Friday, February 27, 2009

Dugaan di pagi Jumaat

Pagi ni dgn jiwa yg tabah dan nekad yg gitu dtg ke UKM utk jumpa prof HBZ [wlpun tak buat appoitment sbb mgu depan aku akan bercuti dan mgu seterusnya prof pulak akan ke US]. Dalam perjalanan hujan dan jem...hantar asfa ke rumah mamanya...isi minyak kereta dll. Sume kena buat sendiri sbb hubby tak de outstation ke Perlis....lepas tu dlm perjalanan ke Bangi boleh pulak sesat..padahal selalu ikut jalan tu..ntah apa yg diangankan dlm kete..terus ke putrajaya...tak de tempat u turn pulak tu..dah jauh sgt sampai PICC..nampak signboard ke kajang..follow kajang ntah mana peginya ..mungkin salak tinggi kot...naik bukit turun bukit,  jalan kampung [mcm gi genting pulak rasanya] then jumpa signboard bandar baru bangi..jumpa IPI dan ILIM..tp tak tahu nak menghala kemana..very poor sign, tak de langsung arah yg tepat..pusing sana sini last sekali ikut ke highway puchong..dan akhirnya jumpa jalan penyelesaian. 
Telefon hubby dia pun tak dapat nak bg direction yang betul sbb dah dlm kg sangat...tapi this time aku tak menggelabah sikit pun..cool..dlm hati hanya berdoa kepada Allah permudahkan perjalananku dan dlm hatiku yakin pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Bila sampai UKM satu lagi ujian yg terpaksa ditempuh..jumpa je Prof..dia ckp.."i dont want to c u this time..sbb i ada benda nak setlekan by today...and bla...blaa..bla..." hanya Allah yg tahu betapa frustnya aku...mungkin prof pun boleh nampak wajahku berubah [mungkin.. aku tak pasti, sbb biasanya air mukaku mudah menunjukkan apa yg ada dlm hati] tapi aku berdoa semoga prof tak perasan apa yg tersirat dihatiku...wlp begitu dia akan tetap jumpa aku tp lambat sikit..mungkin dlm pukul 1.oo tgh..tak pelah..asalkan dapat jumpa..dapat juga cr bahan apa yg patut di blok F. Satu lagi hari yang mengajar erti kesabaran dan mohon pertolongan dr Yg Esa...dan inilah dia Perjalanan Harungi Dugaan yg terpaksa ditempuh...walaupun tidak pernah terdetik dan terfikir di dalam diari kehidupan akan berlaku kesesatan dlm perjalanan ke UKM.....Hanya Allah yg tahu apa hikmahnya dan hanya padaNya aku memohon pertolongan pada setiap urusanku...

Wednesday, February 25, 2009

Delphi...

Semalam ada talk kat bilik meeting dr Prof Heiko Schroder...talk dia simple je...IT Growth. Bila dengar talk dia..senang je jd Prof ni kan, apa saja yg kita cakap org kena dengar wlpun benda tu sekadar information biasa. Apa yg peliknya about IT growth..sume org yg dengar adalah org IT dan berpengetahuan...namun begitu talk tersebut ada nilainya yg tersendiri. Ada benda yg tersurat yg kita akan dapat..wlpun benda yg biasa. Itulah indahnya cendiakawan berbicara....sambil tu terfikir bila pulak masanya akan tiba utkku..dan adakah aku akan menyatakan apa yg telah dikatakan. Hebat sgt ke professor2 dr barat ni....bg ku tidak sehebat mana....ramai je professor di Malaysia yg lebih hebat dr itu...tp kenapa perlu invite dr luar??????polisi? reputasi?pengetahuan?...ntahlah.
Buat masa ni biarlah ianya tinggal tampa jawapan....suatu hari nanti akan lahir lbh ramai cendiakawan yg hebat..yg pergi ke negara barat dan bercakap sesuatu ...dan biarkan mereka pulak yg menganjung bangsa kita..Melayu dan Islam. Semalam pegi niat utama nak jumpa Prof HBZ tp apa boleh buat dia mmg sentiasa busy..tak de ruang utk jelas....frust betul rasa hati. Tapi tak pe..kena ikut plan B..kerja mesti diteruskan dan jalan. Cadangnya sblum bercuti ke jakarta-bandung ni nak setlekan delphi round 3,tp itulah..ada pula yg kata tak pyg pakai delohi pakai expert survey....dok tgh cr bahan dan baca..apa pulak expert survey...suit ke tak dgn apa yg telah dilakukan..pening betullah kepala ni...Ya Allah bantulah aku..tunjukkan jalan utkku..yg terbaik, yg sempurna utk dilaksanakan...permudahkan urusanku..bantulah aku pada setiap kesusahan yg dialami. Amin

Thursday, February 19, 2009

Tampal gigi

Esok pagi hubby outstation ke Ipoh dan kebetulan mmg kami plan nak balik kedah sebab nak amik mak...next week kami akan bercuti keJakarta dan Bandung bersama bondaku, ibu dan bapa mertuaku. So esok pg terpaksa bgn pg terus ikut hubby ke Ipoh dan terus balik ke Kedah. Mgu ni banyak program yg tertunda terutamanya tuisyen dengan Syafikah dan Awen....sian dorang. Tapi apa boleh buat everything running out of my schedule. Ptg tadi kul 5.30 appoitment dengan dentist utk tampal gigi Asfa...awal2 lg kami dah upah dia dengan belanja tgk Geng, Upin dan Ipin dan selalu kitaorg ingatkan dia jgn nangis..tak sakit..asfa budak pandai, bdk kuat....Td masa dentist tgh buat gigi dia ..aku sendiri naik nyilu sbb sebelum tampal dr akan cuci dulu gigikan...Alhamdulillah dia anak yg kuat...tak nangis pun, wlp aku tahu dia mmg takut dan sebenarnya hanya tinggal 10% lg dia akan nangis...tp Alhamdulillah dia berjaya kawal emosi dia...dan akhirnya dia ditakhtakan sebagai budak  yg kuat oleh umi dan babanya....dan sebagai upahnya lg...belanja burger. Asfa ni upahnya murah2 je..benda yg dia minta selalunya simple...pegi swimming pool...main playground..dan mkn2..seperti secret recepi, mcd,pizza dan kfc..dan ais krim mcd...dan kalau yg mahal pun dia akan minta pergi genting highland. Itu saja permintaan dia selama ni..yg lain tu mungkin blum pandai...

Wednesday, February 18, 2009

Duit RM5

Ada satu cerita menarik yg nak disampaikan disini.........Dalam perjalanan balik dari UKM selepas tgk syarahan perdana Prof HBZ…terasa perut lapar sgt..so singgah ni R&R kesas utk makan. Dulu mungkin tak bias mkn sorang2 tp sejak bergelar student ni alah bisa tegal biasa makan sorang ni…..mula2 segan tp lama-kelamaan dah jd biasa sbb terpaksa. Round2 kat kedai mkn kat situ tak de yg menarik sgt dan akhirnya utk isi perut yg kosong tu beli nasi lemak bungkus dan mkn kat situ…lps mkn tgk ada mak cik jual kerepek..so beli kerepek tersebut dengan har rm5. Balance duit lg rm5 dipulangkan. 
Bila masuk kete nak letak duit tu di tepi pintu sbb nak bayar tol..tetiba angin kuat sgt dan terbangkan duit tu…try utk cari tp tak jumpa. Dalam hati ckp..sayangnya duit rm5 tu…mungkin bukan rezeki ku. Lepas tu gerakkan keta dan pusing balik ke tempat parking …just nak tgk mana duit tu terbang..sbb mcm pelik je..kete parking tak banyak kat situ tp duitnya tak nampak. Dalam pd itu tampa sedar rupanya ada org perasan yg aku sedang mencari sesuatu…dan bila aku pusing  balik ke tempat parking  ada kakak tu lambai tgn padaku…dan bila aku sampai kat dia , dia ckp cari duit ni ke? Terbang sampai sini…dia pun bg balik duit tu..kakak tu dgn husband dia bw BMW.  Aku rasa malu sgt….mcm beriya pulak cr duit tu….segannya dgn kakak tu…tapi tak pelah. Mungkin itu rezekiku sbb dapat balik duit tu….bukan buat salah pun….padahal aku dah redho dan anggab je tak de rezeki. Kesimpulannya Allah akan beri apa saja yg kita nak kalau kita ikhlas dan berusaha. Allah Maha berkuasa…

Buku spss

Semalam pg pergi service kereta dan balik singgah giant utk mkn sbb lapar sgt. Dah lama terigin nak mkn McDonald...tp disebabkan support Gaza, tahan nafsu tu..sbb ada yg kata makan  Mcd umpama menembak rakyat palestin.
Tp semalam langsung tidak teringat pasal tu sume [sbb lapar dan teringin sgt kot sbb aku mmg penggemar fast food] dan terus pi Mcd dan mkn...masa tengah makan tu br teringat..kenapa mkn Mc d? Tapi apa boleh buat dah terlanjur..habiskan lah juga..terasa segan pulak rasanya berada di Mc d..mungkin org lain x kisah pun..dan benda tu pun mungkin makin dilupakan.....lepas mkn, singgah mph giant...dan ternampak buku spss yg aku order hari tu ada di rak yg berkaitan. Dalam hati..kenapa org mph tak col..janji nak col bila buku sampai...sampai hati diaorg. Tapi Allah maha berkuasa dan buku tu mmg ditakdirkan rezekiku dan akhirnya aku dapat...Alhamdulillah.

Sunday, February 15, 2009

Ceramah perdana

13 hb ceramah perdana di dewan senat UKM. Prof Dato' Dr Halimah yg akan sampaikan ceramah tersebut [supervisorku]. Menarik dan amat mengagumkan. Bahasa yg digunakan amat teratur dan menarik. Terpegun seketika....memang layak Prof berjaya seperti itu. Tahniah...
Sepanjang ceramah itu berjalan tidak ada sesaat aku terleka kerana sgt indah bahasanya dan susunannya. Amat kagum dengan apa yg Prof ada...semoga akan terus berjaya dan diberkati
Bilakah masanya utkku ????? Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan memberikan yg terbaik utkku.

Sakit gusi

Pipi Asfa bengkak kerana gusinya bengkak...gusi bengkak sebab giginya berlubang dan perlu ditampal. Gigi Asfa rosak disebabkan susu yang diminum..Frisolac [ susu ni makin lama makin mahal..sekarang harganya rm 39, 900g] tp itulah susu yang telah diberikan padanya sejak lahir dan sukar utk ditukar. First time merasai pengalaman anak sakit gigi...selalunya kalau dia sakit akan refer kepada Dr Roliza (DEMC) atau klinik pediatrik adek diseksyen 9.
Kali ni kami buntu utk refer kemana....bila search di internet tak ada klinik pediatrics dentistry di Malaysia, yg ada hanya satu di GH. Bila call GH tanya....mereka hanya menerima refence case dr hospital lain atau klinik..kes yg kritikal. LAst choice terpaksa bawa ke kinik gigi biasa. Alhamdulillah dr di klinik pergigian khairuddin ok...lembut melayan budak..tp yg tak tahannya lambat. Tak larat menunggu dan appoitment sentiasa penuh. Dr just bg ubat dan minta dtg next week because dia tgk Asfa mcmm tak selesa. Mungkin sbb gusinya sakit dan environment klinik tu sendiri tak sama mcm klinik pediatrik. So tgu jelah next week...baru boleh tampal gigi yg berlubang tu. Upah utk tampal gigi yg berlubang ialah belanja tgk cite geng & upin ipin. ...

Wednesday, February 11, 2009

SPSS 15

Sekarang dah habis collect data..untuk delphi round 2. Data perlu dianalisa untuk dapatkan keputusan untuk create definition information system project failure utk diverify di delphi round 3 oleh expert. Data perlu dianalisa menggunakan SPSS. Sebelum ni tak pernah pakai pun spss ni..dan semalam terpaksa pergi UKM utk install spss original license. 
Utk yg blum tahu spss ni licensenya kena renew every year. So next year kena amik key br dr ukm utk renew...tak pe lah tu small matters. Lepas ni terpaksa belajar sendiri menggunakan spss ni. Ini dah bulan Feb..sekejap sgt masa berlalu..delphi belum setle lg...questionnaires belum develop lg...aduh tensionnnya...Ya Allah tolonglah tunjukkan jalan yg terbaik untukku tempuh, permudahkan segala urusan ku...AMIN. Kadang2 terfikir jugak sebenarnya effort tak cukup hebat utk tanggani sume ni..rasanya perlu pergi bengkel utk motivasikan diri dan recharge apa yg patut. Kat mana tu nak pergi....

Monday, February 2, 2009

Muda

Hari ni cuti hari wilayah...tapi selangor tak cuti. Hubby ada presentation di uitm shah alam dan lepas tu kami kuar utk buat passport [preparation utk ke Jakarta/Bandung] bulan March nanti. Org kata diterminal 2 Subang airport tak ramai org..mudah dan boleh siap cepat. Kitaorg pun pegi kesana...tp akhirnya tak dapat buat. Org sgtlah ramai..pejabat imegresen penuh dengan warga tempatan dan asing...pelik sungguh. Balik ke Shah alam, dalam website tulis di Wisma PKNS. Kami confuse..sbb ada yg kata buat di Plaza Masalam. Dengan confidentnya pergi ke Plaza Masalam...kecewa juga..wrong place...kompleks PKNS rupanya. Akhirnya pegi ke komplek PKNS..tak dapat buat juga..sbb apa org teramatlah ramai...officer imegresen tu minta simpati supaya dtg esok..sbb no yg ada mencecah 300 org lebih..dan dorang terpaksa balik pukul 8.00 mlm utk siapkan benda tu, atas dasar kemanusiaan kami berundur....so dengan tensionnya kami pun kuar..dan merayap dikomplek PKNS.
Lepas tu pegi amik spec hubby kat Alam Sentral...hubby buat spec untuk protect mata sbb selalu sgt mengadap komputer..just buat utk uv protection. Lepas tu lepak2 mkn2...dan sambil2 berjalan tu ada cite menarik sikit lah....singgah kat store yg jual jamu2 dan ubat2 tradisonal..so ternampak lah product utk skin...product kecantikkan utk muka. Mcm2 jenama ada dipasaran...sebelum ni tak penah tahu dan tak penah amik tahu...ditakdirkan Allah kurniakan kulit muka yg tidak mempunyai masalah..Alhamdulillah. Tapi dah tua2 ni teringin pulak nak mencuba...bila siggah kat satu store ni...dia kata product Natasya ok..tapi ada utk biasa dan ada Natasya goal. Bila tanya apa bezanya dia kata yg biasa utk umur kurang dr 30an dan Natasya goal utk umur 30an keatas..Yang bestnya jurujual tu kata..."mcm akak ni...boleh amik Natasya yg biasalah sbb Natasya goal utk umur 30an..." hehehehehe...dalam hati kata " sebenarnya Natasya goal la utk akak ni..umur dah lebih 30an....". Itu satu petunjuk yg menyatakan tak payah beli product kecantikkan..dah muda dr yg sepatutnya...kihkihkihkih..kelakar la pulak..jurujual tu sebenarnya tak pandai menilai usia...tp bila pikir balik terasa pulak muda.....muda ke?????? dah tua sebenarnya.