Tuesday, November 18, 2008

Perjalanan harungi dugaan

Lagi kisah perjalanan harungi dugaan...rakan seperjuangan k rahmah telah ditimpa lagi satu musibah dan ujian dr Allah. Minggu lepas mereka sekeluarga accident di lebuh raya karak..dalam perjalanan pulang ke Kuantan untuk mengambil result exam UPSR anak sulongnnya. Habis kereta rosak dan bersyukur juga mereka selamat..namun demikian hanya Allah yg tahu betapa beratnya bahu yg memikul..dengan ketiadaan kenderaan, maka sukar utknya berulang alik ke universiti bg menyelesaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Dari jauh dan sebagai kawan..hanya kata2 semangat dan doa yg mampu diberikan. Setiap kali kenangkan k rahmah hati berdoa semoga dia tabah menghadapi segalanya.
Setelah bertungkus lumus memperbetulkan proposal yg salah (kesalahan dikenalpasti sendiri oleh pelajar tampa bantuan penyelia, dan penyelia sendiri tidak menyedari kesilapan itu)....akhirnya proposal yg disiapkan dengan bersungguh2 ditolak oleh penyelia dan penyelia tidak membenarkan perbentangan proposal diteruskan. Dugaan apa lagi yg perlu ditempuh oleh seorang lagi teman seperjuangan kini....bekas pensyarah sendiri suatu masa dulu. Sifat manusia sukar dijangkakan...dan kadang2 manusia ini amat susah utk menerima kenyataan, kritikan dan teguran dr org lain wlpun kkdg2 teguran itu membina. Bukan mudah untuk mendapat penyelia yg memahami pelajarnya, bertolak ansur dan berbincang dari hati kehati. Kebanyakkan penyedia masih mempunyai sifat ego, sifat serba tahu, selalu memandang pelajar tidak hebat dan selalu menganggab mereka yg terbaik wlpun di peringkat phd....wlpun kkdg2 pelajar itu lbh tua dr penyelia. Inilah yg dinamakan manusia.....namun begitu sepatutnya kita lbh rasional dengan tindakan yg dilakukan bukan mengikut perasaan. Sudah pasti segala usaha sia2..segala yg dikejar tercicir disebabkan komunikasi kita sesama manusia. Hanya Allah yg mampu berlaku adil pada setiap yg ditentukan.
Dalam masa yg sama..seorang lg teman seperjuangan (dilain universiti) telah dibuang oleh penyelia sendiri kerana sbb dalaman antara mereka. Semua ini adalah perjuangan harungi dugaan...yg terpaksa dilalui oleh insan2 seperti kami yg sedang berjuang. Hanya Allah tempat memohon pertolongan dan hanya kepadaNya kita berserah. Dalam kekalutan yg ditempuhi oleh teman2..dihati kecil amat bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan padaku....Allah permudahkan segala urusanku. Terima kasih Ya Allah atas bantuan Mu..terima kasih kerana sudi mendengar dan memperkenankan permintaanku...terima kasih atas limpah rahmatMu..terima kasih Ya Allah. Terima kasih buat bonda, suami dan anak yg disayangi dan sume org yg sentiasa doakanku.....

No comments: