Thursday, November 13, 2008

Penantian..

Penantian itu satu penyeksaan..itulah istilah yg selalu digunakan utk benda2 yg sering kita tunggu. Hari ni dah msk 2nd week of Nov..hari-hari lebih drp 4 kali sign in yahoo mail utk check feedback expert dan juga menanti keluarnya memo utk presentation defence proposal...lagi lama menunggu, terasa diri makin tertekan...bila agaknya masa itu akan tiba. Every day hubby akan tanya bila present...dan hari2 juga menjawab jawapan yg sama tak tahu lah...penatnya tunggu. Tunggu bukan bererti preperation dah cukup hebat..tp penantian itu sepatutnya berakhir dgn jawapan supaya hati tenang. Segala perancangan tergendala dgn tiadanya tarikh yg ditetapkan....namun begitu hari ini jawapan lain yg diperolehi. Salah satu drpnya jawapan dr expert yg ditunggu dan jawapan lain ialah berakhirnya tanda tanya bila pembantu rumah akan pergi dari sini...END DEC dia akan pergi kerumah saudaranya di PJ atas masalah kesihatan. Selama 3 bulan berada disini, bermcm ikhtiar telah dilakukan utk membantu, kerja rumah hanya 50% yg dilakukan atas masalah kesihatan...namun kami masih menerima dia atas dasar prihatin dan sifat kemanusiaan. Tak tergamak hati utk menyuruh dia pergi...wlpun dlm hati khuatir penyakitnya akan terkena asfa..dan kkdg2 berharap supaya dia sedar dan minta utk pergi. Hari ini persoalan itu terjawab dan akhirnya dia akan pergi end dec. Maka dengan izin Allah bermulalah kehidupan dan pengaturcaraan baru buat kami sekeluarga tampa pembantu. Namun demikian hati tidak pernah gusar kerana yakin sume itu mampu diuruskan dengan cemerlang seperti sebelum ini....berkat ketangkasan yg Allah kurniakan dan rezeki mendapat suami yg rajin dengan pengurusan kerja rumah memudahkan segala urusan. Alhamdulillah...
Lagipun tahun depan adalah tahun bermulanya kehidupan Asfa Farhana sebagai seorang murid tadika....dan dalam hal ini hanya mama yg dpt membantu menguruskan dia. Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya dan hanya Allah yg tahu apa yg telah dirancangkan utk kita..namun kita masih mempunyai senjata yg kuat utk megubah segalanya dengan berkat DOA yang dipohon..

No comments: