Weekend adalah hari berjalan-jalan dan makan2...kerana weekdays sume org busy dan tak ada masa utk kuar terutamanya hubby. Sampaikan kadang2 asfa pun bosan babanya asyik tak de..tp apa boleh buat. Bukan asfa saja kkdg diri sendiri terasa bosan..kuar pg baliknya malam dan tak ada ruang utk melayan asfa bersama-sama. Actually hubby sekarang bekerja utk 2 company..dibayar dua gaji so terpaksalah bekerja double dr biasa. Semua org tak nak lepaskan dia..so apa yg boleh dia buat..dia terpaksa work utk keduanya. Harap keadaan ini tidak berterusan...dan salah satu akan melepaskannya bila ada pengganti setanding dengannya. Duit tak memberi keseronakkan kalau kesibukkan itu menghalang segalanya.....biarlah gaji sederhana tp ada ruang utk family. Sabtu bw asfa pegi sunway pyramid sbb hubby nak beli remote presenter...dan selain mkn2 terus sekali tengok wayang cerita bolt...cerita animasi seekor anjing yg bernama bolt dgn penny penjaganya. Dalam cite tu bolt terlepas dan tersesat dan berpisah dgn penny..apa yg berlaku? Asfa menangis...dia sedih tgk bolt tu...ciannya dia..2 kali dia menangis...mmg touching betul tgk dia masa tu. Cuba utk pujuk supaya dia cool..dan akhirnya lps tgk wayang mood dia terus lari...semua serba tak kena..sume benda menyedihkan sampai balik rumah sampai ahad..kalau tanya dia pasal bolt air mata dia akan bergenang semula....Cian dia..kecil usianya tp boleh merasai hakikat sebenar kehidupan. Padahal dgn usia 3 tahun patutnya dia belum dpt merasai dgn benda tu sume sbb cerita pun animasion story. Tp itulah Asfa..ahad mak long, pak long, k long, k cik dan abg luqman (kakak sulongku dan keluarga, yg dipanggil asfa dgn gelaran berikut ) dtg....Asfalah org yg paling gembira sebab dia ada kawan utk bermain..dan isnin dia sedih lg sbb diaorg akan pergi bercuti ke pd. Apa boleh buat dtg dan pergi lumrah kehidupan. Satu lagi kejutan yg Asfa buat...sambil2 tgk tv sambil melipat kain..dan asfa melipat bajunya sendiri dengan lipatan yg agak kemas...masyaallah...siapa yg ajar dia???? mungkin dr pemerhatian selama ni..Alhamdulilllah Asfa sudah besar dan dah pandai buat kerja tampa disuruh...semoga Allah jadikan dia anak yg baik dunia akhirat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment