Dah lama sgt rasanya tidak menulis sesuatu dlm blog ni..terasa rindu plak utk bercerita sesuatu, namun tak banyak cerita yg dapat dikongsi bersama dan utk dimanafaatkan bersama. 2-3 hari lepas puteri kesayanganku demam..dan disambung pulak denganku. Tak banyak progress yg berlaku dalm minggu ni, feedback dr expert hanya dapat 1..perancangan utk berjumpa somebody utk discuss pasal delphi teknik tertangguh disebabkan masalah kesihatan. Mungkin sudah terlalu lama Allah kurniakan kesihatan yg baik.....Seminggu lamanya hubby outstation..bila masuk hari yg ke lima Asfa dah mula merengek dan menangis mencari babanya. Kkdg sedih dgr dia menangis dan rasa ingin turut menangis...tapi perlu tabah dan kuat demi Asfa. Asfa dah besar..sudah pandai rasa sunyi ditinggalkan..rindu dgn layanan baba terhadap dia, terasa sunyi dan sepi dengan gurauan ......wlpun usianya 3 tahun, tetapi sudah pandai merasai semuanya. Dan akhirnya penantiannya berakhir juga...dapat bertemu baba. Bila daat bertemu seolah tidak mahu berpisah lg, tidak mahu baba kerja lagi dan tidak mahu ditinggalkan lg...sian. Apa boleh buat, Asfa terpaksa terima sume tu...so utk menggantikan segala kerinduannya itu hujung mgu dihbskan dengan melayan karenah dia dan membawa dia berjalan kemana yg dia nak pergi dan tunaikan apa saja yg dihajati...sedar atau tidak sebenarnya setiap ibu bapa pasti berbangga dengan anaknya dan mahukan yg terbaik. Dalam pada itu jgn kita leka dengan itu sume dan pastikan anak2 tidak rosak dgn kemanjaan dan kemewahan yg diberikan. Sesungguhnya Asfa amat bertuah kerana sering mendapat yg terbaik, sentiasa dapat apa yg dihajati..tetapi secara tidak sedar sebenarnya apa yg dia dapat hasil dr positif diri yg ada dlm dirinya....semoga Asfa menjadi anak yg solehah, beriman dan bertaqwa serta menjadi anak yg terbaik dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment