Tuesday, December 2, 2008

Pilihan

Sedar atau tidak hari ni dah 2nd day of Dec...lg 24 hari akan genap setahun usia perjalanan menjadi student..dalam masa setahun ni masih banyak benda yg blum selesai dan perjuangan masih belum berakhir. Banyak lagi liku-liku kehidupan yg terpaksa dilalui...semoga ianya sampai ke penghujung dan semoga ianya dipermudahkan...hari ni juga akan berlaku sikit perubahan dan penjadualan semula task yg perlu dilaksanakan...dan lagi empat hari akan genaplah 5 tahun memegang status isteri. Bulan Dec adalah bulan yg begitu banyak tarikh penting yg perlu diingat..dan ia kan diikuti oleh bulan Jan..kerana bulan Jan adalah bulan paling menggembirakan kerana lahirnya seorang puteri yg sangat disayangi...
Namun begitu, lumrah sebagai manusia...setiap detik masa berlalu pasti ada sesuatu yg menuntut kita membuat sesuatu keputusan. Semalam, hari ini..adalah hari yg agak memeningkan buat hubby...kenapa? Sebab ada keputusan yg perlu dibuat dlm masa terdekat. Mungkin berkat pemberian yg selalu dihulurkan maka rezeki yg dtg juga seperti yg dihulur..namun begitu kkdg2 itu sume ujian utk menguji kesyukuran. 8 bulan yg lalu hubby mendapat offer dr satu company utk manage project jutaan ......dan dia pergi. Pemergian adalah satu kehilangan kepada mereka namun tetap menanti kepulangannya...dan semalam dia dipanggil semula utk balik kesana utk manage projek 40 juta....satu kepercayaan yg boleh dibanggakan namun amat sukar utk membuat pilihan. Pilihan dan satu harapan yg diletakkan...mohon petunjuk dr Allah, biar Allah yg membuat keputusan..kita ikut saja..itu prinsip dia. Apa pun keputusan yg dibuat sebagai isteri hanya mampu berdoa yg terbaik dan menyokong setiap yg dilakukan. Kkdg bila direnung.....itu sume adalah ujian. Ujian dtg bkn dlm bentuk kesusahan tp juga dlm bentuk kesenangan...sejauh mana kita bersyukur dengan apa yg telah diberi..walau itu sume adalah hasil usaha gigih kita. Tak dpt dinafikan commitment kejenya sgt tinggi...dan dia selalu berkata sgt bersyukur mempunyai isteri yg memahami dan menyokong setiap apa yg dilakukan. Itu sume adalah tanggungjawab sbg isteri...

Ya Allah permudahkan suamiku dlm membuat keputusan...dan bantulah dia utk membuat keputusan yg terbaik dan diredhai...Amin

No comments: