Doa atau istilah lain ialah bercakap dengan Allah. Bila baca buku Prof Kamil..travelog dakwah, apa yg ditekankan ialah bercakap dengan Allah. Dalam meniti hati menjalani kehidupan sebagai student phd ni, ramai yg kata kena banyak berdoa, bercakap dgn Allah dan bangun malam. Itu adalah tips utama untuk permudahkan sebarang urusan. Kadang2 diri terpikir..kenapa sepanjang bulan Ramadhan boleh bangun..dan hbs Ramadan sume sudah dilupakan. Mungkin tidak betul2 istiqamah dalam melaksanakan sesuatu. Kadang badan rasa letih sangat, otak rasa tepu dan malas berfikir...dan kkdg2 rasa hati nak tidur selama mungkin supaya otak berhenti berfikir dan kosong, kerana terasa berat sgt tgjwb yg ada utk dilaksanakan. Penat sangat buat sume keje2 ni..letihnya badan. Ya Allah tolonglah berikan kekuatan untukku. Redakan perasaanku..tenangkan jiwaku. Berikan kekuatan utk ku bangun mlm dan bertemu denganMu. Ya Allah..kuatkan diriku supaya aku dapatkan jalankan sume kerja-kerja ku. Permudahkan urusanku...dan berkati segala usaha ku. Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment