Monday, December 22, 2008

Terguris rasa hati

Weekend ni hubby sgt sibuk dan tiada ruang utk kami sekeluarga bergembira jalan2 dan mkn2 seperti biasa. Namun begitu, peruntukan sedikit masa melayan Asfa pada hr Sabtu dan hari Ahad membawa dia ke pusat akuatik sgt menggembirakan dia. Hari ni bertungkus lumus siapkan paper utk dihantar yg due nya jatuh pd hr ni...masa kat pusat akuatik tu ternampak sorang senior, dia mungkin tak perasan junior tp kenal dia sbb last sem masa presentation proposal dia kitaorg tgk. Hr ni adalah hr seminar utk group dia..tp sempat lg melayan anak ke pusat akuatik....itulah yg dinamakan perjalanan harungi dugaan. Kalau dulu masa amik degree, master..kalau nak exam tak kuar umah dah..pulun hbs...tp sekarang tidak..walau apa yg berlaku rutin terpaksa diteruskan dan ini sume pengajaran supaya kita work smart...tahniah kpd sume yg telah berjaya melaluinya....hari ni juga sebenarnya ada satu luahan yg sukar utk ditafsirkan tetapi itulah sifat manusia yg kkdg pelik utk difikirkan. 2 bulan yg lepas kak K..[jiran selang 2 dr rumah] minta pinjam duit rm500 atas alasan nak beli insuran kesihatan utk cover dirinya yg kononnya tidak dipedulikan oleh suami..dan dia pinjam duit ni pun husband dia tak tahu. Atas keizinan suami bantuan dihulurkan...dengan ikhlas hati [harap Allah terima keikhlasan ini]. Tp apa yg menyedihkan ialah...benda tu jd tekanan pulak. Kak k janji akan bayar pd ujung bulan12..bfr krismas..dia yg bgtau tampa ditanya bila pembayaran balik akan dibuat. Mula2 ok..sikapnya seperti biasa..namun sejak 2 mgu lepas sikapnya sgt berubah..dia seolah melarikan diri...[agaknya dia rasa bersalah sbb tak dpt byr duit]. Tp sikapnya memberi tekanan..seolah2 kita yg bersalah..dan tertanya2 apa salah kita sampai dia melarikan diri...bukan setakat dia, anak2 dia pun sama...selalunya anak2 dia pantang nampak muka mesti tegur..tp sekarang kita tegur pun dia buat bodo..sakitnya hati..apa salah aku...kalau dia tak dpt bayar itu masalah dia..bukan masalah kita..kenapa kena masam muka dan tak bertegur sapa. Pelik......ke ada benda yg aku buat silap? Ya Allah..tensionnya...apalah manusia ni..pelik sungguh.....harap aku dipihak yg benar...rasanya tak de buat salah pd sesapa sbb tak penah kuar umah nak pegi berborak umah org ....kuar umah sbb teman kan asfa main....selainnya dalam rumah sahaja. Emm itulah kehidupan....dugaan yg perlu ditempuh.

No comments: