Friday, December 19, 2008

Lagend water chalet

Dalam kesibukkan menyiapkan paper untuk seminar 26 hb Disember nanti sempat jugak melayan Asfa ...bawa dia ke lagend water chalet pd. Kat sana ada family maklongnya tengh bercuti..so hubby pegi hantar pg dam ambil kitaorg mlmnya. Satu hari dia bermain dengan cousin2 yg rajin melayan dia..lps pool turun beach..naik ke pool, jalan di jabatan [chaletnya atas air] dan dpt tgk banyak ikan..seronok yg tak terkira lah dia tu....lepas tu kuar pegi muzium tentera dan berkelah di teluk kemang...bukan main suka....tp bila pegi muzium dia agak takut dgn patung2 askar, komunis perjuang bangsa terdahulu...tp satu benda baru bg dia. Menarik...
Semalam adalah hari yg menyedihkan buat dia...sebab kena marah. Marah sbb dia buat salah...dan kebetulan emosi pun tgh serabut..[faktor penyumbang]. Jadinya memang dia kena marah betul...sedih sgt bila ingat marah dia semalam, tp itulah sume utk mendidik dia dan selepas kena marah hari ini dia sgt baik...mungkin kesan smlm..dan dengan situasi begitulah dia akan lebih berhati2 dan ingat apa yg boleh dan apa yg tidak boleh. 
Hari ni..berjaya edit 100% paper [bermula 8pg hingga 3ptg]......mlm ni kena buat last quality check utk paper tersebut sebelum send pada 22hb. Ada lg benda yg perlu dibetulkan tp just minor. Harap dapat lakukan yg terbaik. 26 hb seminar, 26 ptg sampai 29 bengkel penulisan journal. Org sume berseronokkan bercuti tp tidak student sepertiku...hubby dan asfa terpaksa melayan diri sendiri selama 4 hr...[sebenarnya tension juga sbb dah ada plan utk ke langkawi time tu]. Tp apa boleh buat...inilah pengorbanan yg dituntut...perjalanan harungi dugaan. Mental dan fizikal kena tabah bukan setakat diri sendiri tetapi keluarga..husband dan anak. Semoga Allah permudahkan segala urusan..memberi yg terbaik setiap apa yg dilakukan. Amin..

No comments: