hari convocation...asfa ada peperiksaan da n interview untuk pemilihan pelajar cemerlang shah alam.....utk stage ni pun kami masih let go dia buat apa yg dia suka...maksudnya tak de suruh dia belajar beria2 pun sblum exam. Dia rasa nak study..dia study..nak main ..maka mainlah dia. Kami tidak meletakkan sebarang harapn pun pada dia. Tapi kami tahu cikgu meletakkan harapan tinggi dan cikgu target dia akan lepas exam tersebut. Hampir 30 org yang menduduki exam tersebut. Pemilihan akan dibuat utk 3 pelajar cemerlang sahaja dan utk pelajar terbaik markah mesti melebihi 80% keatas. Ikut kata cikgu exam sgt susah...sume subjek ada..termasuk bc quran, bc jawi dan bahasa arab...selain subjek2 biasa seperti bm, math, sains, english, solat dan beberapa subjek lg yg dah nak ingat nak cite kat sini. Apabila result keluar...cikgu bgtau asfa kurang satu markah sahaja untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang..cikgu agak frust sbb tiada wakil pelajar cemerlang dari TTDI. Kami sebagai ibu bapa biasa je..nothing to worried sbb pada kami anugerah itu tak menunjukkan apa2 pun buat masa ni. Dia hanya terpilih untuk pelajar terbaik sahaja. Tapi kami bangga juga dgn dia sbb berjaya melayakkan dia terpilih dalam 12 orang dari 30 calon yg menduduki peperiksaaan. Tapi lebih membanggakan lagi walaupun asfa tak menjadi pelajar cemerlang, tapi dia berjaya melepasi ujian utk masuk sekolah integrasi dimana 3 org pelajar cemerlang tersebut pergi juga interview sekolah integrasi tapi tidak berjaya untuk masuk. Maksudnya disini....asfa dapat buktikan yg dia mampu lebih baik dari 3 org pelajar cemerlang yg dipilih masa convocation. Ini mungkin disbbkan cikgu sekolah masing2 fokus terhadap exam pelajar cemerlang tersebut. Tapi bila tiba exam dari kementerian....yang tidak mempunyai soalan bocor ......mereka tertewas. Cerita ini bukan bertujuan utk berbangga diri ...tidak sama sekali. Cuma kesimpulan ceritanya nak bgtau, bahawa belajar tu tak perlu utk exam sahaja.....sentiasa belajar dan berusaha serta berdoa bila2 masa shj....dan dgn sume tu kita akan diberikan Allah rezeki mengikut usaha kita.
Untuk memasuki sekolah rendah agama integrasi (SRAI) pelajar umur 6 tahun perlu jalani peperiksaan. Hari tu lebih hampir 500 org pelajar menduduki exam utk masuk SRAI. Pemilihan hanya 200....dan alhamdulillah asfa berjaya melayakkan diri utk masuk...tampa bantu dan pertolongan mana2 KRONI atau KABEL atau apa saja istilah yg sesuai. Dia masuk dgn cara bersih atas usaha dia sendiri..alhamdulillah. Keputusan UPSR SRAI sgt baik....tahun ni hampir 200 orang mendapat 5A dlm upsr. Semoga asfa lebih berdaya saing dgn persekitaran sekolah terebut....kami tidak mengharapkan dia menjadi ulat buku kerana kami bukan ulat buku, namun kami harapkan dia mampu bersaing untuk menjadi terbaik. Amin....Ya Allah jadilah asfa anak yg berjaya dunia akhirat..bimbinglah dia kejalan yg diredhoimu Ya Allah....jadikan dia seseorang umatmu yang terbaik. Amin...
sapa yang nak tgk video pidato asfa boleh layari http://www.facebook.com/profile.php?id=1563387134.

Bibik


Dah lama tak update entry..hari ni cerita lain sikit but still in kehidupan. Ramai org bertanya mcm mana helper yang kita org amik selalu tak pernah ada masalah. Kalau berhenti pun sbb balik ke kampung halaman mereka kerana sudah cukup tempoh berada dengan kami. Istilah bermasalah disini adalah seperti kebanykkan helper lain yg lari, mencuri, buat kerja tak bgs, buat hal yg pelbagai2 yang kalau disenaraikan akan penuh entry kali ni. Tapi seperti biasa tak ada manusia yang sempurna....sikit sebanyak kekurangan pasti ada...tapi ia dapat dilitupi dengan kepuasan hati pada kerja2 yang dilakukan sudah cukup mamadai. Helper kami semuanya dr indonesia yg terdahulu mahupun yang ada sekarang. Buat masa ni Alhamdulillah 85% keatas memenuhi apa yg kami perlukan. Alhamdulillah...Helper yg ada sekarang ni pun dah nak balik bulan 12 ni....dan kebetulan kami juga sudah tidak memerlukan bibik lagi rasanya. Sebab utama ialah asf adan anas akan dijaga oleh mama (mama angkat asfa) yang sangat baik hati dan sgt sempurna penjagaannya sepanjang 5 tahun asfa dijaga olehnya. Dalam tempoh 5 tahun tersebut tidak pernah asfa jatuh yang teruk...hanya sekali jatuh luka dilututnya. Begitulah prihatinnya mama menjaga asfa...dan kebetulan mama ni mmg tak mahu menjaga anak org. Tapi asfa dan anas dia nak jaga. Rezeki mereka. So disbbkan asfa kan bersekolah darjah 1 di sek agama integrasi seksyen 19 shah alam...maka mama akan mengambil alih tugas bibik beserta dgn anas. Alhamdulillah...lebih mudah dan senang hati utk tinggal mereka bersama mama yg sudah tentu kami percaya 200%. Kalau dengan bibik % kepercayaan sukar digambarkan. Walau baik mcm mana dia km tetap tak percayakan helper=org luar. Namun begitu sgt bersyukur kerana helper yg pernah ada selama ni tak pernah buat hal. Kalau tukar sbb mereka balik sahaja. ok balik kepada persoalan td...mcm mana nak cari helper yg tidak bermasalah. Tidak susah sebenarnya...penyataan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, tiada kena mengena dgn org lain. Perkara utama yg perlu dilakukan apabila hendak ambil helper adalah solat istikharah....terutama apabila agen dah bgtau yg helper kita dah sampai. Buatlah solat istikharah supaya Allah bantu kita. Mohon padaNya berikan dan tunjjukkan yg terbaik. Kalau segala urusan dipermudahkan maksudnya itulah yg terbaik utk kita. Selain dr itu, sepanjang helper berada di rumah...jgn lupa untuk berdoa mohon pertolongan Allah supaya Allah lembutkan hatinya, supaya dia lakukan tugasnya dgn baik, jgn dia lakukan perkara yang tidak elok dll. Setiap apa yg kita nak dr helper kita jgn lupa kita mohon dari Allah. Mohon dan terus memohon hingga mana sekalipun...hingga helper kita tamat tempuhnya. Jgn tinggalkan kebergantungan kepada Allah kerana hanya dia yg boleh membentuk hati helper kita supaya dia menjadi baik. Berdoa dan terus berdoa. Selain dari tu, sedaya yg mungkin jgn jadikan helper kita hamba. Jadikan di Pembantu sahaja..maksud pembantu hanyalah membantu...bukan dia yg buat sume kerja2 kita. Saya walaupun ada helper...sume kerja saya buat kecuali...menyental baju sekolah asfa dan menyental bilik air. Selainnya saya tolong dia klu dia tak sempat sbb keutamaan saya dalah menjaga anak. Kerja rumah saya boleh setlekan. Saya bgn sewal 5.30 pg utk memasak kalau saya akan kuar rumah diawal pg. Sbelum saya kuar rumah saya kan pastikan helper saya tidak ditinggal dgn sebarang kerja kecuali menjaga anas. Ramai org berkata pada saya..klu mcm tu baik tak payah ada maid....Jawapan saya mudah: saya mahu kesempurnaan pada anak2 saya....biar saya susah asalkan anak saya dijaga dgn sempurna. Jgn ada calar walapun sikit. Jadi saya perlu berkorban. Menyemas, menyapu, mengemop, membasuh, menyidai baju dan lain2 kerja saya akan pastikan selesai sblum saya kuar. Kalau dia tak sempat saya akan buat..kkdg saya bgn awal dr helper saya. Itualah konsep yg saya lakukan dirumah yang disbbkan helper saya tidak banyak kerja lah dia kekal dirumah ini hinggakan tidak pernah mahu bercuti wlpun saya sentiasa offer dia utk cuti. Itu antara tips utama yg boleh saya kongsi...implementkan ..insyaallah berjaya. Selain dari tips yang kecil2 perkara seperti tidak berkira...jgn marah2.dan lain2 yg mungkin boleh didapati maklumatnya melalui org lain. Semoga mendapat manafaat...
Our maid...dihari raya 2011...baju rayanya kami beli di vietnam dan tudangnya saya beli di Ariani..... :)