Thursday, November 6, 2008

Kesihatan

Purata rakyat Malaysia hanya mengambil kira-kira 400 hingga 500 mg kalsium sehari. Ini bermakna hampir separuh daripada keperluan harian kalsium tidak dipenuhi. Kehadiran kalsium sebanyak satu peratus dalam darah terbabit dalam proses tubuh seperti pengecutan otot, pembebasan neurotransmiter, mengawal atur denyutan jantung dan pengumpalan darah. Antara tanda yang menunjukkan paras kalsium dalam darah tidak mencukupi ialah kejang otot dan kebas. Jika kandungan kalsium dalam darah berkurangan, kalsium dalam tulang akan dibebaskan ke dalam aliran darah di bawah pengaruh hormon paratiroid (PTH). Pembebasan kalsium yang berlebihan ke dalam darah daripada tulang boleh mengurangkan keutuhan tulang. Selain kalsium, tulang memerlukan lima nutrien lain untuk kekal kuat dan sihat iaitu vitamin D dan K, magnesium, zink dan protein. Namun perlu diingat, tanpa vitamin D, badan tidak dapat menyerap kalsium daripada makanan dengan cekap. Untuk mendapatkan vitamin D sangat mudah iaitu daripada sinar matahari. Pendedahan terhadap cahaya matahari pagi selama lebih 15 minit setiap hari boleh membekalkan vitamin D yang cukup. Bagaimanapun, orang tua yang kurang melakukan aktiviti luar, tiada selera makan atau tidak boleh gerak boleh mengambil pil vitamin D. Jarang kita mengambil berat mengenai kesihatan badan selagi tidak sakit, namun kalsium adalah salah satu keperluan badan yang sangat penting. Mengikut hasil bacaan saya dalam portal kesihatan pusat kesihatan Malaysia, kalsium berhenti terbentuk dalam badan apabila usia mencecah 30 tahun. Bermula usia 30 tahun jika kalsium yang kita bekalkan setiap hari tidak mencukupi maka sumber kalsium itu akan diambil dari peti simpanan kalsium dalam badan kita yang kita kumpul selama ini. Bekalan itu akan habis jika setiap hari ia diambil. Dan dgn sbb itulah kebanyakan dari kita akan berasa cepat penat, sakit kaki, tumit , tulang tidak kuat, bangun tidur terasa susah utk bergerak dan sebagainya. Itu sume ada kesan daripada kurangnya kalsium dalam badan kita. Senaman adalah solution yg terbaik dalam kes ini kerana dengan senaman dan gerakan tulang dan sendi, kalsium juga akan dapat dibentuk. Selain dari itu, sudah tentu perlu mengambil makanan yg banyak mengandungi kalsium seperti susu, soya, brokoli dll. Wanita sangat berisiko tinggi dalam kes ini kerana tulang wanita lebih kecil dan nipis berbanding lelaki. Wanita yg berbadan kurus (emm..nak buat mcm mana dah kurus) lebih mudah mengalami masalah ini berbanding wanita gempal…info ini diperolehi adalah untuk diri sendiri sebenarnya, kerana sejak menjadi student ni kurang aktif dgn aktiviti luar dan menyebabkan terasa kekurangan kalsium dlm badan berdasarkan info yg diperolehi. Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk langkah awal perlu di ambil….dgn cara meminum susu 2 kali sehari dan juga berjemur kpd cahaya matahari. Emm alahai…mcm kanak-kanak la pulak, tp apa boleh buat itu yg dinasihatkan…..kenalah ikut untuk kesejahteraan sume. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

No comments: