Friday, November 25, 2011

Konvo Asfa


Pada 17 11 asfa konvo...convocation dikumpulkan untuk semua pelajar taski ABIM shah alam dan dilalsanakan di satu tempat ...iaitu dewan di seksyen 24 shah alam. Asfa diberi pelaung untuk membuat persembahan pidato. Taski abim adalah islamic pre-scholl so tak de konsert seperti tadika2 lain. Yang ada adalah persembahan berbentuk islamic...alhamdulilah. Pada hari tersebut asfa membuat persembahan pidato bertajuk Jasa Guru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...walaupun dia pernah menangis sbb banyak sgt benda nak hafal. Kami tidak pernah memaksa dia...dia yg bersemangat utk masuk. Jadi dia kena terima kesusahan tersebut. 2 minggu sebelum hari convocation...asfa ada peperiksaan da n interview untuk pemilihan pelajar cemerlang shah alam.....utk stage ni pun kami masih let go dia buat apa yg dia suka...maksudnya tak de suruh dia belajar beria2 pun sblum exam. Dia rasa nak study..dia study..nak main ..maka mainlah dia. Kami tidak meletakkan sebarang harapn pun pada dia. Tapi kami tahu cikgu meletakkan harapan tinggi dan cikgu target dia akan lepas exam tersebut. Hampir 30 org yang menduduki exam tersebut. Pemilihan akan dibuat utk 3 pelajar cemerlang sahaja dan utk pelajar terbaik markah mesti melebihi 80% keatas. Ikut kata cikgu exam sgt susah...sume subjek ada..termasuk bc quran, bc jawi dan bahasa arab...selain subjek2 biasa seperti bm, math, sains, english, solat dan beberapa subjek lg yg dah nak ingat nak cite kat sini. Apabila result keluar...cikgu bgtau asfa kurang satu markah sahaja untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang..cikgu agak frust sbb tiada wakil pelajar cemerlang dari TTDI. Kami sebagai ibu bapa biasa je..nothing to worried sbb pada kami anugerah itu tak menunjukkan apa2 pun buat masa ni. Dia hanya terpilih untuk pelajar terbaik sahaja. Tapi kami bangga juga dgn dia sbb berjaya melayakkan dia terpilih dalam 12 orang dari 30 calon yg menduduki peperiksaaan. Tapi lebih membanggakan lagi walaupun asfa tak menjadi pelajar cemerlang, tapi dia berjaya melepasi ujian utk masuk sekolah integrasi dimana 3 org pelajar cemerlang tersebut pergi juga interview sekolah integrasi tapi tidak berjaya untuk masuk. Maksudnya disini....asfa dapat buktikan yg dia mampu lebih baik dari 3 org pelajar cemerlang yg dipilih masa convocation. Ini mungkin disbbkan cikgu sekolah masing2 fokus terhadap exam pelajar cemerlang tersebut. Tapi bila tiba exam dari kementerian....yang tidak mempunyai soalan bocor ......mereka tertewas. Cerita ini bukan bertujuan utk berbangga diri ...tidak sama sekali. Cuma kesimpulan ceritanya nak bgtau, bahawa belajar tu tak perlu utk exam sahaja.....sentiasa belajar dan berusaha serta berdoa bila2 masa shj....dan dgn sume tu kita akan diberikan Allah rezeki mengikut usaha kita.
Untuk memasuki sekolah rendah agama integrasi (SRAI) pelajar umur 6 tahun perlu jalani peperiksaan. Hari tu lebih hampir 500 org pelajar menduduki exam utk masuk SRAI. Pemilihan hanya 200....dan alhamdulillah asfa berjaya melayakkan diri utk masuk...tampa bantu dan pertolongan mana2 KRONI atau KABEL atau apa saja istilah yg sesuai. Dia masuk dgn cara bersih atas usaha dia sendiri..alhamdulillah. Keputusan UPSR SRAI sgt baik....tahun ni hampir 200 orang mendapat 5A dlm upsr. Semoga asfa lebih berdaya saing dgn persekitaran sekolah terebut....kami tidak mengharapkan dia menjadi ulat buku kerana kami bukan ulat buku, namun kami harapkan dia mampu bersaing untuk menjadi terbaik. Amin....Ya Allah jadilah asfa anak yg berjaya dunia akhirat..bimbinglah dia kejalan yg diredhoimu Ya Allah....jadikan dia seseorang umatmu yang terbaik. Amin...
sapa yang nak tgk video pidato asfa boleh layari http://www.facebook.com/profile.php?id=1563387134.

No comments: