Friday, October 31, 2008

Keinsafan

Bangun dari tidur hari ini mata agak merah kerana semalam hati amat tersentuh membaca satu blog dari link Prof Kamil…dalam kegembiraan dan harapan semoga tersenarai dalam 100 pembaca awal buku Prof Kamil..Travelog Dakwah, yang mula di pos pada hari ini, hati amat tersentuh dengan bicara blogger KASSIM SELAMAT..satu blog yg berjaya memberi keinsafan betapa hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Allah memberi ujian kepada sesiapa yg dikehendaki dan penilaian akan dibuat sejauh mana kita sebagai hambanya mampu untuk menanggung segala kesusahan itu. Hati kecil ini amat kagum dengan semangat Kassim Selamat di mana telah mengalami kecacatan di usia 40 tahun, dan dengan menggunakan satu jari mampu untuk menulis pada setiap hari. Ya Allah kekuatan apa yg ada pada dirinya….mampukah aku utk menempuh sekiranya ia berlaku pada diriku….Sedikit ujian yang Allah berikan kadang-kadang terasa hati amat kecewa dan berputus asa, apatah lg ujian yg sangat besar yg menimpa dirinya. Air mata mengalir secara tidak sengaja bila membaca setiap baris ayat yg ditulis….dan dalam hati hanya mampu berdoa untuknya. Satu pengajaran dan keinsafan buat diriku bila direnung nasib malang org lain. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku kesenangan, kenikmatan, keseronokan dan pelbagai rahmatMu..Terima kasih Ya Allah dan jangan Engkau uji diriku sejauh itu kerana aku amat lemah dalam menghadapi ujianMu.

Perjalanan mengharungi dugaan…satu lagi liku kehidupan dan dugaan yg perlu ditempuh oleh kak Rahmah….rakan seperjuanganku. Dalam keupayaan dan kesungguhan utk menyiapkan apa yg perlu disiapkan, dapat dibayangkan dari raup wajahnya terdapat satu kekusutan yg sukar dirungkai….tugas sebagai kawan adalah mendengar, memberi pendapat, membantu yg termampu dan menjadi teman utk luahan perasaan. Betul kata Prof Kamil dalam buku nya “phd kecil tapi signifikan” penyelia memainkan peranan penting dalam kehidupan phd. K rahmah seorang yg bekerja keras, tidak mudah ambil lewa dengan kerjanya, tp dugaan sangat banyak dilalui dalam kehidupan phdnya....tajuk tidak diterima, tiada pensyarah utk jadi penyelia…dan terkini dugaan yg terpaksa ditempuh ialah mendapat penyelia yg kurang membantu, tidak memahami pelajarnya dan melayan pelajar phd seperti budak-budak dan mempunyai satu sikap bias di kalangan supervisee..Ya Allah sekali lagi terima kasih atas bantuan dan rahmatmu kerana Engkau telah temukan aku dengan penyelia yg sangat istimewa…yg menjadi idola dan penyuntik semangat..sekali lagi terasa diri ini sangat bertuah dan disayangi olehMu Ya Allah…terima kasih untuk sume org yg sentiasa doakan kebahgiaanku….
Dengan berkat dan limpah rahmatMu Ya Allah Engkau permudahkanlah segala urusan ku, urusan kawan-kawanku dan semua org yg mengenali dan terlibat denganku. Limpahkanlah rahmatMu , pertolonganMu yang luas itu kepada sume org yg berada disekelilingku…Amin

Terima kasih hubby

Sudah agak lama rentetan perjalanan phd ini tidak ditulis…perjalanan harungi dugaan, adakah satu singkatan yg sangat sesuai pada word PHD. Namun demikian dugaan itu yang mengajar kita erti kehidupan dan kekuatan. Setelah berhempas pulas menyiapkan proposal, terasa hati sedikit lega dan terasa ingin sangat merasai tidur di siang hari. Namun sudah menjadi kebiasaan waktu tidur sering terganggu. Sejak Jan 2008 tidur tidak pernah tenang seperti mana dulu. Namun itu semua pahit manis kehidupan phd yang dirasai oleh sume org yang melaluinya. Dengan bantuan suami tercinta, support serta pertolongan yg sukar digambarkan maka sumenya telah siap dan pada hari ini proposal telah dihantar ke fakulti untuk dinilai. Berkat doa bonda, suami dan anak tersayang..segala kepahitan dapat ditempuh dengan tenang. Terima kasih atas pengorbanan kalian..

Monday, October 20, 2008

phd..

Semalam bila membuka blog Prof Kamil Ibrahim,terbaca satu blog rakan seangkatan yg juga sedang berjuang untuk mendapat phd..mungkin kita tidak mengenali antara satu sama lain tp ada sesuatu yg menarik pada title blog itu iaitu phd - permanent head damage..kreatif betul blogger tu..dan secara tak langsung hati ini amat mengiyakan apa yang ditakrifkan.
Dalam usaha menyiapkan proposal, sambil2 membuka berita harian online untuk mengetahui perkembangan semasa, isu panas yg sedang tersiarkan adalah pemilihan umno disana sini dan dalam pada itu terselit satu penulisan yang amat menarik dalam kesejukan dingin pagi hari ini. Sejak jumaat, dengan adanya mertua dirumah untuk dilayan..rutin kerja phd telah bertukar shift..dr siang ke tengah malam yang bermula pukul 3 pagi hingga kesubuh hari sebelum turun kedapur menyiapkan sarapan..satu anjakan pengorbanan yang diperlukan bg memuaskan hati sume org...dalam keadaan head damage ini, terbaca satu tulisan yang sangat menarik dan menaikkan semangat untuk terus berjuang "Terapi solat"...satu kajian yg telah dibuat oleh tiga org penyelidik dari universiti malaya telah membuktikan bahawa pergerakkan solat memberi kesan kepada fizikal dan mental manusia terutama membantu dalam sistem kesihatan badan. Menarik dan sgt mengkagumkan..mengikut kajian yang telah dibuat oleh pengkaji lain juga solat dapat menghindarkan masalah mati pucuk, elakkan org tua dr sakit tulang dan mencerdaskan otak dan seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Hebatnya ciptaan Allah..praktikalnya suruhanNya itu yg tak mungkin manusia dapat mencipta seumpanya. Kajian ini akan diteruskan dengan membuat kajian pada perbezaan solat ulamak dan org biasa..sejauh manakah momentom perbezaan solat itu....hebatnya kajian mereka..bila pula masanya akan tiba utkku membuktikan sesuatu yang hebat itu..dalam hati kecik berdetik..akan ku pastikan suatu hari nanti kajianku sehebat mereka. Insyaallah.

Friday, October 17, 2008

ikhlas

Semalam Allah mudah kan urusan dengan ketiadaan Asfa di rumah sehingga aku berjaya untuk siapkan proposal ….tp hari ini Allah berikan satu lagi ujian dengan adanya mertua di rumah. Life cycle yg telah ditentukan. Dalam kekalutan yang amat kritikal, ada org di rumah yang perlukan layanan….mertua ku minta nasi impit untuk dimakan, nasi impit kuah kacang dan rendang sume perlu disediakan…dan penyediaan itu bukan mengambil masa yang sekejap…hanya Allah yang tahu apa yg ada dalam hati ku, tapi pada masa yang sama diri yang kerdil ini cuba untuk mengikhlaskan diri dalam melaksanakan tanggungjawab itu…seikhlas yang mampu dengan harapan Allah memberi ganjaran dan balasan kerana Allah Maha Pemurah. Ku tabahkan diri….sentiasa redho dengan apa yang dtg kerana restu ibu bapa juga penting dalam mengharungi kehidupan ini..walaupun hanya ibu dan bapa mertua. Doa mereka juga ku perlukan dalam menjalani cabaran phd ini..walaupun tidak sama dengan bondaku. JUJUR DAN IKHLAS PUNCA KETENANGAN JIWA

nama...


Dengan kesabaran menulis references yang amat sukar mengeja nama-nama mat salleh….hati terfikir bila pula mat dan minah salleh akan terteleng-teleng kepala untuk mengeja nama kita sebagai org Melayu dan umat Islam..biar diaorg rasa mcm mana susahnya mengeja nama kita pula. Tapi kenyataan harus diterima, kita belum sampai ke tahap tu….suatu hari nanti bila cendekiawan dan bijak pandai kita bertambah ramai, maka mereka akan rasa betapa susah untuk mengeja nama kita pula dan susahnya untuk menyebut nama kita yang sangat indah yang memberi makna yang sangat bererti dalam kehidupan harian. Asfa Farhana bermaksud yang suci dan menggembirakan kami…hari-hari nama dipanggil dan disebut maka terbuktilah dia seorang puteri yang memberikan kami kegembiraan dan sangat suci perwatakannya. Walaupun dia melakukan kesilapan dan kesalahan dia akan mengaku itu adalah perbuatannya…anak umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkan warnanya. Mengikut Dr Fadhilah Kamsah…anak dilahirkan untuk berjaya, ibu bapa yang menyebabkan anak gagal…

Thursday, October 16, 2008

anugerah Allah

Pelbagai maklumat yang kurang dalam melengkapkan proposal, setiap perkara yang dibincangkan perlu mencari sesuatu yg baru untuk dinilai. Dengan kesibukan penyelia yang amat aktif dalam pelbagai bidang, kita perlu banyak berdikari untuk menyelesaikan sesuatu. Banyak lg benda yg perlu diedit dan ditambah..walaupun nampak hanya sedikit yang tinggal..pencarian harus diteruskan, minda harus bergerak untuk menulis apa yg diperlukan. Hati amat bersyukur dengan kekalutan yg ada Allah permudahkan segala urusan. Hari ni, puteri kesayangan kami minta untuk pergi ke rumah mamanya (org yg pernah menjaga dia dr kecil sehingga umurnya 3 tahun 8 bulan)..antara org2 yg sangat disayanginya selain mimi dan babanya...dia juga mempunyai mama, ayah, along, angah dan juga kakak..yg selalu melayani karenah dia. Mlm tadi..dia minta untuk pergi ke rumah mama dan tido disana...sejak ada pembantu rumah, Asfa jarang kesana...pergi bila perlu shj. Sudah agak lama dia minta utk pergi kesana..dan hari ini kami tunaikan permintaannya..secara sedar atau tidak Allah memberi aku ruang dan kelapangan untuk meneruskan perjuangan yg ada..dua hari satu malam Asfa tiada dirumah dapat memberikan lbh fokus kepada apa yang ingin dilaksanakan..sekurang-kurangnya tgjwb sebagai ibu beralih sekejap dan ruang inilah yg perlu dipenuhi dengan sebaik mungkin. Terima kasih Ya Allah atas ruang yg Engkau berikan...dan aku terfikir adakah ini balasan yang Allah kurniakan kepadaku kerana semalam dan kemarin aku membantu org yang memerlukan bantuan selam dua jam, hari ini Dia permudah urusanku selama dua hari...Hebatnya anugerah Allah yang Maha Pemurah yang memberikan sesuatu tampa kita duga berlipat kali ganda...

Wednesday, October 15, 2008

motivasi diri

Memulakan hari yg baru dengan membaca sesuatu yag menarik untuk dijadikan motivasi diri adalah rutin harian hidup. Antara blog yang sangat menarik dan memberi satu keinsafan adalah blog Prof Kamil Ibrahim..seorang penulis buku yg sangat saya kagumi. Begitu juga dengan suami yg sentiasa membaca dan menjadi peminat utama blog Ustaz Zaharuddin. Kami mempunyai cara sendiri untuk mendapatkan ilmu dan mencuba untuk yg terbaik pada setiap hari. Seawal mana sekalipun bermulanya kehidupan baru, sesibuk mana sekalipun tanggungjawab yg dipikul sbg seorang pelajar tgjawab sebagai seorang isteri dan ibu tidak pernah terlepas. Walaupun ada pembantu dirumah, rutin harian rumah tetap perlu diusik dan dilaksanakan setiap hari..dan itulah kelebihan yg Allah kurniakan kepada wanita. Mencari dan membaca sesuatu untuk dijadikan motivasi adalah sesuatu yg penting dalam hidup kerana dgn cara ini sahaja membantu menaikkan semangat yang kadang kala luntur. Dlm kekalutan mengejar proposal yg berkecelaru..tetiba ada insan yang memerlukan bantuan...ada org dtg ke rumah meminta tlg ajarkan anaknya darjah 5 dan darjah 1 utk peperiksaan akhir tahun kerana cikgu yg mengajar sebelum ini dah diberhentikan disbbkan beberapa masalah. Mulut menyatakan ya..walaupun hati berat utk menerima kerana kerja yg menanti pun tak cukup tgn utk dibuat..tetapi mcm mana harus ditolak? Sebelum ini kami suami isteri pernah mengajar tuisyen free kpd anak2 jiran dgn harapan dpt membantu mereka ..supaya suatu hari nanti Allah membantu kami dan juga puteri kami jika memerlukan pertolongan. Tiada bayaran dikenakan..kami ikhlas membantu. Sekali lg ujian dtg dlm kekalutan mengejar impian ada org yg memerlukan bantuan. Bila berbincang dengan hubby apa yg harus dibuat...i got the simple answer dengan kata2 hikmat darinya, "niat satu utk tolong org,so jgn risau..bila kita tolong org..Allah akan tolong kita". Noktah pada kekeliruan yg bermain dikepala..
Semalam 2 beradik yg memerlukan pertolongan dtg kerumah utk belajar..Alhamdulillah tidak banyak cabaran kali ni banding dgn dulu..agak cerdik budak2 nya, awen yg darjah satu sgt cerdik dan bijak..cuma kakaknya yg banyak perlukan pertolongan. Semoga Allah berkati dan membantu mereka dan juga diriku..kerana kami sama2 pelajar...wlpun berbeza level.

Sunday, October 12, 2008

hari semakin dekat

Masa berjalan untuk mengejar impian..dengan sambutan perayaan hari raya, open house sana-sini, dengan tetamu yg dtg kerumah..terasa lebih cepat masa berjalan. Semalam ada khabar sedih dr k rahmah..ibunya sakit. Satu lagi getir kehidupan yang terpaksa dilalui..dengan cabaran untuk menyiapkan proposal dan diketika yg sama ibu sedang sakit...Allah maha mengetahui apa yg telah ditentukan. Setiap ujian yang diberi pasti kita mampu untuk tempuh...kerana kasih dan adilnya Allah ujian sebegitu diberi. Hanya doa mampu mengubah segalanya. Kita sebagai hamba yg kerdil tidak mampu mengubah takdir tp doa merupakan senjata untuk kita bergantung...

Friday, October 10, 2008

defence proposal

Dua hari lepas k rahmah (teman seperjuanganku) bagitau yang kitaorg akan tempuh defence proposal presentation on 4 NOV 2008 dan kena submit proposal pada 21 OCT 2008. Terkejut sume orang bila memo naik sebab our target date may be end dec or early jan 2009...tp tetiba plak fakulti buat awal..sume org menggalabah termasuk lah diriku. Tapi apa boleh buat terpaksalah tempuh...banyak lg yg belum setle, result from expert masih belum dapat, research method ada sedikit perubahan..harap2 boleh setle dan buat yang terbaik. Good luck buat teman-teman seperjuangan ..kak rahmah, en azhar (bekas supervisor kau uitm, tp sekarang dah jd geng). Kami saling ingat mengingati dan support each others. Alhamdulillah diriku dikelilingi oleh kawan2 yg baik dan membantu..kak fiza, kak rahmah dan tak lupa juga untuk en azhar. Semoga kita sama-sama berjaya yek...dan bak kata kak rahmah semalam "we do the best lets Allah decide the rest".

bonda..

Terima kasih buat bonda tersayang Sofiah Hj Salleh kerana sentiasa berdoa untuk kejayaan diri ini....juga suami yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan walau dalam keadaan apa sekalipun Mohd Khairul Azmi, serta puteri yang sangat disayangi Asfa Farhana yang kadang-kadang terpaksa menghadapi kekusutan uminya yang dipanggil "mimi". Walaupun begitu tanggungjawab seorang ibu tidak pernah terabai dan sentiasa memberi yang terbaik untuknya. Anak yg keletah dan sangat aktif kadang2 menjadikan kita juga bergerak aktif....
Istimewanya seorang ibu yang bernama Sofiah yang tidak pernah jemu untuk bangun malam dan mendoakan diriku...sejak kecil bermula dengan UPSR sehinggalah ke peringkat phd ini, bonda tidak pernah lupa untuk bersolat hajat, bacakan yassin dan berdoa untukku setiap kali ada peperiksaan dan ujian yang bakal ditempuh. Uniknya bondaku...walau dimana diriku berada dan dlm keadaan apa jua bonda tidak pernah lupa tarikh peperiksaan dan tarikh-tarikh penting seperti adanya presentation, present paper dan sebagainya yang bakal ditempuh. Sejak dari kecil mlm sebelum peperiksaan bonda akan bercakap benda yang sama.."JANGAN TAKUT, USAHA SUNGGUH-SUNGGUH...SEMUA NYA MUDAH SEBAB KITA YANG BUAT DIA, BUKAN DIA BUAT KITA...DOA, USAHA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH SEBAB ALLAH TAK PERNAH HAMPAKAN KITA"...dari kecil sampai sekarang itulah yg sering dikatakan setiap kali menjelang malam peperiksaan. Sangat bertuah kerana mempunyai bonda yang tidak pernah lupa kepada diriku...dalam solatnya, dalam doanya dan dalam kehidupan hariannya. Jasamu kukenang dan engkaulah anugerah yang tidak ternilai buatku..
Kejayaan menempuh sebarang cabaran dalam hidup ini berkat doamu BONDA.....Terima kasih dan kaulah yang terbaik dalam hidupku. Harapanku semoga bonda dapat lihat kejayaanku memegang scroll phd...dan berbangga dengan apa yang diperolehi.

perjalanan kehidupan

Memulakan sesuatu dengan azam dan semangat untuk berjaya. Kejayaan yang sebenar akan melalui satu cabaran yang sangat getir yang kadang-kadang kita sebagai manusia terpaksa pasrah dengan ketentuanNya. Kadang-kadang juga kita merasakan apa yang kita lalui sangat sukar dan tidak sanggup untuk menempuhnya..tapi percayalah Allah itu Maha Adil, setiap apa yang diberikan kepada kita sudah pasti kita mampu untuk menanggungnya, kerana itulah kita diberi ujian dalam kehidupan ini. Namun kekuatan itu yang perlu kita pohon kepadaNya supaya ianya terus berada dalam diri.