Tuesday, November 11, 2008

Penghargaan

Semalam ketika anak dan suami dibuai mimpi..dengan kesejukkan angin yg kuat dari luar rumah, kerja tetap diteruskan. Runsing memikirkan feedback dari expert yang tidak seberapa..maka sume questionnaire di hantar semula kepada expert yg belum memberi feedback. Alhamdulillah berkat formula Prof Kamil "bercakap dgn Allah, bangun malam minta pertolongan serta amalan sunat dhuha " memberi sedikit kelapangan dan laluan permudah cara. Hari ini 3 expert penting dalam senarai telah membalas email, wlpun masih belum mendapat jawapan yg sewajarnya tp hati tetap berasa gembira dengan balasan email mereka wlpun sekadar mereka menulis " i received your questionnaires, agree to be your expert dan i will answer and give you my feedback soon because i'm little bit busy now. Wish you good luck". Itulah balasan email dari Dato' Wahab Abdullah, CEO MIMOS, Dato' Badlisham Ghazali, CEO MDEC dan juga Dr Zakaria, MAMPU. Wlpun hanya sekadar satu dua ayat yg diterima tp hati cukup teruja. Paling tidak ianya memberi satu harapan yang mereka mahu menjadi expert dalam kajian ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi sedikit kelapangan pada perjalanan harungi dugaan ini...Allah Maha Mendengar dan Maha kaya.

No comments: