Sudah lama buku TDMHE hasil karya Prof Kamil pengarah UiTM Johor habis dibaca. Agak terkesan dengan penulisan tersebut...pelbagai benda yg dapat dipelajari dr buku tersebut. Satu pengajaran yg sangat berharga untuk diriku adalah DOA. Allah sentiasa mendengar dan memperkenankan setiap doa hambanya kalau doa itu dipohon dengan bersungguh-sungguh. Allah maha pengasih dan maha penyayang..Dia akan bg apa saja yg kita minta. Sebagai seorang manusia biasa yg amat kerdil dan banyak melakukan dosa..kkdg terpikir..dengan dosa yg ada pun Allah masih perkanankan doa hambanya...Masyaallah..hanya Dia yg tahu betapa pemurahnya Dia. Hati terkesan juga denga bab phd yg ditulis...begitu mudah laluan yg dilalui yg telah ditentukan kepada penulis utk mendapatkan phd. Penulis berkata..semua org akan ckp siapa yg hbs phd tiga tahun atau kurang dr tiga tahun sgt hebat..dan dikira golongan yg sangat bijak. Namun sebenarnya itu semua bukan bergantaung kepada kebijaksanaan ...phd tak mengira org bijak atau tidak...laluan yg diberi adalah dari rahmat Allah...belas kasihan Allah dan kehendak Allah. Tiada kaitan dengan bijaknya seseorang. Kkdg2 org kata nasib baik....sebenarnya tiada benda yg ada nasib baik..semuanya atas rahmat Allah. Allah yg permudahkan segala urusan yg membolehkan phd berjaya disiapkan dalam masa tiga tahun atau kurang..semuanya dtg dr Allah. Bila direnung dan difikirkan apa yg dikatan penulis semuanya benar belaka........bermakna semua org yg sedang berjuang sepertiku masih mampu utk memohon pertolongan Allah supaya jalan ini dipermudahkan kerana hanya Dia yg memberi apa yg dikehendaki. Manusia hanyalah perantaraan yg diutuskan sebagai pemudah cara... Ya Allah bantu lah diriku...permudahkan segala urusan..berikan laluan yg terbaik dalam perjalanan aku mengharungi dugaan ini. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment