Friday, December 25, 2015

Ujian dan Dugaan hidup....

              Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam                                                                 keatas Nabi Muhammad SAW

Kehidupan yg dilalui tidak selalunya indah. Kadang-kadang hidup kita diuji dengan pelbagai cara sebagai tanda Allah sayangkan kita dan juga sebagai tanda kita berada dlm lingkungan hamba yang sedang diperhatikan. Cuti sempena Christmas dan New Year Celebration di Scotland sangat panjang. Anak-anak bercuti melebihi 2 minggu. Cuti kali ni kami tidak merancang untuk berjalan kerana kami semua baru balik dari London 2 minggu lepas sempena meraikan kedatangan saudara mara dari Malaysia.

Cuti banyak dihabiskan dirumah. Dan semalam membawa anak2 melihat sambutan meriah sempena Christmas di city of Edinburgh. Cantik hiasan mereka sempena Christmas semeriah kita menyambut raya aidilfitri di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik sempena Christmas disediakan seperti taman tema permainan yg sementara, gerai2 makanan yg banyak wujud di Princess Street. Sifat anak2 memang tidak berubah...mereka adalah mereka dengan apa yg telah kita bentuk dan apa yang telah mereka lalui. Kesenangan kehidupan di Malaysia sedikit sebanyak membentuk peribadi Asfa dan Anas dimana mereka tidak pernah merasa susah dan sentiasa dapat apa yg dihajati. 

Bila kehidupan sedikit berubah di bumi Scotland, Alhamdullillah mereka masih mampu harungi. Kekangan sumber kewangan berada di bumi Scotland demi menyokong baba untuk teruskan perjuangan dlm Phd turut dirasai oleh mereka. Kalau dulu di Malaysia, bila2 masa ajak untuk ke theme park atau waterpark...sentiasa dipenuhi kehendak mereka sama ada jauh mahupun dekat. Theme Park dan waterpark seluruh malaysia dijajah malahan luar malaysia juga dijajah. Namun bila berada dibumi Scotland, kadang2 permintaan tu tak dapat dipenuhi dengan pelbagai kekangan yg ada. Sebagai ibu, jujurnya terasa hati amat sedih walaupun tidak digambarka didepan anak2. Didepan anak2 kita terpaksa menjadi setabah yang boleh untuk mengajar mereka tabah, menerima seadaannya keputusan kita dan mengikut percaturan kehidupan. Namun dihati kecik seorang ibu amat terasa kepedihan kerana tidak dapat memenuhi kehendak anak2. Namun mereka harus belajar semua itu kerana kehidupan mereka dimasa hadapan  akan datang dalam pelbagai berkemungkinan. 

Teringat saya dengan kisah2 yang telah diviralkan oleh citizen di media sosial. Kisah seorang bapa membeli daging burger murah untuk anak2 nya, kisah seoarang ibu dan bapa naik motor seramai yg boleh untuk bergerak, kisah seorang baba pembahagikan duit gaji yang tidak pernah cukup, kisah keperitan seorang ibu membesarkan anak dengan nasi dan ikan kering, kisah seoarang bapa memasak nasi kosong dan kicap sebagai hidangan kepada anak2......saya menangis dalam hati. Menangis kerana saya mula merasai apa yg ibu bapa tersebut rasai....merasai betapa pilu hati seorang ibu tidak dapat penuhi permintaan anak2 walaupun permintaan itu kadang2 tidak perlu pun untuk mereka. Saya percaya apa yg saya rasai...dirasai oleh ibu2 dan bapa2 yg lain juga. Cuma mungkin ianya sedikit berbeza kerana situasi berbeza. Namun perasaan yg ada pasti sama.... Walaupun begitu saya bersyukur kerana Asfa dan Anas sentiasa faham kenapa ada benda yg boleh dipenuhi dan ada benda yg tidak boleh dipenuhi dibumi Scotland ini. 

Semoga kehidupan disini mengajar mereka lebih dewasa dalam menempuh kehidupan dimasa akan datang. Semoga mereka menjadi tunjang kekuatan umi untuk terus bertahan menyokong baba dalam "perjalanan harungi dugaan" ini. Semoga dugaan itu sangat kecik...dan semoga Allah mudahkan segalanya. Amin...

We Love Travel...England -Scotland sudah dijajah semuanya selama 10 bulan di Edinburgh, cuma masa menulis untuk berkongsi tidak tahu bila akan timbul.

No comments: