Monday, December 1, 2008

Penatnya...

Hari ni bemula kehidupan kami seperti biasa..seperti 5 tahun yg dulu berdua dan 3 tahun yg dulu bertiga....pembantu rumah telah dihantar semalam..dan suasana rumah kembali tenang seperti sebelumnya. Cumanya segalanya perlu dilakukan sepenuhnya sebagai seorang ibu dan isteri..tapi benda tu semua tak jd masalah sbb itu sudah menjadi kebiasaaan. Dengan adanya pembantu rumah pun kerja rumah lebih 50% dilakukan sendiri kerana tidak berpuas hati dengan apa yg telah dilakukan...bak kata hubby tak ada org yg mampu buat seperfect yg diri sendiri lakukan. Itulah salah satu kekurangan diri yg terlalu pentingkan kesempurnaan pd setiap yg dilakukan. Namun hati sgt bersyukur dengan ketiadaan pembantu bermakna masalah yg sedia ada sudah selesai....hati dan mata pun tak sakit seperti selalu. Jiran-jiran selalu tegur dan sering bertanya kenapa sume benda buat sendiri seperti tak ada pembantu rumah. Jawapan yg diberi ringkas...tapi signifikan " utk kepuasan diri". Dalam ringkasan jawapan itu hanya org yg rapat mengetahui apa maksudnya...org yg mengenali siapa diri ini akan memahami.
Hari ni....penat sgt mengemas satu rumah tampa bantuan sesiapa..(selalunya hubby akan tolong, tp hr ni weekdays)..disebabkan nekad dihati utk membersihkan rumah seperti sedia kala..maka tugas dimulakan sejak pukul 7 pg dan berakhir pukul 2 ptg. Tapi hati sgt puas...puas melihat keadaan seperti yg dikehendaki.

Hari ini juga bermula satu schedule baru dalam perjalanan harungi dugaan...kerana rutin ada sedikit perubahan. Asfa sudah dihantar kerumah mamanya dan ptg terpaksa kuar rumah utk mengambil dia. Seperti sebelum ini, hari terpaksa dimulai seawal yg mungkin dalam 6.00 pg..bgn utk solat subuh dan memohon supaya hari ini diteruskan dengan hari yg penuh berkualiti. Sesudah itu, turun kedapur utk menyediakan mkn dan terus menyediakan keperluan masakan utk hr tersebut. Kerja2 phd akan dimulakan pada pukul 8 pg dan tgh masa diambil dalam sejam utk memasak utk menu hari tersebut. Ptg komputer akan ditutup dalam pukul 4.30 utk kuar amik asfa. Itu adalah rutin normal sebagai student, ibu dan juga isteri. Malam dihabiskan bersama Asfa..melayan karenah dia..dan bila dia tidur kkdg2 masa diambil utk meneruskan kerja yag yg sepatutnya. Mohon kepada yg Maha Esa agar memberi kekuatan, ketabahan dan kecekalan serta dipermudahkan segala urusan pada setiap hari. Mohon supaya setiap hari yg dilalui adalah hari yg berkualiti......

No comments: